Friday, 15 March 2013

ANGAN TAK SUDAH

Minggu lepas member aku order ciskek. Ai is so excited yu know. Aku kan dah lama berangan nak buat part time bisnes buat kek. This could be the 'kick-start'. Selama ni asyik duk berangan je tapi tak buat-buat. Yela selagi tak pegi kelas baking, macam tak berapa confident nak amik order.
.
Tapi atas sebab-sebab tertentu [err emak call suruh cuti jumaat tu balik kampung, makcik aku nampak nazak] so tak dapat la nak memenuhi order tu. Tapiiiiii sebab mood baking dah mari, balik dari kampung ahad tu aku buat gak.
.
Bila buat tu baru la aku terfikir, banyak benda yang aku tak betul-betul fikir sebelum ni. Kos bahan-bahan, berapa nak letak harga, storage, packaging, etc. Banyak lagi nak kena survey. 

~oreo choc strawberry cheese-cupcake... agak2 bape harga seketul?
.
.
Aku tak minat sangat nak buat kek yang fancy-fancy. Nak buat yang simple tapi sedap. Buat masa ni, konfiden ngan kek coklat, ciskek & muffin je. Pastu baru tambah skit-skit kan.
.
Kadang-kadang anak buah aku ada jual muffin kat U dia. Ada sekali tu aku buat la ciskek ni kat rumah kakak aku. Suh dia try jual. Kalau mendapat sambutan, boleh la aku buat bila weekend. Memang mendapat sambutan, tapi dari anak-anak buah aku sendiri. Tak sempat nak bawak, kakak aku cakap malam tu jugak dah abis. Hadeh! Takpe2, cabaran tu semua.. ;p  

.
ps: tadi dah promote kat kak F suh order.. haha..

2 comments:

pB said...

Salam Achik


Achik dok area mana?
Kalau nak bisness tempat akak kerja no problem.

Akak boleh tolong


nnt email akak tau
aidarahm@tm.com.my

achik said...

wasalam kak pB..

wahhhh, baiknya.. nanti kalau betul2 nak bisnes saya roger2 akak ek.. makasih.. :)