Showing posts with label SATURDAY/SUNDAY COOKS. Show all posts
Showing posts with label SATURDAY/SUNDAY COOKS. Show all posts

Friday, 30 November 2012

MASAK-MASAK.. MAKAN-MAKAN

.
Tak tau nak cite apa, letak je gambar makanan. Hujung minggu nan silam [bukan minggu lepas] datang ruh rajin, siap gigih hias dengan daun bagai. Slalu tu main snap je, ni tetiba semangat nak amik gambar cun.. baru nampak extra sedap kan [rasa mmg dah sedap hahaha]. 

 ~ fettuccine chicken carbonara.. 
.
~ nasi beriyani + dalca + ayam masak merah + jelatah.. 1st time masak sendiri complete set.. 
.
.~ piza guna paratha segera..
.
.
Weekend ni plan nak masak macam-macam. Semalam dah beli barang-barang. Anak buah-buahan ada, masa untuk menggemukkan diorang. Hahaha. Errr ke achik dia je bertambah gem. Oh tidakkkk!
.

Saturday, 2 July 2011

SATURDAY COOKS

Jemput makan...


Saturday, 12 February 2011

SATURDAY COOKS

Pagi tadi tengah siap-siap bahan untuk masak tetiba emak kata tak yah masak. Tapi nasi putih dah masak. Makanya kita masak nasi goreng je la... sonang!
.

.

.
Sebenarnya ada motif lain siap amik gambar ni. Bersemangat nak tolong buat menu bergambar untuk gerai kakak aku. Mula-mula ingat nak cilok je dari gugel tapi lepas tu rasa macam tak best plak. So gigih la masak dan amik gambar. Siap guna pinggan gerai. Hehehe.
.
Baru dua. Ni entah bila pulak la nak siap agaknya?
.
Errr sejak kebelakangan ni banyak pulak gambar makanan kat sini kan... ;p

Monday, 17 January 2011

SUNDAY COOKS

Semalam kelas abis awal. Tengah duk cari apa yang ada dalam fridge untuk dimasak, tetiba datang ilham nak masak sesuatu. Kebetulan tengah rajin bahan-bahan basic ada, cantekkkkk! Errr sebenarnya tak tau pun resepi sebenar, tapi belasah je masak ikut suka. Bak kata chef Micheal Smith [chef at home], "the best recipe is to cook without a recipe". ;p
.
Inilah hasilnya memasak tanpa resepi...
.

~sebelum
.
~selepas
.
~close up
.
Mak aku balik je dari Kuang, bila dia bukak tudung saji... "ni apa benda bulat-bulat ni?". ;p
.
Err mentang2 entri lepas pasal memasak, dan2 tepek gambar masakan. Hehehe poyo je. Tapi pasni akan ada banyak lagi entri memasak. Segmen 'Saturday or Sunday Cooks'. Tungguuuu!
.
ps: abis la program diet.. sigh!
.
-----edited----
.
Lupa plak nak bagitau.. yang aku masak ni namanya baked potatoes jacket aka jack potatoes atau nama kampungnya kentang sumbat... :D