Monday, 12 April 2010

TAK SEDAR DIRI!

Semalam, peksa kul 2.30pm. Pagi tu studi last menet... ada 2 bab lagi tak abis. Tengah-tengah studi tu baru aku perasan ada satu topik tu aku takde nota dia. Aku pun tepon kak I nak pastikan topik tu ada tak nota, dia kata dia dah emelkan. Cis, camne plak boleh lupa nak print ni. Dah la giler punya last menet ni. Aku pun cepat siap-siap terus gi utm.
.
Sampai kat sana boleh la plak tempat printing tu out of service... ah, sudah! Tapi seb baik aku tak delete lagi nota yang kak I emel. Terpaksa la baca dari pc dan salin. Haih!
.
Punya la gabra sebab banyak sangat teori nak diingat. Tak tau mana satu yang penting, mana satu tak penting. Aku pun dah tak tau mana yang aku ingat, mana yang aku tak ingat. Dah bercampur aduk. Kak I ada emel tanya hint dari lecturer kitorang, dia jawab "relaks, baca nota2 yang diberi dan solat"... tapi kitorang tengah tak leh solat ni dr, camne?... adeh, tak membantu sungguh!
.
Abis peksa semalam, sepanjang perjalanan balik tu kepala sakit giler. Dah la hujan lebat sampai tak nampak jalan.
..
Ubat sakit kepala adalah tidur. Dan semalam aku tidur dari pukul 7pm sampai ke pagi. Perghhhh, giler ah tidur tak menyedarkan diri! Oh2, dua kali tersedar sebenarnya... sekali tu tersedar bila emak jenguk aku dalam bilik, tapi aku sambung je la tidur sebab mak tak kejut pun. Sekali lagi aku sempat tengok jam henpon, kul 2am. Isk, giler kuat tidur padahal semalamnya takde la tidur lewat sangat pun, kul 1 lebih dah pengsan!
.
Sekian catatan peksa yang seksa seorang pelajar dewasa. Tu la, terhegeh2 lagi... isk!
.
.
.
ps: satu paper lagi... pastu masa untuk bersukaria! ;p

Friday, 9 April 2010

CUTI PEKSA

Hari ni cuti peksa..

Dah selesai satu paper, asas kejut kuasa..

Lusa [ahad] paper sistem perhubungan.. X study apa lagi.. Huhuhu..

Lagi satu paper [statistik kejut], jumaat depan..


Wish me luck!

Thursday, 8 April 2010

DATANG DAN PERGI SESUKA HATI

Semalam kan seharian dapat kredit percuma sesama meksis... masa untuk bergayut sakan... err tapi tak gayut sakan pun... rasa cam keji je nak call member yang dah lama tak dihubungi semata-mata sebab dapat kredit percuma... tapi aku takde la keji suka main misscall nak suh orang call balik... errr aku bukan la kedekut giler nak call orang cuma kadang-kadang malas nak call sebab ada sesetengah tu bila call, cam layan tak layan je... rasa cam aku je yang terhegeh-hegeh nak tanya khabar... huhu huh!
.
Tiba-tiba teringat member baik masa keje kat JVM dulu, Faliza, jadi aku pun call la dia. Walaupun aku sempat keje kat situ 2 bulan lebih je tapi kitorang masih contact. Kawan rapat masa keje kat sana. Slalu together2 ngan dia & Dina.
.
"Ha, ko ni call aku ni nak jemput aku kenduri kau ke?", tu ayat pertama dia. Hampeh tul!
.
Tapi tu la kan, aku ngan member-member aku pun penah duk 'berdiskusi' pasal isu ni. Ada sesetengah member tu kan, punya la lama menghilang... tak tau apa cite semua, kira cam dah lost contact, tapi hujung-hujung bila nak kawen, baru la tiba-tiba je muncul. Memang la sekurang-kurangnya dia ingat gak nak jemput gi hari bahagia dia... tapi jangan la obvious sangat weh. Dah tu lepas kawen kang lagi la sah2 'hilang terus'. Yela masing-masing dah ada kehidupan sendiri kan...
.
Rasanya aku kena berenti layan blues... forget the past and move forward!

Wednesday, 7 April 2010

82 = 28

.

.
Terasa sukar merenung ke belakang mengenang apa yang telah dilakukan selama ini, apa yang telah dicapai [jika ada], berapa banyak masa yang telah disiakan... bukan mengenang untuk menyesali masa yang telah berlalu kerana aku tahu sejauh mana aku menyesali segala apa yang telah dilakukan dan apa yang tidak dilakukan selama ini semuanya telah berlalu dan tak mungkin dapat mengubahnya... mengenang sekadar untuk muhasabah diri sendiri. Apa pun aku sangat bersyukur dengan kesempatan hidup yang diberi selama 28 tahun setakat ini...
.
Ah, melankolik la plak... patutnya hepi-hepi sambut besday kan... err mebi akan extra hepi kalau ada orang nak belanja makan kek... ekeke...
.
..
ps: terima kasih pada semua yang sms, yang tulis kat wall FB, etc... terharu ai! ;p

Tuesday, 6 April 2010

PANGGILAN HANGIT

Semalam tiba-tiba nombor hp aku 'hangat' dengan panggilan tak disangka. Mula-mula dapat panggilan kunun-kunun la aku bertuah. Dari 200 orang, nama aku sorang je yang 'naik' untuk dapat tawaran 'istimewa' dapat kad vip. Melalui kad tu, aku boleh access diorang punya themepark, waterpark dan sewaktu dengannya secara 'percuma' sepanjang tahun. Pelik je mana la dia dapat nombor aku... sempat gak tanya mana plak dia dapat nombor aku tapi tak ingat plak dia jawab apa.
Alah, takat marketing camni, takkan terpedaya ngan perkataan 'percuma', hadiah istimewa tu semua... dah masak sangat!
..
"Skang ni tiket masuk dah mahal.. sekali masuk je dah seratus lebih... tu baru sorang. Dengan kad ni, cik cuma bayar rm596++ sahaja dan boleh masuk sepanjang tahun, kira sekali masuk cik cuma bayar rm1.60++ je... selain tu cik boleh dapat diskaun makanan, penginapan kat hotel kita.. bla bla bla... kalau cik daftar skang cik dapat hadiah bla bla bla... cik nak bayar pendaftaran ni melalui apa? bla bla..."
.
Kalau aku memang jenis kerap pegi tempat-tempat tu, seminggu sekali ke, mungkin la berbaloi... tapi aku tak penah pegi pun walaupun dekat je dengan rumah. Dah la gelak macam haram je bila aku kata aku tak penah pegi tempat tu [errr aku ni jujur orangnya... tak penah pegi takkan nak kata penah kan].
.
Dah la tak tanya berminat ke tak terus tanya nak bayar camne... cepat-cepat aku kata "takpe la, saya tak berminat". Seb baik la bukan jenis paksa-paksa ke apa... haih!
..
Panggilan kedua pun lebih kurang sama tapi dari bank pulak... duk survey aku ada akaun ngan bank diorang ke tak, ada beli insurans ke tak... bla bla bla...
.
Tetiba la plak berturut-turunt duk terima panggilan 'marketing' ni... seb baik la mood tengah baik nak melayan panggilan camtu... yela aku pun paham dah tu keje diorang... cuma kadang-kadang geram bila ada sesetengah tu cam nak 'paksa' je orang beli/terima 'tawaran' diorang tu. Kang mula la duk kata rugi la, ada tu cam nak marah pun ada... lu apahallll!
.
.
.
ps: macam-macam... haih!

Monday, 5 April 2010

SEKERAT JALAN

Hujung minggu hari tu takde agenda menarik jadi nak cite la kisah aku belajar menjahit... errr aku pun dah tak ingat bila aku belajar menjahit ni dulu... ada la beberapa tahun lepas... baju yang aku cuba buat untuk anak buah aku, Ika pun nampak gaya dah tak muat untuk dia pakai... huhuhu...
.
Belajar ngan mak cik aku kat kampung... 'kelas' ekspres, 2 kali je belajar. Sekali belajar buat baju. Ukur-ukur, potong-potong, cantum-cantum, jahit-jahit... siap sehelai baju! Minggu depannya belajar bab kain plak. Cam senang je kan. Belajar kain cotton, plain plak tu... memang la senang.
.

~punya la semangat beli alatan menjahit...
.

~tengok balik nota, entah paham lagi ke tak...
.
Duk tangguh-tangguh, sampai laa tak siap... padahal tinggal skit je lagi kat bahagian leher nak sembat. Haih!
.
Nak ikutkan dah complete pun sesi belajarnya. Tapi tu la, lepas tu tak praktis... dah lupa pun camne nak jahit... Sebenarnya takde la minat sangat bab-bab jahit ni... cuma masa tu berkobar-kobar nak belajar menjahit baju sendiri sebab bengang bila baju yang ditempah tak memuaskan hati. Tapi biasa la kan, hangat-hangat tahi ayam candu je... ekeke...
.
Kalau pandai menjahit, jimat betul tak yah hantar tempah kan... tu yang rasa nak sambung belajar balik tu... hehehe. Lagi pun tak baik belajar sekerat jalan kan. Kena abiskan apa yang dimulakan... tapi mesin jahit dah takde, emak dah bagi kakak ipar aku, takkan nak mintak balik kan... dan takkan la nak beli mesin jahit baru kot... buatnya hangat-hangat tahi ayam lagi... heh!
.
.
ps: kain yang beli kat ganu dulu tak tempah2 lagi... lupa!

Thursday, 1 April 2010

APRIL TAK FOOL... ORANG YANG SAMBUT YANG FOOL!

Hari ni dah masuk bulan April... bakal 'dihantui' dengan angka 28... *hint* ;p
.

~gambar sumber gugel...
.
.
Sempena tu aku nak buat '28 random list'. Saja suka-suka!
.
1. Nak gi bercuti. Harap2 plan 'cuti edisi 2' berjaya!
2. Nak sambung belajar menjahit. Penah belajar dulu, nanti aku cite.
3. Nak belajar berenang. Dah jumpa kelas yang sesuai, tunggu 'seru' je nak pegi.
4. Nak naikkan pointer balik. Sem lepas jatuh gedebuk!
5. Tak sabarnya nak abis belajar. 16 paper=38 credits to go!
6. Nak exercise lebih dari sekali seminggu supaya cepat kurus lebih sihat.
7. Nak mandi air terjun. Lama giler tak piknik.
8. Nak ikut kampeni trip adik aku. Tak konfem lagi diorang gi mana tahun ni. *kena mula menabung*
9. Nak beli broadband. Maybe nak pakai Meksis balik atau Selkom.
10. Nak beli kamera baru.
.
.
Jenuh plak nak fikir sampai 28... err tukar jadi '2+8 random list' je la. List yang tak berapa random pun... tiba-tiba bertukar jadi senarai NAK la pulak.
.
------
Oh2 hari tu kak wan tanya resepi laksa lemak. Err saya ni kadang2 segan nak bagi resepi sebab saya suka masak ikut suka je. Kalau ngam ngan tekak saya, kira 'lulus' dah la... hahaha. Resepi laksa lemak tu sama je cam masak kuah laksa kedah cuma gantikan cili boh tu dengan santan. Hari tu saya masak 6 ekor ikan, guna satu kotak kecik santan segera. Ulam guna daun salad & kacang panjang yang dihiris halus2. Jangan lupa sambal belacan. <--tiba-tiba bahasakan diri saya, kunun 'cakap' ngan kak wan la... hehehe...
.
Ni resepi versi main taram je. Resepi ori kena tanya orang pantai timur la... hehehe. Pasni nak try masak kari laksa plak... camne la nak kurus camni?
.
.
ps: berangan nak bukak kedai makan... ;p