Monday, 7 June 2010

ALAM RIA CUTI SEKOLAH

Sabtu lepas pegi Melaka ngan adik aku. Nak amik kakak aku ngan anak-anak dia bercuti kat KL sempena cuti sekolah. Selalunya husband dia hantar tapi kali ni dia tak sempat nak hantar, kitorang la pegi mengambiknya.
.
Bertolak dalam kul 2pm. Saja je bertolak petang sebab takut pagi jem. Mesti ramai balik kampung kan. Perjalanan lancar je cuma jem skit2 kat Seremban. Pegi tu aku yang drive, adik aku boleh plak membuta sepanjang perjalanan. Aku pun tak tau motif dia ikut, aku gi sorang pun takpe. Err tapi ada peneman kat sebelah ok gak sebenarnya dari drive sorang-sorang tak kisah la walaupun orang tu tido je.

.

~nak dekat exit Ayer Keroh...

.

Ingatkan nak ronda-ronda Melaka. Lama giler jalan-jalan kat sekitar bandar Melaka tu. Sesekali gi Taman Mini, Zoo Melaka, A'famosa... ala gi tempat-tempat cam masa rombongan zaman sekolah dulu pun syok gak kan. Hehehe. Rumah kakak aku tu dekat giler [tak sampai 10 minit] dari Taman Mini tu tapi tak penah pun pegi bila dah besar ni. Last pegi masa form 3 dulu la, perghhhh berzaman giler. Tapi tak pegi pun sebab sampai pun dah nak kul 4. Sudahnya malam tu cuma pegi Mydin kat MITC tu je. Bila lalu kat MITC tu tetiba teringat kat kak Tasek Merah plak. Kalau ada nombor boleh gak calling-calling jumpa ke. Errr sila jangan percaya statement ni. Tipu je!

Tido semalam kat sana, pagi ahad bertolak balik KL. Masa on the way nak balik tu, tak ingat kat mana... tiba-tiba jalan jem. Dari jauh dah nampak asap berkepul-kepul dan api marak. Rupanya ada kereta terbakar. Agaknya takde air kot. Memang hangus terbakar. Aku dah siap-siap keluar hp nak snap gambar [paparazi tak bergaji], tetiba hp kong plak. Pastu sampai dekat mana ntah, jumpa lagi satu eksiden. Kereta ngan motor kot. Nampak ada sorang dah terbaring kat lane kedua tu. Huhuhu.

Sampai KL awal lagi, sebelum balik rumah terus melencong singgah KLCC. Bawak diorang jenjalan kat taman tu. Yang ni lagi sadis. Nama je tiap-tiap kali cuti sekolah balik KL tapi tak penah bawak anak-anak buah aku gi jenjalan sana. Yela hari keje memang takde maknanya la kan nak bawak. Pastu bila hujung minggu je ada je agenda lain, balik kampung la itu ini. So weekdays memang duk rumah je la. Sian betul. Hehehe. Tu yang dah alang-alang sampai awal, terus bawak. Tapi masa kitorang sampai sana dalam kul 12 lebih. Panas terik ang ang punya. Lepak kejap je. Anak buah aku dah aim je nak mandi kat kolam tu tapi tak dapek. Siap ajak nak datang belah malam pulak. Ekeke...

Skang ni rumah meriah. Boleh la start 'main masak-masak'. Harap-harap rajin la... ;)

Thursday, 3 June 2010

FOTOGENIK KE FOTOGEDIK?

Aiseh, mak su telah mengetag daku untuk contest fotogenik anjuran blog ni. Err disebabkan aku tak penah pun baca blog beliau sebelum ni makanya tak yah la masuk contest... lagi pun aku bukannya fotogenik... tapi oleh kerana aku sedikit rajin curi tulang walaupun ada je keje, layan je la tag ni... sesekali gedik tepek gambar... jangan mareee... ekeke...
.
Ada orang memang jenis fotogenik, ada yang tak. Sape yang fotogenik memang tak rugi la bergambar. Lagi-lagi masa zaman kodak dulu. Tapi seb baik la skang ni zaman digital kan. Gambar tak cantik je, delete. Macam aku kata tadi aku bukan fotogenik. Ada gambar yang aku perasan aku nampak lawa [muntah darah], ada gambar yang hampeh rasa nak hapuskan gambar tu secepat mungkin. Kalau gambar kat kamera sendiri takpe la, buatnya gambar tu kat kamera orang lain pastu dia upload kat FB dan tag. Oh tidakkkkkk!
.
Kadang-kadang untuk hasilkan gambar fotogenik, camera trick pun penting... kena pandai adjust angle & pencahayaan. Eceh, ayat macam la ada skil hebat nak amik gambar. Padahal guna kamera atau henpon cap ayam je... ekeke. Ala yang penting, gambar jadi okay dan berjaya mengkaver segala double chin... ;p
.
Dua gambar yang lulus untuk tatapan umum.
.

~au natural... terserlah eyebag dan kedutan bawah mata... isk!
.


~eyebag masih kelihatan walaupun muka dah hampir cam tepung gomak...
gambar masa annual dinner lepas...

Bila melawa walaupun takde la jadi lawa pun cuma tutup la skit jerawat kat muka tu sedikit sebanyak level of confident tu naik skit. Tapi tu bukan la bermaksud yang bila aku tak mekap, aku tak konfiden atau level of confident tu rendah ke apa. Cuma bila mekap tu, extra confident la... kununnya!

Dulu kalau gi shopping mall selamba badak je pakai tshirt dan jeans. Skang pun masih camtu. Cuma sesekali bila gi shopping mall yang cambest skit baru la melawa. Dan melawa dalam konteks aku tak perlu la sampai ko nak buat smokey eyes atau pakai blusher sampai muka cam kena penampar... sekadar secalit nipis lipstick dan eye liner/celak je dah cukup... kalau extra rajin dan gedik, pakai maskara. Baru la seronok nak masuk kedai yang cambest skit walaupun takde niat nak beli pun. Ni kalau selebet sangat, nak masuk kedai pun segan. Masa bebudak dulu lain la...

Uish, cik bala bercerita pasal mekap. Kagum kagum. Aku pun tak sedar aku dah bertukar menjadi 'perempuan' rupanya. Dulu kan tomboy... errr nanti aku scan gambar zaman hensem tomboy dulu... ;p

Eh, apa aku merepek pasal mekap ni. Padahal tag ni pasal gambar fotogenik sebenarnya. Ke laut sungguh!

Wednesday, 2 June 2010

PELUANG TAKKAN DATANG BERGOLEK

A violinist stood at a metro station in Washington DC. It was a cold January morning (in 2009). He played six Bach pieces for about 45 minutes. During that time, since it was rush hour, it was calculated that thousands of people went through, most of them on their way to work.


Three minutes went by and a middle aged man noticed there was musician playing. He slowed his pace and stopped for a few seconds and then hurried up to meet his schedule. A minute later, the violinist received his first dollar tip: a woman threw the money in the till and without stopping continued to walk. A few minutes later, someone leaned against the wall to listen to him, but the man looked at his watch and started to walk again. Clearly he was late for work.

The one who paid the most attention was a 3 year old boy. His mother tagged him along, hurried but the child stopped to look at the violinist. Finally the mother pushed hard and the child continued to walk turning his head all the time. This action was repeated by several other children. All the parents, without exception, forced them to move on.

In the 45 minutes the musician played, only 6 people stopped and stayed for a while. About 20 gave him money but continued to walk their normal pace. He collected $32. When he finished playing and silence took over, no one noticed it. No one applauded, nor was there any recognition.


No one knew this but the violinist was Joshua Bell, one of the best musician in the world. He played one of the most intricate pieces ever written with a violin worth 3.5 million dollars. Two days before his playing in the subway, Joshua Bell sold out at a theater in Boston and the seats average $100.

This is a real story. Joshua Bell playing incognito in the metro station was organized by the Washington Post as part of an social experiment about perception, taste and priorities of people.
.
In a commonplace environment at an inappropriate hour;
Do we recognise the talent in an unexpected context?
Do we perceive beauty?
Do we stop to appreciate it?
..
If we do not have a moment to stop and listen to one of the best musician in the world playing the best music ever written, how many other things are we missing?
.
.
--------
Kadang-kadang kita tak perasan yang peluang dan sesuatu yang berharga berada di depan mata kerana kita terlalu sibuk mengejar sesuatu hingga menjadi 'buta dan pekak' untuk menghargainya. Terlepas begitu saja!
.
Bila difikirkan balik, aku rasa penah gak beberapa kali aku tanpa sengaja 'melepaskan' peluang yang ada di depan mata. Ada juga yang aku tak perasan pun aku dah terlepas peluang tu, cuma aku sedar bila ada orang lain yang ingatkan. Mungkinkah kalau aku 'berhenti dan menikmati' peluang yang ada tu, keadaan akan jadi berbeza? Aku tak pasti. Mungkin ya atau mungkin juga tidak. Perhaps...
.
Kebarangkalian untuk mendapat peluang yang sama buat kali kedua adalah tipis. Berhenti mengharap agar peluang yang dah terlepas berulang lagi. Takut nanti dek terleka mengenang peluang dah tiada, tak perasan peluang baru yang terbentang di depan mata. Melepas lagi... heh!
.
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Terlalu banyak peluang dibazirkan...
Aku harap aku masih berpeluang untuk menjumpai peluang lain...

Monday, 31 May 2010

PIKNIK YANG BEST WALAUPUN BEREMPAT + SORANG JE

Awal tahun lepas kalau tak silap aku, kitorang 'bebudak' asrama cadang nak buat reunion sempena dah 10 tahun bebas tinggalkan asrama terchenta. Pastu diorang cadangkan nak buat ala2 'family day'. Yela ramai yang dah 'berfamily' kan, harus la fikir aktiviti yang boleh melibatkan semua orang. Sebab kitorang ni budak asrama Yayasan Selangor, maka semuanya duk area Selangor. Kalau ada pun cuma 2-3 orang je yang duk merantau ke deli luar selangor. Jadi aku fikir untuk permulaan baik cari tempat sekitar Selangor je, mudah untuk semua. Masa gugel, terjumpa la tempat perkelahan ni... Kalumpang. Tengok gambar dan review, menarik. Aku pun teruja. Tapi bila cadangkan, ada la yang kata tak best. So sudahnya cadangan tu mati kat situ je.
.
Pastu ada la 2-3 kali gak nak pegi ngan family, tapi kakak aku plak kata tempat tu keras la... adeh, sekali lagi terbantut! Dan 2-3 kali gak nak pegi ngan member pun tak jadi. Aku tercite kat opismet, tetiba dia plak dah pegi dulu lepas aku cite tu. Cis! Dan kebelakangan ni, ramai plak yang pegi Kalumpang tu. Bertambah la aku rasa nak pegi...
.
Akhirnya jumaat lepas aku pegi gak. Yeay! Err punya la panjang intro nak bagitau gi Kalumpang... hehehe. Seronok bangat!
.
Lepas dah siap semua makanan, bertolak dari rumah kul 8 lebih. Pastu gi amik member aku kat Damansara dan terus ke Kuang rumah Jiah. Bertolak dari rumah Jiah nak dekat kul 10 lebih, sampai Kalumpang dalam kul 11 lebih. Sampai-sampai, belum boleh check-in [oh lupa, kitorang tido kat sana semalam]. Cari port menarik, tukar baju, terus berendam... sejuk giler. Err tapi dalam sejuk-sejuk tu, sampai petang berendam. Mandi-mandi, makan.. makan-makan, mandi!




Member aku lagi best, siap bawak dapur kuali kecik semua. Lepas mandi, masak megi la jawabnya. Nikmat! Dah macam rumah kongsi aku rasa... hahaha. Tapi malam tu kitorang keluar cari nasi la... perut masuk angin weh satu hari tak jumpa nasi. ;p

Terasa kembali ke zaman asrama plak... reminisce the memories.

Masa aku book chalet tu, saja je pilih bilik untuk 8 orang. Yela, masa tu ingatkan ramai nak join tetiba tak jadi. Aku bayangkan bilik tu muat untuk 8 orang tapi takde katil. Sekali masuk bilik, ada 4 katil double-decker. Kitorang pilih bilik yang dekat dengan sungai, siap ada air cond tapi akhirnya malam tu kitorang off je air cond tu sebab bapak sejuk weh.

Nak ikutkan tempat ni sama je cam tempat perkelahan lain. Oleh kerana dah lama memang nak sangat pegi, tu yang teruja sangat. Overall ok la best. Memang la nak ikutkan tak yah tido pun takpe, tapi saja je la nak lepak situ lama skit. Err esoknya leh sambung mandi lagi... tak puas-puas. Lagi pun chaletnya murah je. Yang kitorang duk tu satu bilik RM150 je. Dah tu siap ada tv. Malam takde la sangap. Kalau chalet atas bukit lagi murah, RM70. Dah tu 2 tingkat tapi takde air cond la. Ala, tak payah aircond pun dah cukup sejuk. Eh, tetiba cam promot plak... ;p

.

ps: harap-harap plan cuti-cuti malaysia pasni berjalan lancar...

Thursday, 27 May 2010

ESOK NAK GI PIKNIKKKKK... YEAY!

.
Semalam lagi dah siap kemas baju, punya la eksited. Padahal bak kata emak, macam la nak pegi jauh sangat... takat 45 minit perjalanan je pun kecoh nak packing awal bagai. Tu blum nak gi berjalan jauh tu, mau sebulan awal dah packing. Hahaha, gedik! Errr bukan apa, malam ni nak prepare untuk makanan yang nak dibawa plak... pagi2 dah nak bertolak, kena la prepare awal-awal kan. Bersemangat weh nak berkuyup-kuyupan. ;p
..
Bayangkan la aku duk plan dari akhir bulan Mac lepas [sadis sungguh], duk drag-drag nak pilih tarikh yang sesuai... asyik je ada halangan. Sudahnya member aku kata "bala, dari ko duk suruh orang pilih tarikh.. baik ko set je satu tarikh, then sape nak pegi, pegi... sape tak boleh, sudah". Masalahnya kang aku pilih tarikh tetiba takde sape yang join lagi haru... huhuhu. Tapi akhirnya kitorang decide je la tarikh ni walaupun ikut perancangan asal sepatutnya cuti 3 hari ni gi cuti-cuti malaysia edisi kedua tapi err tangguhkan dulu. Nak jayakan untuk gi piknik pun 'berchenta' rasanya! Takpe, ada 7 bulan lagi sebelum 2010 berakhir.
.
Selamat bercuti...

Wednesday, 26 May 2010

TETIBA SEMANGAT NAK MEMBAKING PLAK

Masa bloghop tadi, terlanding plak kat satu blog ni yang bagi resepi roti. Dari blog beliau, terlanding lagi ke blog resepi yang lain. Perghhh, naik kenyang menengok macam-macam resepi. Errr aku suka tengok resepi dessert je... lauk pauk x masuk senarai. Yang paling best, bila jumpa blog yang bagi aneka resepi yang best tapi simple giler... apa lagi, salin tampal la... seb baik blog2 ni tak kedekut, boleh 'right click'. Siap boleh kopipes gambar. Aku ni suka je simpan resepi, tapi entah bila nak menerainya pun tak tau la. Kalau ada gambar, at least aku leh la imagine camne rupa resepi tu bila terbukak hati nak cuba.
.
Dah lama gak rasanya tak baking-membaking ni. Oven pun dah naik berabuk... ekeke. Bulan depan dah cuti sekolah, time ni la baru syok main baking-membaking dengan anak buah-buahan. Bersemangat nak terai macam-macam resepi ni. Abis la jahanam program DIE-T! Eleh, macam la penah diet pun... ehehehe. Camne la nak jadi tokei produk kesihatan camni... ;p
.
Teringin la nak gi kelas cupcakes atau kelas coklat. Stakat buat cupcake tu memang dah tau, tapi nak belajar buat deco. Nak ikutkan bukannya suka sangat makan pun sebab manis sangat tapi saja je nak belajar. Errr aku suka je nak belajar macam-macam walaupun sudahnya sekerat jalan. Mana tau tak dapat jadi tokei produk kesihatan, bleh jadi tokei cupcakes plak. Hahaha... berangan achik berangan! Takpe, berangan tak kena bayar... ekeke...
.
Nanti kalau dah terai akan ku tepek gambar dan resepi asal. Tungguuuuuuuu!
.
ps: errr dah lama tak update kat blog resepi pa'chik tu...

Monday, 24 May 2010

BILA DAH STOP SUSAH NAK START, BILA DAH START SUSAH NAK STOP

Macam biasa, ruh rajin membaca ni datang lepas abis peksa. Lepas dah stress study kena la cari bacaan santai plak kan. Lagi pun sebelum study slalunya kesuntukan masa. Alasan!
.
Saja je nak update pasal buku-buku yang sudah dan sedang dibaca lepas abis peksa hari tu. Tiru tok mudin. ;)
.
1. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain [hari tu nampak plak buku 'Iskandar adalah Zulkarnain'... terbitan PTS gak...]
.
2. Peribadi - HAMKA [baru baca separuh... padahal buku ni nipis je]
.
3. The Mediator : Twillight -Meg Cabbot [ala2 Ghost Whisperer]
.
4. The Summer of Secrets - Martina Reilly
.
5. The Tea House on Mulberry Street - Sharon Owens
..
6. The Spinster Sisters - Stacey Ballis [bukan typical spinster punya cite]
.
7. Lafaz-lafaz Cinta - [baru baca suku... konon nak baca kat Skudai tapi tak sempat dan sangap... sedikit bosan]
.
8. Life is an open secrets: You, Me and We - Zabrina [sedang baca.. beli masa kat Skudai... mula2 baca macam tak berapa suka cara penulisan tapi skang ni ok la... nasihat dlm cara santai]
.
.
Senarai ikut turutan mula baca. Yea, buku peribadi tu buku kedua aku baca tapi masih tak abis-abis. Bukan sebab bosan, bagi aku best je untuk dibaca tapi hold dulu sebab nak dulukan baca buku yang dipinjam. Oh2 buku ke-8 tu pun menerima nasib yang sama dengan buku peribadi. Walaupun nipis tapi masih tak abis-abis baca. Buku-buku yang lain walaupun tebal tapi sehari dua je dah boleh abis.
.
Hampir setengah tahun baru baca 8 buah buku. Isk isk, teruknya! Nak kena baca lebih banyak buku lagi ni. Rindunya zaman lepak kat library pekan Rawang dulu. Kan best kalau ada library yang ada buku-buku best dekat2 rumah aku. Errr aku kedek skit nak beli buku... ;p
.
.
ps: dah 24hb, baru 8 entri je bulan ni... x produktif sungguh... hahaha...