Fuh, berabuk blog. Mari lap sawang.
.
Lebih 3 bulan tak jumpa ngan geng mamak since last trip ke Cameron Highland, [kecuali jiah yang gi krabi-phuket sesama n hasni jumpa kejap masa dia pass souvernir]. Dalam tempoh tu aku sibuk berulang alik ke kampung setiap hujung minggu melawat arwah makcik aku yang sakit. Pastu duk ulang alik plak jengok emak aku yang duk sana buat sementara untuk menguruskan apa-apa yang patut lepas arwah meninggal.
.
Sekali bila dah 'reda', amik kau tiga minggu berturut-turut 'berjimba' dengan diorang.
.
.
Lebih 3 bulan tak jumpa ngan geng mamak since last trip ke Cameron Highland, [kecuali jiah yang gi krabi-phuket sesama n hasni jumpa kejap masa dia pass souvernir]. Dalam tempoh tu aku sibuk berulang alik ke kampung setiap hujung minggu melawat arwah makcik aku yang sakit. Pastu duk ulang alik plak jengok emak aku yang duk sana buat sementara untuk menguruskan apa-apa yang patut lepas arwah meninggal.
.
Sekali bila dah 'reda', amik kau tiga minggu berturut-turut 'berjimba' dengan diorang.
.
Agenda pertama - last minute plan bachelorette party utk Kecek & Nik.
.
Sebelum tu memang ingat tak sempatnya nak buat sebab every weekend pun semua cam bizi. Nak buat minggu last sebelum Kecek kawen, mak dia plak dah 'kuarantin'. Tapiiiii tetiba la kan dia ada exam ptd kat putrajaya, so line clear. Plannya nak gi karok kununnya. Karok merangkap bachelorette party. Bestnya buat kat karok ni, bilik tertutup. So boleh la huha sesuka hati. ;p
.
.
.
.
Lepas karok sambung ngeteh kat mamak. Harus la kan. Pastu kecek & jiah tido rumah aku. Ntah apa je kitorang borak tak abis-abis sampai kul 4 lebih baru nak tido.
.
Agenda kedua - Majlis kawen Kecekkkkk!
.
Majlis nikah & persandingan hari sabtu. Tapi jiah & aku gi hari jumaat, ada majlis khatam Quran. Tapi kitorang sampai dah nak abis pun. Ingatkan start kul 10am, sekali diorang start awal. Dah nak abis baru kitorang sampai. Nak tolong apa-apa pun xde apa sangat nak dibuat. Sudahnya main game 4 picture 1 word ngan pengantin. Buleh? Haha. Petang tu baru la tolong masukkan telur. Malam tu ada acara pengantin tukar-tukar baju. So kitorang nyibuk kat bilik pengantin je la. Dah la 'mak andam' tu kawan seasrama kitorang gak. Best la nyibuk. Haha. Abis acara sambung pack goodies bag untuk belah lelaki. Nak kul 2am gak kitorang tido. Baru la adventure buat last minute kan. ;p
.
.
Pengapit & pengepit. Ai la pengepit.
Petang khamis tu baru plan nak pakai baju sedondon ikut tema. Balik keje baru singgah cari baju. Aku kompius betul warna turqoise. Turqoise biru ke turqoise hijau. Sudahnya main belasah je beli. Beli baju murah sudah. Sekali dalam gambar nampak sedondon plak kitorang. Ai laike!
~bersama pengantin..
daku nampak extra gumuks dalam ini gambar.. sobsss!
.
.
Agenda ketiga - Majlis kawen Cik Loyerrrr! Opss skang Puan Loyer.
.
Sebab cuti dah tinggal bape hari je dan baru je minggu lepasnya cuti hari jumaat, tak dapat la nak amik cuti lagi gi majlis nikah beliau. Pegi majlis malam berinai & majlis sanding. Yang ni tak dapat nak nyibuk tengok pengantin ditacap. So pandai-pandai la bawak diri duk kat ruang tamu. Lama gak duk melepak nak tunggu pengantin bersanding.
.
.
~dalam gambar ni pun daku nampak gumuks..
ceh nampak sangat bukan salah gambar.. dah memang sah gumuks..
.
~ geng mamak.. minus cik Ros yang bizi & Dila di perantauan..
ok yang ni nampak kurus skit.. sebab dah nyorok separuh belakang za.. haha!
.
.
Alhamdulillah, selamat dah dua orang bertukar status. Who's next? Sempat lagi kalau nak follow tahun ni jugek. Hehe. Hari tu nampak la tulisan seseorang kat fb pasal rugi kawen lambat ni. Yela sape la yang nak kawen lambat kan, pastu dilabel itu ini. Tapi kena faham jugak, urusan jodoh ni bukan 100% pilihan kita. Kalau dah rezeki seseorang tu kawen awal, Alhamdulillah bagus la untuk dia. Tapi perlukah pertikaikan untung rugi kawen awal ke lambat. Rezeki masing-masing kan. Doakan je la. :)
.
....
Ps: Giler dah basi cite ni. Agenda pertama tu exactly sebulan lepas. Biasa la, bila encik mud takde, malas nak updet. Skang ni encik mud dah mari.
.
....
Ps: Giler dah basi cite ni. Agenda pertama tu exactly sebulan lepas. Biasa la, bila encik mud takde, malas nak updet. Skang ni encik mud dah mari.








No comments:
Post a Comment