Monday, 15 March 2010

KESUDAHAN YANG SEDIH... SIGH!

Bila takde cite best slalunya aku suka layan tengok national geo, discovery atau history channel. Errr animal planet je tak layan. Kebelakangan ni banyak dokumentari menarik yang aku tengok... err maksudnya takde cite best kat channel lain. ;p
.
Baru-baru ni tengok pasal Theodore Kaczynski - The Unabomber. Daripada seorang genius [masuk Harvard masa umur 17 tahun & dapat PhD masa umur 25 tahun] berubah menjadi seorang pengebom. Kalau baca pasal early ife dia, ada sesuatu berlaku masa dia bayi.

At six-months of age, Ted's body was covered in hives. He was placed in
isolation in a hospital where visitors were not allowed. Treatment continued for
eight months. His mother wrote in March 1943, "Baby home from hospital and is
healthy but quite unresponsive after his experience"

Masa tengok dokumentari tu pun, tengok gambar dia masa baby tu memang nampak 'something'... nampak 'lost'. Disebabkan dia genius , ada sorang lecturer ni jadikan dia sebagai 'case study' untuk kelas psikologi. Tak tau la apa yang dia alami kan... tapi cuba bayangkan kalau engkau dijadikan 'bahan ujikaji'... macam tikus makmal. Diorang ni kan kadang-kadang jadikan orang tu 'case study' tapi lepas tu takde amik tindakan susulan untuk pastikan orang tu recover. Dia punya genius sampai FBI pun takleh nak trace dia... terbongkar pun lepas 'manifesto' dia diterbitkan dan isteri adik dia syak dia adalah Unabomber tu lepas baca surat yang dia kirimkan tu ada persamaan dengan manifesto tu. At the end, dia dipenjarakan seumur hidup lepas diisytiharkan mengalami gangguan mental.

Aku cite pasal ni bukan apa, rasa sayang sangat bila orang yang genius tapi kesudahan hidup jadi camtu. Rugi sangat!

Dulu penah gak baca kat Mastika [tahun 90-an] pasal sorang genius yang penah jadi anak angat Prof Ungku Diraja Ungku Aziz. Entah kat mana silapnya, bercampur dengan orang yang salah, memberontak semasa usia remaja, kesudahannya tak berakhir dengan baik seperti yang mungkin orang harapkan. Camtu gak kisah Sufiah. Dan banyak lagi kisah yang sama tapi tak serupa berlaku [kalau gugel banyak je entri/artikel pasal benda ni]. Tuhan dah kurniakan akal fikiran yang extra special, tapi itu la... entah mana silapnya. Mungkin high expectation yang diletakkan terlalu tinggi sampai diorang rasa sangat tertekan. Err apa-apa pun, kita sendiri yang memilih jalan kita sendiri. Kalau nak salahkan tekanan, tak yah dilahirkan genius pun semua orang ada tekanan hidup masing-masing. Tinggal nak layan tak layan je. Biasa la sesekali rasa tertekan tapi jangan la sampai amik tindakan drastik.

Hari tu baca paper, dikatakan ramai mengalami gangguan mental secara sedar atau pun tak. Tu yang banyak sangat kes pelik-pelik skang ni. Yang bagi orang normal, tak terjangkau dek fikiran macam mana la seseorang tu boleh tergamak buat benda tu. Huhuhu.

Errr dah meleret-leret plak entri ni. So baik stop kat sini. ;p

Friday, 12 March 2010

AKHIRNYA SEMUANYA OK... SEB BAIK!

Semalam nyaris-nyaris eksiden. Bahana duk berkaraoke sakan dalam kereta. Pada masa yang sama dalam kepala duk fikir entah apa-apa. Masa nak potong ke lorong kanan sekali dari lorong tengah, boleh aku tak perasan ada kereta memecut laju. Padahal rasa macam dah tengok cermin pandang belakang dan cermin sisi, dan rasanya konfem lorong tu clear. Betul-betl tak perasan ada kereta. Sipi je lagi nak kena. Blind spot gamaknya. Aku angkat tangan minta maaf. Seb baik takde apa. Syukur sangat, tak boleh nak bayangkan kalau terlibat dalam kemalangan. Minta dijauhkan.
.
Cuaca skang ni buat ramai mengalami hypertension. Emak punya BP pun tiba-tiba naik tinggi, lebih dari kebiasaan. Kawan sekeje emak pun naik tinggi. Aku seminggu ni memanjang sakit kepala yang kronik, sampai rasa mata macam nak terkeluar dari soket. Malam tadi, kul 3am dah terjaga. Duk pusing sana pusing sini tapi masih tak boleh sambung tido. Sudahnya bangun je la buat apa-apa yang patut [baca: ngadap tv duk layan national geo]. Seb baik la lepas subuh boleh terlena kejap, kalau tak mau sakit kepala.
.
.
.
ps: seb baik siap jugak akhirnya... lega sangat!

Thursday, 11 March 2010

GET ALONG

Semalam lepas keje menyinggah kat pasaraya Bintang nak beli 'gelas cantik'. Sekali tengok, takde yang aku nak. Masa nak balik tu, ada incoming call. Abang Z, sifu masa praktikal dulu telefon. Lama gak tak borak ngan dia. Bagus betul kan, sifu call anak murid. Aku ni bukan apa, segan nak telefon dia walau sekadar nak tanya khabar.
.
Seronok berborak dengan dia. Duk tanya khabar sifu-sifu aku masa praktikal dulu. Dah tu tiba-tiba je abang Z sebut nama S. Dalam ramai-ramai tu, nama dia pulak yang boleh naik. Err mungkin sebab dia je 'abang engineer' yang masih kat keje kat situ.
.
Diorang ni dulu ada tubuhkan kelab M&E dan masih aktif lagi. Slalu la arrange aktiviti makan-makan ngan percutian. Aku sempat la join sekali aktiviti makan-makan tu. Abang Z ajak aku join. Kebanyakkan yang join kelab tu memang aku kenal. Tapi ye la dah lama kan, entah diorang ingat aku lagi ke tak. Tapi seronok gak kan kalau join. Merapatkan silaturahim... eceh! tapi segan la nanti semua duk tegur aku makin comel... huhuhu
.
Kadang-kadang kan aku lagi senang get along dengan orang yang lagi tua dari aku [kurang 10 tahun... yang tua sangat tu tak leh masuk lagi] berbanding yang sebaya [kawan seasrama terkecuali la yea... tu memang ngam giler]. Mungkin sebab jarak usia aku dengan kakak2 aku 5-9 tahun, maka dah terbiasa. Bukan la tak boleh nak ngam dengan kawan baru yang sebaya, tapi susah skit la... lagi-lagi kalau jenis yang tak matured. Errr ni bukan 'sindrom nak sentiasa jadi muda bila berada dalam lingkungan orang yang lebih tua' atau 'sindrom rasa tua kalau berdampingan dengan adik-adik'. Tidak sama sekali yea. Cuma takut 'rat race' kot. Takut rasa cam looser. Dengan orang yang lebih berusia ni, diorang memang dah stabil. Diorang tak perlu nak 'bersaing' lagi. Ah, apa la aku merepek dan cuba pertahankan ni? Abaikan.
.
.
.
Oh2, bila balik je tengok emak dah beli 'gelas cantik' tu. Sehati sejiwa tak? ;p

Tuesday, 9 March 2010

MEMUALKAN

Kenapa ek ada sesetengah orang bila berborak, asyik berkisar pasal benda-benda 18sx? Otak asyik melencong ke arah 'itu' je. Lawak memanjang lucah. Errr kalau lelaki tu aku paham la gak kan, tapi perempuan? Sesekali tu ok la kot, tapi kalau sentiasa cite pasal tu je... apakah? Dah takde cite lain nak diborakkan agaknya. Aku ada je terima emel forward lawak-lawak 18sx ni. Dan aku penah je tepek kat blog aku. Kadang-kadang memang la terlepas gak buat lawak 'double meaning'. Tapi agak-agak jugak la kan... Kang kalau aku cakap kang ko kata sebab aku andalusia belum kawin. Heh!
.
Dulu masa aku keje kat JVM, antara benda yang aku tak selesa keje kat situ sebab tu la. Memanjang duk cite atau buat lawak biru. Kalau masa bercerita atau melawak tu sesama perempuan je takpe la gak boleh la aku terima. Ni kalau depan lelaki pun ko tak malu nak cite. Isk, dah takde perasaan malu ke ek? Mual aku mendengarnya. Duk suka sangat rating 'nasi lemak' orang lain la. Bengong. Pastu duk sibuk nak tengok video terlampau. Aku ingat lagi ada sorang akak ni [dah nak 40 kot masa tu], duk sibuk tanya kat ada sorang technician lelaki ni dia ada tak video terlampau artis mana ntah aku tak ingat. Tak malu betul. Tak paham sungguh aku motif ko sibuk-sibuk nak tengok. Heh!
.
Apsal aku tiba-tiba cite pasal ni? Sebab kat sini ada ramai sangat jenis camtu... Haih!

Friday, 5 March 2010

RASA YANG TERASA

Minggu ni kehilangan keupayaan merapu. Merapu ni biasanya ikut mood. Kadang-kadang ada je benda nak dirapukan sampai setiap hari pun nak update. Kadang-kadang takde langsung. Dan kadang-kadang pulak banyak je benda nak dirapukan tapi rasa payah sangat hendak menyusun kata. Serba tak kena. Taip taip, padam. Atau. Taip taip, simpan buat pekasam. Rasa tak sesuai plak nak dipublishkan. Errr walaupun aku labelkan blog ni sebagai 'personal', tapi aku tak berhajat untuk bercerita perkara 'personal' yang melibatkan hal-hal berkaitan dengan 'rasa yang terasa'. Haih!
.
Minggu ni rasa sedikit suram. Aku saja melawak kat emak kata nak berhijrah membawa diri yang lara. Ye la tu, seumur hidup tak penah menetap luar dari KL-Selangor, ada hati nak berhijrah kunun. Isk, 28 tahun duk pusing-pusing terperosok kat tempat yang sama. Tak berkembang minda betul. Errr takpe la, mana tau akan datang betul-betul berhijrah. Haih!
..
Apa la, baru awal mac, tak sampai suku tahun pun takkan dah mula nak down. Aku syak ni tempias 'sindrom-beralih-tahun' kot. Kalau baby kan bila nak beralih bulan selalunya akan meragam. Ni kira lebih kurang la. Pra-sindrom seawal sebulan. Ye la tu.
.
Hari tu dapat macam-macam baucar diskaun sebab aku ahli kad Aeon-Xpress. Ada gak tawaran menarik untuk percutian. Semalam tengok kat paper pun ada pakej percutian menarik dengan harga yang berpatutan. Best gak kalau dapat gi bercuti kan. Nak kena buat proposal ni... ;p
.
Sementara tu layan karaoke lagu ni je la...
.
Dendam Dalam Diam
.
Dalam manisnya madu
Terselit juga pahit hempedu
Madu manis padamu
Pahitnya sungguh bagi diriku
.
Suka atau pun tidak
Aku terus memendam rasa
Ingin sekali aku pergi bawa diri
Tapi ke mana arah
.
Rasanya sudah tak kuasa lagi
Persoalan inilah yang silih berganti
Hidup bersama bayangan saja
Oh indah hanyalah khabar
Bukan yang sebenar
.
Dendam di dalam diam
Bagaikan api membakar sekam
Senyum dalam paksaan
Sekadar lindung kedukaanku
.
.
Esok patutnya keje tapi aku amik cuti. Ada sesi khidmat nasihat.
Selamat berhujung minggu.
.
ps: blogland pun cam sunyi je minggu ni...

Wednesday, 3 March 2010

KERAK NASI YANG LEMBUT PUN BOLEH JADI BATU

Diluah salah, tak diluah salah... serba salah... aku dah cuba bagitau baik-baik tapi masih tak nak faham. Nak bagitau macam mana lagi la agaknya?
.
Kerak nasi lama-lama lembut jugak bila kena air. Tapi kerak nasi aku dah keras berdengkang. Dah lama aku keringkan dalam peti ais. Dah beku. Tak mungkin akan lembut selagi aku tak keluarkan dari peti ais. Aku rasa kalau aku keluarkan kerak nasi tu pun, aku akan buang terus sebab kerak nasi tu dah terlalu keras macam batu. Aku nak 'tanak nasi baru'. Maaf!
,.
Orang tua-tua kata kalau makan kerak nasi nanti jadi benak. Aku rasa mitos tu tipu je kot. Tapi aku memang tak suka makan kerak nasi pun.
.
Errr sila abaikan metafora kerak nasi tu. Sekadar meluahkan rasa yang terasa. Aku cuma tak sangka aku boleh stuck dalam keadaan camni. Salah aku jugak.
.
Ah, ada banyak lagi benda lain yang lebih penting perlu difokuskan skang ni... deadline dah semakin hampir. Banyak lagi benda nak kena setel. 'Kerak nasi' tak masuk dalam senarai. Heh!
.
-----
Oh2, hari tu kan aku cakap nak pow emak. Tak sempat nak pow dah dapat penampow mak dah bagi 'wang ehsan' tolong top up duit repair air cond kereta. Jarang dapat wang ehsan ni, sesekali dapat harus la gumbira kan. Selamat skit duit aku. Ekeke... ;p

Monday, 1 March 2010

ADA TIADA

Hampir seharian tak lekat tempat sendiri. Dari pagi tadi gi training belajar software baru.
Esok-esok je la update panjang2... err kalau ada benda nak dimerapukan la...
.
.
.
.
ps: badan rasa seram sejuk... *gigil*