Wednesday, 30 December 2015

2015

Eh, dah bulan Disember. Lusa dah masuk tahun baru. Eceh buat-buat terkejut konon. 

Last update sembilan purnama nan silam. Fuh, lama bersawang blog ni. Sebelum masuk tahun 2016 ni marilah kita update skit ala-ala recap cite 2015. Err ikutkan 2015 ni tak banyak agenda menarik berlaku. Errr macamkan la tahun-tahun sebelum ni banyak sangat agenda menarik. :p

Tahun 2015 ni fasa bertatih belajar membina rumahtangga. 5 Disember hari tu genap dah setahun membina rumahtangga. Alhamdulillah untuk setahun yang penuh rasa. Setakat ni rumahtangga masih belum berkembang lagi, masih berdua. Anggap jelah Allah beri lebih masa untuk aku dan husband menikmati hanimun lebih lama. Mudah-mudahan tahun depan ada rezeki rumahtangga berkembang ke fasa seterusnya. Insya-Allah.

2014 sakan aku dapat berjalan 3 negara orang. Err tu kira banyak la bagi aku, slalu setahun satu je. Pitih tak lebat. Tapi last year Alhamdulillah rezeki lebih skit. Bulan Mac pi Medan, bulan Mei pi Melbourne (company trip) & bulan Disember pi Krabi & Phuket (honeymoon). Tapi tahun ni takde rezeki nak jalan negara orang. Husband susah nak cuti. Dan bila cuti panjang mostly balik kampung dia. Dah kampung jauh dapat balik 3-4 bulan sekali. Berkorban skit la kan. Insya-Allah ada rezeki lain kali boleh berjalan kan. Tahun ni cuti-cuti Malaysia je. Jalan-jalan Perlis, pi Cameron Highland, sambut anniversary pun kat PD je. Tu pun semua last minute plan. Jadilah dari takde kan. Syukur.

Tahun lepas gigih pi gym sampai berjaya turun lebih 10kg. Tapi sebab berat asal pun dah berat, takde la kurus benor pun masa kawen. Misi kurus ni start dari awal tahun tau bukan semata-mata sebab nak kawen. Konon lepas dah capai berat bawah certain stage tu komain la kan berazam tak nak kembali cecah angka atas tu ever again. Tapiiiii terlampau busy membina rumahtangga sampai terbabas membina badan kembali. Dah tu naik lebih dari turun pulak tu. Hoiiii, geramnyaaaaaa!!! 

Penat aku kayuh stationary bike tu sampai 15km [rekod distance paling jauh aku kayuh], burn 500-700 cal per session. Makan setakat jaga sikit-skit, tak extreme diet. Tetiba nak naik senang je. Padahal makan macam tu je jugak. Errr cuma memang tak jengah gym langsung la. Pastu asyik makan tengah malam kadang-kadang tengah pagi buta. Sanggup tunggu nak makan sama dengan husband walaupun dia balik lambat. Haih mengada sangat. Pastu dah berat naik balik, salahkan dia. Kekeke.

Hujung bulan Nov hari tu, datang sekejap kesedaran sivik bila tengok member berjaya kurus hanya dengan jaga makan. Tapi err sekejap je la sedar diri. Aku kalau nak harap diet yang ni tak boleh makan, tu tak boleh makan, memang sekejap je la bertahan. Will power tak cukup kuat. Ish ish!

2015 aku macam tak berapa fokus. Just follow the flow.

Semoga tahun 2016 aku akan lebih fokus dan berusaha gigih untuk capai segala azam/impian yang tergendala. Insya-Allah.

ps: Hari ni genap setahun pemergian arwah Along. Al-fatihah untuk Along. Achik rindu. 

5 comments:

Kay said...

Achik... selamat tahun baru 2016. Semoga lebih gemilang tahun barunya! :)

Achik said...

Selamat tahun baru Kay.. Moga 2016 thn yg gemilamg utk Kay juga..

Maryam said...

Selamat tahun baru, kak achik!

Moga tahun ni bertambah ahli keluarga~ hehe

achik said...

Maryam ~ Selamat tahun baru. Moga tercapai segala impian Mek..

Aminn mudah2an cepatlah dimakbulkan hendaknya hehe.. ;)

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)