Diluah salah, tak diluah salah... serba salah... aku dah cuba bagitau baik-baik tapi masih tak nak faham. Nak bagitau macam mana lagi la agaknya?
.
Kerak nasi lama-lama lembut jugak bila kena air. Tapi kerak nasi aku dah keras berdengkang. Dah lama aku keringkan dalam peti ais. Dah beku. Tak mungkin akan lembut selagi aku tak keluarkan dari peti ais. Aku rasa kalau aku keluarkan kerak nasi tu pun, aku akan buang terus sebab kerak nasi tu dah terlalu keras macam batu. Aku nak 'tanak nasi baru'. Maaf!
,.
Orang tua-tua kata kalau makan kerak nasi nanti jadi benak. Aku rasa mitos tu tipu je kot. Tapi aku memang tak suka makan kerak nasi pun.
.
Errr sila abaikan metafora kerak nasi tu. Sekadar meluahkan rasa yang terasa. Aku cuma tak sangka aku boleh stuck dalam keadaan camni. Salah aku jugak.
.
Ah, ada banyak lagi benda lain yang lebih penting perlu difokuskan skang ni... deadline dah semakin hampir. Banyak lagi benda nak kena setel. 'Kerak nasi' tak masuk dalam senarai. Heh!
.
-----
Oh2, hari tu kan aku cakap nak pow emak. Tak sempat nak pow dah dapat penampow mak dah bagi 'wang ehsan' tolong top up duit repair air cond kereta. Jarang dapat wang ehsan ni, sesekali dapat harus la gumbira kan. Selamat skit duit aku. Ekeke... ;p

10 comments:
Kalau lapor sangat , kerak nasi pun habis
tak gitu?
achik,
dpt wang ehsan je ke?mesti lebih dr 3 batu nautika. kalo kurang, kenfem dpt royalti.
hahaha..
pehal cite pasal kerak nasik ni?
kat kampung, kerak nasik bagi ayam makan jek....
kak PB ~ kalau lapor sangat, saya makan benda lain.. roti ke.. x makan kerak nasi.. ;p
SITI ~ hahaha.. tu la pasal..
err saja je.. teringat arwah wan saya suka sangat simpan kerak nasi sampai keras dari nak buang.. ;p
ko marah ngan anak bos lama ke nih? :P
orang kata, besar piyuk besar la kerak dia.. :P
ni ada kes kena mengena dgn orang dipujuk dan yang ingin memujuk?
anak bos lama memujuk masuk office lama kah? kui3
ceh, dapat duit ehsan, jelous ak nih...
pa'chik ~ hahaha.. xde kena mengena..
err periuk yg guna skang kecik je.. ;p
nicky ~ errr.. tiada komen.. hahaha, jawapan ala2 artis gitu..
oit, sejak bila ko pun terjebak ngan spekulasi liar anak bos ni? tu semua tipu je.. ekeke..
sila jeles.. ;p
kerak nasi punya pasal boleh terbalik meja makan..oooh.. ;D
kena bitau dia sejahat-jahat caralah adanya :)
wann ~ hahaha.. kalau hidang nasi mana leh senduk kerak.. ;p
kak wan ~ x sampai hati plak.. huhu..
maksu rasa, maksu pun memerlukan ehsan emak.... tapi penampao tak nak lah. kerak nasik tak sebab dibuat nasik goreng, keras tak hengat
Post a Comment