Aku kurang gemar bab rekomen-rekomen keje ni. Tak kira la direkomen atau mengrekomen. Sebenarnya aku penah la ada pengalaman direkomen ni. Kerani kat sekolah tempat mak aku keje, abang dia Engineer kat JVC. So dia la rekomen aku. Still kena melalui interview dan ujian bertulis. Yang buat aku tak suka sebab aku tak tau samada aku memang layak ataupun sekadar sebab direkomen. Pastu kat department aku keje tu ada yang tau aku ni direkomen, so jadi cam tak best. At the end, aku keje tak sampai 3 bulan pun kat situ. Huhu.
.
Selain tu aku ada pengalaman tak best masa interview keje gomen sebab bawak surat rekomen. Err nak ikutkan aku tak nak pun bawak surat tu, mak aku yang beriya. In fact aku letak surat tu dalam fail sijil belah-belah belakang. Tapi encik penemuduga tu nampak gak masa selak-selak tu dan 'menyinga' lepas tu. Ok takde la dia marah terang-terang pasal surat tu tapi cara dia tanya soalan lepas dia nampak surat tu, memang sah la dia tak suka. Aku terpaksa je ok. Kalau tak nanti emak aku plak 'menyinga'. Of course la tak dapat. So since tu memang banned rekomen-rekomen ni dan takmo dah gi interview keje gomen.
.
Bab mengrekomen plak, aku tak berapa suka sebab takut nanti kalau orang yang rekomen tu ada masalah ke apa, skit sebanyak sangkut paut dengan aku.
.
.
Dua-dua syarikat yang aku keje yang bertahan lama [KTL 3.5 tahun & skang PIM dah 4 tahun lebih] adalah tanpa sebarang rekomen mengrekomen. Satu dari iklan kat sokabar & satu dari jobstreet.
.
Ok, sebenarnya aku cite pasal ni sebab baru-baru ni ada kenalan kat FB tanya pasal student dia nak praktikal kat kampeni aku keje [giler panjang mukadimah kan, biasa la kuat merapu haha].Yang buat aku cam reluctant skit sebab aku tak kenal dia secara realiti. So bila dia tanya macam mana nak apply, aku just biarkan soalan tu tergantung. Tambah plak aku suspicious skit pasal dia [rasa macam dia adalah seseorang yang aku nak ignore]. Pastu esoknya kakak aku plak sms tanya pasal ada keje kosong tak kat opis aku. Anak member dia baru abis dip. Again, rasa reluctant skit sebenarnya.
.
Tapi tetiba teringat status kak Yan. Something pasal memudahkan urusan orang lain. Fikir punya fikir, a'ah apa salahnya kan mudahkan urusan orang. Padahal 'pertolongan' yang diminta pun bukan besar sangat pun, cuma bagi contact info je. Bukannya suruh rekomen pun. At the end, benda tu bergantung atas usaha dia sendiri jugak. Kita cuma bagi 'lorong' skit je. Mana tau nanti aku plak perlukan bantuan yang sama. Kalau kita mudahkan urusan orang, nanti urusan kita juga akan dipermudahkan. Tak kira la urusan apa pun. :)
.
.
ps: bila datang mood merapu.. merasa kau entri panjang2..
.
Tapi tetiba teringat status kak Yan. Something pasal memudahkan urusan orang lain. Fikir punya fikir, a'ah apa salahnya kan mudahkan urusan orang. Padahal 'pertolongan' yang diminta pun bukan besar sangat pun, cuma bagi contact info je. Bukannya suruh rekomen pun. At the end, benda tu bergantung atas usaha dia sendiri jugak. Kita cuma bagi 'lorong' skit je. Mana tau nanti aku plak perlukan bantuan yang sama. Kalau kita mudahkan urusan orang, nanti urusan kita juga akan dipermudahkan. Tak kira la urusan apa pun. :)
.
.
ps: bila datang mood merapu.. merasa kau entri panjang2..

3 comments:
klu akak pon akak x rekomenkan org2 yg akak kenal kt opis ni. takleh ah, semak lak membayangkan kot la skali dpt ke hahaha
tp klu mintak tolong dilorongkan ke tempat lain, insyaallah xde masalah hehe
hahaha...kan? tak suka jugak.
Masa aku keje kat Mebenk, aku rasa side job aku adalah jadik jobstreet jugak. ntahle, good repo kut Mebenk sbb establish company kut, so bila org tau aku keje situ, secara automatisnye, dorg akan tanya psl keje kosong & nak forward resume hatta adik ipar punyer pon....sampai ada tu soklan, "eh, camna kau senang je dapat keje sana? Ada org dalam ker?"
hamboooiii, sedap je mulut eh kan bertanya begitu...aku memang selalunya hangin, if orang yg ntah sapa2, and only interested buat baik sbb nak aku bg recommendation.
tapi, aku selalunya akan bg direct info suh dorg utk submit resume to HR, or drop resume tu kat box kat tmpt pak guard.
Sebabnya, nanti, if aku yg tolong submitkan, kut2 bila takdapat apa2 calls, dorg ckp aku tak submitkan pulak kan...ish...manusia2...
so far, alhamdulillah, aku dpt keje kat big company, semua atas daya usaha sendiri :) lantak pi la apa org nak cakap or nak amik advantage ke ape, usaha masing2, rezeki Allah yang bagi kan....
:) --> panjang kan aku merapu?? haha
kak masy ~ tu la kan.. kalau dpt yg ok takpe lagi, kalau yg mendatangkan masalah ni yg lagi la semak giler..
MsNinie ~ dpt keje kat tempat bagus skit je terus nak assume org rekomen eh.. apa ingat xleh dpt sendiri ke.. huhuhu.. err tp ada certain kampeni besar mmg kena ada org rekomen atau kroni je, cam ti en bi & ti em bi.. tu mmg jawatan kosong kuar iklan secara dalaman je..
tu la bagi aku takat nak bagi contact info pastu ko pandai2 sendiri apply tu aku ok lagi.. kalau nak suh rekomen/submitkan pastu kang sibuk duk tanyakan HR dpt ke tak, tang tu tak kuasa la aku.. hehe..
Post a Comment