Lepas breakfast, pusing balik area hari pertama sebab nak pegi satu tempat yang tak sempat jumpa semalamnya. Cheong Fatt Tze Mansion. Tawaf bangunan mahkamah sekali lagi. Rupanya kitorang dah lalu jalan tu tapi tak perasan signboard mansion ni sebab masa lalu tu duk kalut cari stesyen minyak. Tapi hampeh, kalau nak join tour kena bayar [tak ingat plak bape ringgit] tapi tak boleh amik gambar kat dalam. So amik la gambar kat depan ni je. Tu pun boleh amik dari depan tu je tak boleh masuk.
~jadi la dari takde...
.
Pastu proceed ke Bukit Bendera. Nak cari jalan ke Bukit Bendera pun satu hal. Ada pakcik ni bagi direction salah. Tetiba cam nak menghala balik je. Terpaksa patah semula. Pastu berenti tanya kat kedai ni. Kebetulan depan tu ramai ahsoh-ahsoh. Masing-masing beria nak terangkan tapi sudahnya auntie sorang ni suh kitorang follow kereta dia. Dah la hantar betul-betul nak dekat dengan Bukit Bendera tu. Baik sungguh.
Lepak-lepak kejap, pekena ABC dulu pastu baru turun. Destinasi seterusnya, Kek Lok Si Temple. Kat sini lagi la rasa macam dekat China. Aku gi China pun takde gi temple camni. ;p
.
.
Next, Wat Chayamangkalaram Thai Buddist Temple. Cam biasa, berpusing-pusing mencari jalan. Dan kitorang ni idak la malu nak tanya jalan kan, berenti je tanya. Sampaikan ada makcik tu duk tanya nak pergi temple tu buat apa. Err jangan risau makcik, kitorang nak bergambar je... takde nak buat benda pelik-pelik.
~scary je patung dia kan...
.
~gi Penang je dapat merasa kunun-kunun cam gi China, Thailand, Burma etc.. hahaha...
.
Oh, Egypt jugak... feeling cam gi melawat piramid... kunun padahal ni pintu tandas dalam Toy Museum... ekeke..
.
~takut aku tengok 'si botak' tu... mata dia 'hidup'... kalau malam2 mesti seram...
.
Oh, Toy Museum ni tak best sangat. Sebab cam tak jaga sangat. Dah la ada certain tu main susun je dalam 'rak' yang sama padahal takde kena mengena.
Singgah solat kat Masjid terapung. Again, sampai je kat sini hujan turun.
.
.
.
Singgah Gurney Drive... lapar sudah. Tengahari tak makan, cuma makan roti. Sakan berjalan lupa makan.
~muka gembira dapat makan... ekeke...
Kul 10.30pm masih kat pulau yea. Esok koje. Fuh! Alhamdulillah perjalanan balik selamat. Ai tak biasa yu drive malam-malam jauh-jauh camni. Aku drive sampai Tapah je, pastu cik N take over. Sempat la tido-tido ayam. Seb baik esoknya gi keje cam biasa, takde episod EL yea.
.
-------------
Oh, cuti-cuti ni kali ni extra menarik sebab sungguh tak disangka [tak plan pun] tapi akhirnya dapat gak jumpa seseorang. Masa makan nasi kandar, saja je up status kat mukabuku... tu pun kunun ayat tak ada kias2 la kunun... memang ada terfikir nak sms beliau bagitau ada kat Penang sebab dulu pun dia ada kata kalau datang Penang bagitau la kot boleh jumpa. Tapi sebab gi ngan member dan takut tak sempat jumpa, tak jadi sms. Tapi pagi ahad tu beliau call. Dipendekkan cite, yea akhirnya dapat jumpa gak.
6 tahun lepas kenal melalui blog. Antara blogger yang awal aku kenal dan baik dan selalu YM. [Oh, awal-awal dulu banyak kenal blogger utara... Aminbakish, Lindosh, Ayaq masak, 13May, Sunanjati]. Tak pernah sangka akan jumpa sebab aku ni idak la jenis nak jumpa2 sangat ni, nak join segala gathering ke apa.. dan beliau pun duk belah utara so cam kemungkinan nak jumpa tu kecik je. Tapi kalau dah ada 'jodoh' nak jumpa tu, akan berjumpa la jugak. :)
.
~ ikan di laut adam di darat, dalam periuk bertemu jugak yea kita kak Luna...
member saya kagum kita boleh berborak macam dah penah jumpa je... ;)
.
.
Ah, tetiba rindu zaman giler berblog dedulu...






4 comments:
awan kat mesjid tu cantek. subhanallah, lps ujan kan...tp kdg2 aku terpikir, trip kita ni mcm dipermudahkan jugak wp asyik sesat jalan. hahaha...
tour umah tu rm12 1 hour
Eyyy ko mmg saje je kan, up status kat fesbuk bagai...sah2 aku tak baca newsfeed fb aku tu..haha. Lain kali kalau ada kat Penang tu sila mesej aku! :D
hasni ~ ni sebelum hujan kot.. tu la kan, w/p sesat tapi at the end jumpa gak.. best best!
RM12 tp xleh amik gambar x berbaloi.. ai bukan nak dgr explaination sgt pun.. ahaha..
ayaq ~ nak bgtau pun takut x sempat jumpa.. tp masa nampak signboard usm terus ingat ko [dan cite ali setan] haha.. next time, insya-Allah harus aku roger2.. :)
Post a Comment