Thursday, 15 August 2013

SAPU SAWANG SEMPENA RAYA

Fuh, lama sungguh tak updet blog. Bersawang abis. Encik mud dah menghilang.

Dah seminggu pun raya, takpe tak terlambat lagi untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat yang tersinggah baca blog ni. Maaf zahir dan batin.
.
Hari Rabu dah cuti tapi lepas Zohor baru gerak balik kampung. Pagi tu lepas subuh terus buat 2 biji kek, pastu siapkan biskut almond london [baru nak letak coklat]. Pastu mengemas rumah, kemas bilik, mengemop bagai. Letih giler. Sebelum balik kampung tu singgah Econsave dulu beli barang. Seb baik la kampung dekat, jalan pun clear. Emak dah balik kampung awal dari aku, so balik sorang-sorang je. Feeling 'perantau' jap. Nak2 plak bila keluar lagu balik kampung hoho balik kampung. Haha poyo! 
.
Rasanya tahun ni antara raya yang paling tak best. Satunya sebab arwah Mak Ndak dah takde. Kalau tak, nak raya ni memang dia la yang sibuk. Sebelum raya boleh kata setiap hari duk call mak aku tanya menu apa, apa yang nak dibeli... bagitau apa yang dah dibeli, tanya cukup ke tak. Yelah, setiap tahun kitorang memang balik raya rumah arwah [dulunya rumah arwah Wan & Atok.. lepas terbakar arwah buat rumah lain kat situ]. Tahun ni takde lagi temankan arwah masak ketupat pulut sampai kul 1-2 pagi. Tahun ni pagi2 dalam pukul 7 tu dah pergi kubur. Haish, sedih plak taip ni. Isk!
.
Pastu tak best sebab tak cukup korum. Pagi raya tu cuma ada emak, abg Lang sefamily dan aku je. Yang lain ada yg tak dapat balik, ada yg turn mertua, ada yang balik kejap je cam tetamu je gayanya, adik aku plak gi kampeni trip. Apa pun raya tetap raya!
.
Sakan merasmikan kamera baru. Tapi gambar sendiri ada bape je. Dilema 'photographer'!
.
 ~ malas nak alih meja berat.. lantak, remote astro pun interfrem sekali.. 
.




~satu2nya rumah yang kitorang gi beraya.. rumah pak uda kat sebelah je.. 

~ sian kek oren ai, mentang2 ada kek coklat yang sedap.. terus kek oren tak laku..
lenkali kena tacap cantik gak la buh cream bagai.. 
.

.


ps: tahun lepas penuh tak yah ganti, tahun ni sehari je.. :)

1 comment:

Siti said...

sedapnyer kek tu achik sayang oi...

akak pun tak beraya sgt thn ni. lemang ngan rendang pun tak jumpa lg ni..