Monday, 18 February 2013

SUKA DUKA

Hidup ni tak sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan tak sentiasa dirundung kedukaan. Silih ganti. Kadang tak semestinya bahagia itu diperolehi terus oleh diri, kadang orang sekeliling yang menerima bahagia itu tapi kita menumpang rasa bahagia itu. Begitu juga dengan duka, walaupun yang berdepan dengan duka itu orang lain, tapi kita sebagai orang sekeliling tumpang merasa duka.
.
--------

Alkisahnya, beberapa minggu lepas makcik aku masuk hospital. Asalnya dari batuk je. Melarat-larat sampai ke semput. Dah pergi dua tiga klinik, sudahnya pergi ke Klinik Sai kat Batang Berjuntai. Lepas sedut gas dan X-ray, doktor terus bagi surat suruh pergi hospital. Maka berkampung la makcik aku kat Hospital Sg. Buloh. Awal tu cuma suspek paru-paru berair/kotor je. Masa tu ingatkan tu pun dah teruk.
.
10 hari jugak la duk kat hospital. Tu pun dapat keluar hospital hari jumaat sebelum cuti tahun baru cina. Diorang bagi 'cuti' dan suruh datang balik tapi makcik aku tak nak pegi. Kitorang cuma mampu bagi pendapat tapi tak nak la paksa dia. Doktor dah sahkan makcik aku kena kanser tahap 4. :(
.
Buat sementara ni berusaha la cara alternatif. Ada kawan kepada kawan abang ipar aku yang kena penyakit kanser amalkan minum 'jus' ni [ubi bit + tamoto + timun + carrot ->> blender, tapis & minum] dan Alhamdulillah beransur sembuh. Malam pulak minum air habbatus sauda + madu. Cuba je la. Yang menyembuhkannya Allah. Aku rasa yang sihat pun boleh amalkan minum jus tu. Ye la kanser ni kadang-kadang dah tahap kronik baru boleh detect. Mari la kita cegah sebelum parah.
.
Makcik aku tu dah la memang kurus kering sejak azali. Kalau kena kimo, mau tinggal tulang je. Aku sebagai anak buah cuma mampu doa yang terbaik untuk dia.
.
"Live well. Cherish your health. If it is good, preserve it. If it is unstable, improve it. If it is beyond what you can improve, get help"
.
.
--------
.
Tentang rasa bahagia, tumpang rasa bahagia bila sorang lagi geng mamak bertunang. Eh, ni cite bulan lepas sebenarnya tapi baru nak updet. Haha biasa la cite basi je skang ni. Ala, dia pun tak bagitau dia nak bertunang, tetiba je share gambar. Retis sangat tau. Haha. Apa pun aku tumpang hepi utk ko Kecek! 
.
Bahagia bila apa yang kita target tercapai. Alhamdulillah dapat increment exactly amount yang aku tulis dalam senarai target. Law of attraction berjaya diaplikasi. Kebahagiaan aku cuma kecil, belum meraih kebahagian yang lebih besar. Besar atau kecil, yang penting bahagia. Kan?
.
"Kebahagiaan adalah ketika kamu bisa bersyukur dan menikmati setiap kesempatan yang telah diberikan Tuhan"
.
Suka dan duka. Itu kehidupan!
.
.
ps: sori kak masy tak dapat deting masa CNY hari tu.. saya bertapa kat kg huhu..

.
  

1 comment:

MsNiniE said...

there will be always a bright star on a dark sky...

insyaAllah, kita hanya mampu berusaha & berdoa sebaiknya, Dia yang menentukan...jgn putus harap!

:)