Monday, 31 May 2010

PIKNIK YANG BEST WALAUPUN BEREMPAT + SORANG JE

Awal tahun lepas kalau tak silap aku, kitorang 'bebudak' asrama cadang nak buat reunion sempena dah 10 tahun bebas tinggalkan asrama terchenta. Pastu diorang cadangkan nak buat ala2 'family day'. Yela ramai yang dah 'berfamily' kan, harus la fikir aktiviti yang boleh melibatkan semua orang. Sebab kitorang ni budak asrama Yayasan Selangor, maka semuanya duk area Selangor. Kalau ada pun cuma 2-3 orang je yang duk merantau ke deli luar selangor. Jadi aku fikir untuk permulaan baik cari tempat sekitar Selangor je, mudah untuk semua. Masa gugel, terjumpa la tempat perkelahan ni... Kalumpang. Tengok gambar dan review, menarik. Aku pun teruja. Tapi bila cadangkan, ada la yang kata tak best. So sudahnya cadangan tu mati kat situ je.
.
Pastu ada la 2-3 kali gak nak pegi ngan family, tapi kakak aku plak kata tempat tu keras la... adeh, sekali lagi terbantut! Dan 2-3 kali gak nak pegi ngan member pun tak jadi. Aku tercite kat opismet, tetiba dia plak dah pegi dulu lepas aku cite tu. Cis! Dan kebelakangan ni, ramai plak yang pegi Kalumpang tu. Bertambah la aku rasa nak pegi...
.
Akhirnya jumaat lepas aku pegi gak. Yeay! Err punya la panjang intro nak bagitau gi Kalumpang... hehehe. Seronok bangat!
.
Lepas dah siap semua makanan, bertolak dari rumah kul 8 lebih. Pastu gi amik member aku kat Damansara dan terus ke Kuang rumah Jiah. Bertolak dari rumah Jiah nak dekat kul 10 lebih, sampai Kalumpang dalam kul 11 lebih. Sampai-sampai, belum boleh check-in [oh lupa, kitorang tido kat sana semalam]. Cari port menarik, tukar baju, terus berendam... sejuk giler. Err tapi dalam sejuk-sejuk tu, sampai petang berendam. Mandi-mandi, makan.. makan-makan, mandi!




Member aku lagi best, siap bawak dapur kuali kecik semua. Lepas mandi, masak megi la jawabnya. Nikmat! Dah macam rumah kongsi aku rasa... hahaha. Tapi malam tu kitorang keluar cari nasi la... perut masuk angin weh satu hari tak jumpa nasi. ;p

Terasa kembali ke zaman asrama plak... reminisce the memories.

Masa aku book chalet tu, saja je pilih bilik untuk 8 orang. Yela, masa tu ingatkan ramai nak join tetiba tak jadi. Aku bayangkan bilik tu muat untuk 8 orang tapi takde katil. Sekali masuk bilik, ada 4 katil double-decker. Kitorang pilih bilik yang dekat dengan sungai, siap ada air cond tapi akhirnya malam tu kitorang off je air cond tu sebab bapak sejuk weh.

Nak ikutkan tempat ni sama je cam tempat perkelahan lain. Oleh kerana dah lama memang nak sangat pegi, tu yang teruja sangat. Overall ok la best. Memang la nak ikutkan tak yah tido pun takpe, tapi saja je la nak lepak situ lama skit. Err esoknya leh sambung mandi lagi... tak puas-puas. Lagi pun chaletnya murah je. Yang kitorang duk tu satu bilik RM150 je. Dah tu siap ada tv. Malam takde la sangap. Kalau chalet atas bukit lagi murah, RM70. Dah tu 2 tingkat tapi takde air cond la. Ala, tak payah aircond pun dah cukup sejuk. Eh, tetiba cam promot plak... ;p

.

ps: harap-harap plan cuti-cuti malaysia pasni berjalan lancar...

9 comments:

Kay said...

bestnya... kami pun plan nak gi kalumpang gak bulan 7 nih... tp tatau la jadi ke tak... plan dr thn lepas asyik tangguh je... harap2 bulan 7 nih jadi laa...

ni yg tak sabar nih!

Pa'chik said...

hajah mana yang pegi sekali tuh??? :P

achik said...

kehelan ~ best.. hehehe sama la kita.. plan dari tahun lepas.. akhirnya pegi gak.. :)


pa'chik ~ err hajah? yg gambar last tu ke? member saya, kitorg panggil dia kecek.. ;p

Pa'chik said...

yang gambo seken las tu lahhhhhh.... tengok bebetul...

achik said...

pa'chik ~ ooo hahaha.. err beg kecek tu la.. ;p

tasekM said...

malam tido sana tak de hantu ke weh...?

he he.



.

Mak Su said...

yeehaaa!!! bestnyer....! :)

achik said...

kak TM ~ takde.. lgpun tido mati, x sedar ada cik han ke tak.. ekeke.. ;p


mak su ~ yeahaaaaa.. best bangat! :D

nicky said...

waa... daku jealous banget deh!!!

sowie la kansel last minit.