.

~tangan gebu sape la tu ek... ;)
.
Jadual kali ni sengal skit. Group aku terkena abis jumaat petang. Group lain kebanyakkan dah abis pagi jumaat, ada yang khamis malam lagi dah abis. Yang kitorang ni punya la 'skema' duk follow je jadual... sebab nak tukar2 melibatkan banyak lab... sudahnya terpaksa redha je la abis jumaat petang.
Dah la jumaat tu start lambat. Slalunya 2-5pm, jumaat kena 2.30-5.30pm. Kul 2.15pm dah tercongok depan lab, sekali lecturer & tech tak sampai2. Risau je kot diorang ingat semua dah abis. Sadis je bila group kitorang je tinggal. Tapi ok la sebab ada satu group je kan, 'tumpuan' kat kitorang je la. Lecturer tu pun tegur, 'ni masing2 pun nampak tak bersemangat... badan je kat sini hati dah melayang kat rumah'... betul2! Walaupun aku cuma nak balik ke 'pangkuan' emak je, tetap rindu kat my home sweet home... err camne la nak 'merantau' camni??? Baru seminggu dah rindu. Buat labnya kejap je, yang buat lambat tu nak menyiapkan report tu je sampai hampi2 nak tersentap ngan kak I... huuuu... balik tu plak boleh plak 'tersesat' nak kembali ke pangkal jalan cari jalan ke highway... aku dah nak masuk jalan yang betul, yang diorang suh straight... sudahnya terlajak dan puas la meronda skudai di waktu petang orang nak balik keje... nak cepat bertambah lambat... haih!
Errr gambar2 ni semua aku cilok dari FB kak I, dia je rajin snap... aku tengah bzjadi model tambahan main sambung2 cucuk wayar... next year kena bawak kamera la... tahun akhir buat lab kan... ;p
.
ps: tahun akhir buat lab je... blum tahun akhir lagi... huwaaaa tak sabarnya nak abis!


10 comments:
ko gi buat makmal???
keje kontrek ke skang?? :P
pokcik,
buat-buat tak paham pulak...
achik,
saya pun tak suka buat makmal ni. lebih2 lg kalo dpt geng perempuan. lambat siap. kalo ngan laki cpt sikit. org laki ni mmg terer bab sambung-menyambung ni. kite standby buat laporan je. hehehe...
pa'chik ~ cheh!!
errr keje part time.. ekeke..
kak siti ~ oh, saya plak suka je buat ngan pompuan.. sbb saya suka nak sambung2.. malas skit bab buat laporan.. ;p
kenapa ambil course nih? betul minat atau takde pilihan..
kak lyza ~ err sbb dip dulu amik course ni.. 1st choice.. sengal skit reason saya amik course ni.. ;p
boleh nyatakan reason dia tak? ;p.
tengok kedudukan tangan "gebu" ko tu,cam tak kena jer.ko berlakon buat² pegang itu ini kan? hihi..
dh x lama lg dah nk abes eh achik hehehe
ad3ck ~ errr biarlah rahsia.. ;p
penyubiru ~ eh, bila plak aku kata tu tangan aku? ;p
kak masy ~ lama lagi.. huhuhu..
salam
Post a Comment