Bila nak sesuatu baru reti nak call. Haih.
.
Oh, ni bukan mengata orang.. mengata diri sendiri.
.
Setelah hampir lima tahun [fuh, macam tak percaya dah hampir lima tahun weh], tadi aku call bos lama. Tak, bukan nak mintak keje. Tapi nak mintak permission nak letak nama dia sebagai reference. Yela setakat ni aku penah keje kat opis lama ngan opis skang ni je. Yang takat keje 2-3 bulan tak kira.
.
Sebelum ni aku letak nama supervisor masa praktikal. Tapi sebab kali ni kena isi dua nama, terpaksa la letak nama bos lama.
.
Seronok gak 'berborak' dengan dia tadi.
.
"So nak suruh i cakap yang baik-baik saja la yea?"
"Haha up to u la nak bagi recommendation apa"
.
Bos yang baik walaupun kedek. Kedek nak belanja je. Seb baik tak kedek bab naikkan gaji. ;p
Ps: Kali terakhir aku attend interview tahun 2009. Fuh, dah berzaman! Ada tak ada pun sesi mock-up interview untuk final paper. Rasanya dah sampai masa untuk keluar dari zon selesa. Walaupun cuak, redah je la. No harm in trying right. Wish me luck!

3 comments:
last akak gi interview bile eh.. ntah2 sama dgn kecik. tu pon sbb interview SPA konon nk try keje gamen. lps tu malas dah. malasssssss
nak tukar kerja lagi ke Achik?
kak masy ~ kalau fikir benefit keje sini saya pun malas.. tp kdg2 bosan dah ngan keje skang..
kak wear ~ blum lagi buat masa ni.. x apply pun, recruitment company yg call.. pegi je la sbb dah lama x attend sesi interview.. hehe..
Post a Comment