.
Kontroversi la sangat kan... sendiri je rasa.. ;p
.
Sabtu lepas saja je tukar gambar ni jadi gambar profile kat FB. Suka gambar ni sebab PERASAN kurus padahal tak pun. Kalau tengok betul-betul, jari jemari masih montok dan lengan pun macam peha ayam kepsi. Huhuhu.
.
.
Nape cakap gambar ni gambar kontroversi.. sebabnya member aku duk komen aku nampak dah kurus. Yang paling tak boleh blah, kakak aku pun sama siap tanya emak aku betul ke aku dah kurus. Semalam call tanya dah turun bape kg. Tiba-tiba stress sendiri. Sebab aku tau la hakikatnya belum kurus pun. Camera trick je tu. Biasa la gambar snap sendiri, harus la adjust angle bagi nampak kurus kan. Err tapi idak la edit guna photoshop ke apa yea.
.
Pasni tak nak la guna gambar 'bajet kurus' sebelum betul-betul kurus. Tak nak la kang jumpa member lama yang tak jumpa atau orang yang baru 1st time jumpa bagi komen [dalam hati] "eh, dalam gambar nampak kurus tapi depan2 gem". Tak rela yu! Aku lagi rela orang komen "eh, dalam gambar nampak gemuk tapi sebenarnya kurus". That's much better right!
.
Kena gigih berusaha la nampaknya... untuk betul-betul kurus bukan 'bajet kurus'. ;p
.
-----------
.Cite lain.. semalam gi SPACE amik surat abis belajar. Baru la official boleh update resume kan.
.
..
Pagi-pagi lagi dah emel surat ni dan transkrip pada HR. Sila la revise gaji saya yea. ;)



5 comments:
gambar pon boleh jadi hal....hehehe
hehe gambar comel! diorang concern tu kat awak :)
cikdinz ~ sebenarnya xde hal pun.. sendiri yg create hal.. ;p
pekabar cikdinz? :)
kak wan ~ tu la.. ramai yg x sabar nak tgk saya kurus.. ekeke.. takpe2 motivasi tu.. ;p
congrates. boleh open table nih...huahahaha :)
MsNinie ~ tunggu dah revise gaji baru leh open table.. hehehe.. ;p
Post a Comment