Wednesday, 20 March 2013

BELANGSUNGKAWA NAEDAH PILUS

30 Januari 2013 ~ Makndak kena tahan wad.
.
8 Februari 2013 ~ Makndak diberi pelepasan balik rumah masa cuti CNY. Hari yang sama adalah ulangtahun kelahiran Makndak yang ke-56. Esoknya baru aku pergi rumah Angah untuk bawak Mak ndak balik rumah dia. Kebetulan masa datang tu aku bawak kek Red Velvet. Sebenarnya tak ingat pun semalam tu besday Makndak. Tapi kaverline kata tu kek besday beliau.
.
12 Februari 2013 ~ Sepatutnya Makndak kena masuk hospital balik tapi beliau tak nak. Cuba berubat cara alternatif. Masa cuti CNY tu opis aku tutup seminggu. Seminggu tu aku duk kampung. Temankan Makndak, tolong masak. Masa tu beliau nampak 'sihat' lagi. Setiap minggu lepas tu memang balik kampung melawat Makndak. 
.
1 Mac 2013 ~ Emak baru berenti keje nak jaga Makndak. Hari Sabtu tu lepas gi 'beriadah' dengan member aku kat Taman Selayang, aku balik kampung. Minggu tu je tak tido kat kampung. Balik hari je. Dalam minggu ni emak ada call bagitau diorang bawak Makndak gi hospital P*nt*i. Doktor kata tak perlu dah bawak Makndak gi mana-mana, sebab dia tunggu masa je. :(
.
8 Mac 2013 ~ Pagi tu tiba-tiba mak call. Suruh aku amik cuti. Katanya Makndak dah semakin nazak. Bila tengok je Makndak, sedihnya la hati ni. Macam tak sangka, dalam masa seminggu je perubahan tu macam mendadak sangat. Masa ni Makndak dah tak larat nak jalan. Baring tak boleh, makan tak lalu. kadang-kadang cuma makan nestum je. Petang tu berdepan dengan pengalaman yang menakutkan, seolah-olah hari tu hari terakhir Makndak. Aku dengan emak dah menangis beria. Sambil berkali-kali ajar Makndak mengucap. Suami Makndak pulak baca Yasin. Alhamdulillah umur Makndak masih panjang. Esoknya nampak macam dah sihat skit. Boleh duduk kat kerusi malas. Boleh makan nasi skit.
.
12 Mac 2013 ~ Semua adik beradik aku dah melawat Makndak kecuali Along [yang duduk Kedah]. Ikutkan diorang nak balik cuti sekolah nanti tapi bila dengar keadaan Makndak makin teruk, Along dengan abang Sham balik kampung hari Selasa tu. Aku berkira-kira samada nak amik cuti hari Jumaat atau Isnin, sudahnya aku amik cuti hari Isnin [kelmarin].
.
16 Mac 2013 ~ Pagi-pagi tu aku pegi KL Sentral untuk uruskan pembayaran ptptn. Alhamdulillah semuanya dah setel. Lega! Aku pergi naik bas. Balik je rumah, terus amik barang yang dah siap packing malam tadi, terus balik kampung. Sebelum tu ada hati nak keluar lepak dengan member dulu pastu baru balik kampung. Sebab Along ada kat kampung kan. Kunun takde la nak berkejar sangat. Tapi tak jadi. Hari tu macam tak sabar je nak terus balik kampung. Halfway tu, tiba-tiba mak call. Bagitau Makndak dah takde. Aduhai, terus banjir sepanjang perjalanan.  
.
Aku cuba tak nak menyesal, "kalau la aku amik cuti hari Jumaat.. mungkin aku boleh ada kat sisi arwah Makndak di saat akhir". Dah tertulis yang hari terakhir aku jumpa arwah Ahad sebelum tu. Cuma aku ralat tak sempat mintak ampun sedangkan aku hampir nak cakap masa Makndak nazak Jumaat sebelum tu. Dan ada rasa ralat lain. Huhu. 
..
Sekurang-kurangnya Makndak dah tak menderita lagi. Moga arwah Makndak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, dilimpahi rahmat-Nya. Damailah disana Makndak. Al-fatihah.

3 comments:

MsNiniE said...

alfatihah

sekurang2nya ko sempat meluangkan masa dihari2 terakhir dia...semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman dan solehah. amin

Siti said...

takziah buat achik dan family.

achik said...

MsNinie ~ yeap tapi tu la kalau la aku lebih caring, tunjuk extra concern.. maybe kurang ralat.. huhu..

Amin. TQ.

kak Siti ~ makasih kak..