Friday, 26 March 2010

MISI UNTUK MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Selain gym, kat opis ni ada gak sediakan meja ping pong. Nak pastikan staf2nya mengamalkan gaya hidup sihat... eceh! Masa awal-awal diorang beli meja ping pong tu aku dah rasa 'gian' je nak tunjuk skill main, tapi takde geng la plak. Yang ngam semua tak layan main ping pong. Pasrah je la. Dedulu aku penah cite masa kat asrama dulu kitorang penah giler main ping pong.
.
Minggu ni kat opis diorang ada buat match. Semalam baru berkesempatan tengok. Dah masuk semi final pun. Pergh, makin 'gigil' rasa nak main. Harus la hasut sape2 pasni.
.
~baru warm up...
. .
Rindu siot zaman slim aktif dulu. Walaupun tak aktif sampai wakil sekolah ke apa tapi seronok bila sentiasa ada je aktiviti nak dibuat, ada je game nak dimain dan ada je orang nak dibuli. Adakalanya rasa menyampah kat diri sendiri apsal la aku boleh biarkan aku menjadi 'pasif' camni. Haih!
.
Misi untuk menjadi aktif bermula... *sambil listkan benda2 yang nak dibuat*. Err tapi bila masanya nak buat ek, tetengah tak cukup masa ni la duk 'semangat' nak aktif kunun... nampak gaya cam terpaksa ditunda je... Haih!
.
.
ps: asalnya nak cite pasal match tu je... heh!

13 comments:

pB said...

dulu kak pB kapten pasukan ping pong untuk rumah sukan ...

itu dulu larrrrr

Mak Su said...

wah, semangat kesukanan. maksu tukang bancuh air

lyza said...

aritu pun ada gak tanya workshop rollerblade, ada la org rekomen sbb dia dah jadi pro..gerenti dari tak boleh jadi boleh.. tapi KIV dulu.. mcm mahal gitu..ekeke.. ;p

achik said...

kak pB ~ pergh, mesti skill lagi dasat ni.. :)


mak su ~ semangat dah luntur.. skang ni slalu jadi penonton je.. ;p


kak lyza ~ rollerblade.. best2.. dedulu teringin gak nak belajar tapi tu la mahal.. dan fail skit bab2 nak seimbangkan badan ni.. ekeke..

Siti said...

owh..dah lama tak main.
terus teringat ke zmn lampau.
pernah jd juara pingpong beregu sekolah.

sejak-sejak tinggal bangku sekolah terus tak sentuh...

K.wear said...

k.wear dengan sukan ni tak berapa nak ngam....akak lebih kepada martial arts cam silat n taekwondo hehehe...kalau olahraga ke, badminton ke, ping pong ke, memang fail huhuhu...

adie said...

ping pong tak berapa menguji stamina sgt,layan badminton la baru berpeluh sakan.

achik said...

siti ~ wah, hebat!
sama la.. lepas sekolah dah x sentuh.. err tapi rasa masih ada skill.. hahaha.. ;p


kak wear ~ saya ikutkan minat je byk benda.. tp cam martial art tu, dulu x mampu nak bayar yuran & nak beli baju.. tu yg x belajar.. huhu..


penyubiru ~ a'ah.. tapi sesekali main layan gak weh.. :)

nicky said...

ping pong, antara suka yg ak xpenah cube lagi. hu3.

tasekM said...

cik, ping pong la permainan yg aku tak pernah cuba sama sekali. sbb bila aku tgk org main dah macam gaya nk berjoget2.

hehehehe...



.

achik said...

nick ~ ooo ko x terjebak rupanya dulu masa tgh giler main ping pong..


kak TM ~ macam nak berjoget? hahaha.. saya tak camtu, steady je.. ekeke.. ;p

Pa'chik said...

suh bos buat kot putsal la pulak weh... nanti aku gi mintak keje kat situ... :P

me3n said...

oi jom lawan ping pong! ku pong main jugak ;p.