Thursday, 28 February 2013

7 RANDOMS

1. Hari ni besday anak buah aku yang sulung. Dah 20 tahun. Fuh! Dah boleh kawen pun. Harap jangan la 'potong que' achik plak. Haha. Eh, tapi kalau dah jodoh awal.. takpe la achik pasrah *tetiba*.
.
Happy birthday la ek Asha, achik doakan yang baik-baik untuk Asha. Moga berjaya dunia akhirat, dipermudahkan segalanya.
.
2. Hari ni gak hari terakhir mak keje. Sebenarnya dah beberapa tahun gak suruh mak berenti keje tapi mak sayang nak berenti, bosan kot duk rumah plus cam tak yakin ekonomi anaknya. Dah abis belajar ni ok la kan. Pastu makcik aku sakit ni, menguatkan alasan untuk dia berenti.. nak balik kampung temankan makcik aku. 

3. Skang ni boleh kata setiap minggu balik kampung melawat makcik aku. Hari tu mak tegur kata aku tak 'berborak' dengan makcik aku tu. Masalahnya aku tak tau nak cakap apa dengan dia. Masa dia sihat pun kalau balik kampung aku bukannya berborak pun. Serius aku ni fail betul bab berbasa-basi ni.
.
4. "Kesian si polan ni dah umur sekian2 tak ada anak lagi. Kawan-kawan semua dah ada anak bla bla". Tak payah nak kesian sangat boleh. Kadang-kadang orang tu dah redha dengan situasi dia tak kira la takde anak ke tak kawen lagi ke, tapi dek kerana komen-komen kesian camni la buat sentap. Serius!
.
Kalau yea pun ko rasa kesian sangat kat orang tu, tolong doakan yang terbaik je untuk dia pun dah cukup. Tak perlu nak bagi komen kesian sangat. Haish!
.
5. Baru-baru ni ada dapat panggilan dari job recruitment company, mintak CV aku. Padahal aku takde apply mana-mana pun. Wah, adakah petanda suruh lompat kapal? Lama tak attend sesi interview. Eh, sejak keje sini ada sekali je pun gi interview. Nak masuk 5 tahun pun dah keje sini. Bosan dah tapi benefit best. 
.
6. Skang ni aku giler main Angry Bird. Boleh? Dulu main aku yang rasa nak 'angry' sebab tak terer. Skang ni punya la terer. Haha. Sebelum tu giler main Plant vs Zombie. Mula-mula main bosan. Dah lama tu terketagih plak. Anak buah aku siap terkagum-kagum tengok aku main. Yela siap boleh lepas banyak level. ;p
.
7. Oh, hari tu dapat tau pasal satu blog ni yang katanya buat fake identity. Sebenarnya A tu tak wujud pun. Sekadar 'watak ciptaan' sorang ni. Pastu dah terkantoi. Kot yea pun tipu, ko takde buat blog lain yang letak gambar betul ko takpe gak. Sebelum ni penah je baca pasal blog tipu yang kantoi ni. Tapi sebab aku tak follow blog tu, idak la rasa apa sangat. Cuma blog A ni memang aku follow. Dapat resepi puding karamel yang senang & sedap pun dari sana. Malas nak komen lebih-lebih. Tapi kan orang dah kata, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak.
.
.
Cukup la tujuh. Ai kan suka tujuh.   

Monday, 18 February 2013

SUKA DUKA

Hidup ni tak sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan tak sentiasa dirundung kedukaan. Silih ganti. Kadang tak semestinya bahagia itu diperolehi terus oleh diri, kadang orang sekeliling yang menerima bahagia itu tapi kita menumpang rasa bahagia itu. Begitu juga dengan duka, walaupun yang berdepan dengan duka itu orang lain, tapi kita sebagai orang sekeliling tumpang merasa duka.
.
--------

Alkisahnya, beberapa minggu lepas makcik aku masuk hospital. Asalnya dari batuk je. Melarat-larat sampai ke semput. Dah pergi dua tiga klinik, sudahnya pergi ke Klinik Sai kat Batang Berjuntai. Lepas sedut gas dan X-ray, doktor terus bagi surat suruh pergi hospital. Maka berkampung la makcik aku kat Hospital Sg. Buloh. Awal tu cuma suspek paru-paru berair/kotor je. Masa tu ingatkan tu pun dah teruk.
.
10 hari jugak la duk kat hospital. Tu pun dapat keluar hospital hari jumaat sebelum cuti tahun baru cina. Diorang bagi 'cuti' dan suruh datang balik tapi makcik aku tak nak pegi. Kitorang cuma mampu bagi pendapat tapi tak nak la paksa dia. Doktor dah sahkan makcik aku kena kanser tahap 4. :(
.
Buat sementara ni berusaha la cara alternatif. Ada kawan kepada kawan abang ipar aku yang kena penyakit kanser amalkan minum 'jus' ni [ubi bit + tamoto + timun + carrot ->> blender, tapis & minum] dan Alhamdulillah beransur sembuh. Malam pulak minum air habbatus sauda + madu. Cuba je la. Yang menyembuhkannya Allah. Aku rasa yang sihat pun boleh amalkan minum jus tu. Ye la kanser ni kadang-kadang dah tahap kronik baru boleh detect. Mari la kita cegah sebelum parah.
.
Makcik aku tu dah la memang kurus kering sejak azali. Kalau kena kimo, mau tinggal tulang je. Aku sebagai anak buah cuma mampu doa yang terbaik untuk dia.
.
"Live well. Cherish your health. If it is good, preserve it. If it is unstable, improve it. If it is beyond what you can improve, get help"
.
.
--------
.
Tentang rasa bahagia, tumpang rasa bahagia bila sorang lagi geng mamak bertunang. Eh, ni cite bulan lepas sebenarnya tapi baru nak updet. Haha biasa la cite basi je skang ni. Ala, dia pun tak bagitau dia nak bertunang, tetiba je share gambar. Retis sangat tau. Haha. Apa pun aku tumpang hepi utk ko Kecek! 
.
Bahagia bila apa yang kita target tercapai. Alhamdulillah dapat increment exactly amount yang aku tulis dalam senarai target. Law of attraction berjaya diaplikasi. Kebahagiaan aku cuma kecil, belum meraih kebahagian yang lebih besar. Besar atau kecil, yang penting bahagia. Kan?
.
"Kebahagiaan adalah ketika kamu bisa bersyukur dan menikmati setiap kesempatan yang telah diberikan Tuhan"
.
Suka dan duka. Itu kehidupan!
.
.
ps: sori kak masy tak dapat deting masa CNY hari tu.. saya bertapa kat kg huhu..

.
  

Friday, 1 February 2013

KRABI-PHUKET LAST PART

Day 4

Hari ni baru la aktiviti island hopping. Kitorang amik pakej 4 islands. Dapat harga RM45/person. Sepatutnya pakej kitorang naik longtail boat. Tapi tu la dah rezeki kitorang, dapat naik speedboat. Yeay! Lagi satu yang bestnya, tour guide kitorang pandai cakap melayu. Wa Sulong namanya. 

Pulau pertama, Phra Nang Island. Kat sini je dah start mandi manda.
..




.
 .
Pulau kedua, Chicken Island. Kat sini aktiviti snorkeling. Err pestaim sebenarnya snorkeling. Dah la tak pandai berenang. Masa turun tu komain eksaited pastu panik. Sudahnya bergayut tepi bot je. Hahaha. Tu la tak nak belajar berenang lagi, kan dah rugi. 
.

.
~panik tapi sempat pose.. 
.

Pulau ketiga, Poda Island. 
.
.
Kat air cetek pun banyak ikan. Sukaaaaaa! 
.
.
.
Kitorang lunch kat sini. 
.
Pulau terakhir, Tup Island. Cantik sangat. Banyak amik gambar 'aksi kalendar'. Hahaha. Antara dua pulau kecik, air dia cetek kat tengah-tengah. Boleh jalan kat situ. Ikut kata tour guide kitorang, sehari sejam je air dia surut. Kitorang sampai memang tengah surut. Syok giler.
.
.
Punya la syok bergambar sampai kamera termasuk air. Sobs! Terus tak boleh on. Masa tu aku tak kisah sangat pasal kamera janji memory card ok. Sayang weh banyak giler gambar. Try tengok kat kamera member aku, memory card tak leh baca. Nangisssss!
.
Dah bermandi manda amik gambar bagai selama sejam kat sini, masa untuk balik. Sampai hotel dalam kul 3pm. Lepak kat bilik je. Malam baru keluar makan. Kali ni lagi best, makan buffet harga RM15/person. Dah la siap orang tu amik & hantar. Makan sampai perut ketat. Budak kat kedai tu pandai cakap melayu [tapi ala-ala loghat kelantan]. Orang gi negara orang makin kurus, kitorang makin gemuk. Hahahadeh. Hari kedua timbang berat turun sekilo. Timbang lepas balik makan buffet, naik balik lebih sekilo. Pengsan!
.
Day 5
.
Hari ni takde aktiviti. Lepas check-out, lepak tepi pantai sambil makan pankek. Pastu gerak ke Krabi Town. Lunch kat sana. Lepas dah lunch baru jumpa pasar yang ramai sungguh muslim meniaga dan makanan2nya lagi murah dan banyak pilihan. Cis. Tapau makanan untuk malam, sempat merasa durian Thailand. Disebabkan beg berat, tak larat nak berjalan beria.. kitorang just lepak-lepak tepi sungai. Sempat tido bawah pokok.
.
Dalam kul 8pm kot kitorang gerak ke airport. Jumpa balik 3 orang mamat yang kitorang jumpa dari mekdi lcct. Kesian diorang banyak 'rugi'. Malam tu tido airport. Bentang pario yang dibeli atas lantai, selimut badan ngan jaket, Zzzzz. Perghh, pestaim buat keje ni! Pengalaman. Kalau kampeni trip, merasa la trip 'mewah' skit. Jalan guna duit sendiri harus la bajet kan [dah la jalan sebelum bonus]. Haha.
.
Flight kitorang esok paginya kul 8.30am.
.
Overall trip yang sangat best. Next time maybe boleh repeat tapi roadtrip plak. Mesti best!
.
.
ps: Alhamdulillah memory card ok.. kalau tak sayang gambar. Memang la ada gambar kat kamera member tapi ofkos la tak sama kan.. gambar masa island hopping banyak tapi banyak yg gediks.. ahaha! well, nak buat aksi gediks kat negara sendiri kang ada yang kena keji.. tapi ofkos la bukan untuk tatapan umum.. kang ada yang muntah darah.. ;p