Wednesday, 14 July 2010

PENYAKIT

Jari jemari gatal nak menaip tapi tak tau nak merapu apa. 'Penyakit' biasa. ;p
.
Hari ni last day jiran sebelah aku. Kali kedua hilang jiran. Sobs! So semalam buat 'farewell lunch' untuk dia. Mula-mula nak makan kat restoran ayam kampung tapi penuh. Masa nak cari kedai lain, nampak satu restoran western. Dah setahun lebih pindah opis baru ni, baru terperasan kewujudan restoran tu. Sebab deretan shop lot tu banyak yang kosong.
.
Masa masuk kedai tu takde customer langsung. Melawak kunun kitorang booked satu kedai sempena farewell tu. Dah sedap-sedap order baru perasan si tukang amik order tu rupanya merangkap sekali tukang masak. Hah, sorang je? Biar betik. Rupanya wife dia baru keluar. Dia tak expect ada customer kot. Tengok masa beroperasi, diorang cam lebih fokus untuk dinner. Dia bagitau kena amik masa dalam setengah jam untuk prepare. Sempat la baca majalah yang disediakan. Tunggu punya la lama, makan dalam 10 minit je dah abis. Makan cepat-cepat gara-gara dah lebih waktu break. Seb baik not bad la makanan dia cuma kurang kick sebab takde gravy. tak sempat nak masak kot. Oh, masa tunggu tu ada la 3 orang customer lain datang. Tengok lama takde amik order dan kitorang punya makanan pun tak sampai lagi, terus diorang belah. Camne la restoran tu leh survive camtu ek?
.
Kakak aku baru-baru ni nak apply lesen meniaga. Padahal nak meniaga kecil-kecilan depan rumah je. Sebab rumah dia tepi jalan, agaknya tu yang kena nak ada lesen bagai. Tapi permohonan lesen ni semua kan banyak songeh, asyik kena tendang cam bola... kejap nak kena pergi sana kejap sini. So sementara ni terpaksa guna permit je dulu.
.
Errr blank nak sambung apa. 'Penyakit' tak tau nak buat ending.

Monday, 12 July 2010

AKTIFKAN DIRIMU

Gara-gara baca status seseorang kat FB, tiba-tiba tersentap mood aku nak bergumbira atas kemenangan Spain. Eh, aku start suka Spain sejak 8 tahun lepas... bukan semata-mata sebab ramalan si sotong tu. Heh! Ah, malas la aku nak merosakkan mood hanya disebabkan sebaris ayat. Abaikan je!
.
--------
.
Cite yang lain...
.
Jumaat lepas aku ngan opismet gi main netball kat Kompleks Rakan Muda Puchong. Sampai-sampai je, dah start hujan renyai. Dah la outdoor court. Tapi belasah je la main walaupun tak cukup orang. Mula-mula nak main separuh padang je. Tapi balik-balik orang dalam kawasan 'D' tu je yang main. Mana leh jadi. Sudahnya main satu padang la. Perghhhh, semput giler weh. Ye la dah 11 tahun tak main. Dah la masa nak lari tu kena kontrol-kontrol sebab licin. Tapi seronok giler rasa cam kembali ke umur 17 tahun . I like!
.
Sebelum ni aku mengamalkan 'polisi' takkan add kawan seopis kecuali lepas dah jadi ex-mate. Sebabnya budak-budak opis aku ni abis satu opis ni diaddnya sampai HOD pun. Cari nahas sungguh kan... Ada la sorang ni asyik bising sebab tak add, pastu ada 2 orang lagi yang aku penah ignore request diorang, cakap 'ala nanti dia tak accept punya'. Terus rasa bersalah. Sudahnya terpaksa la add jugak. Kang orang kata sombong sangat plak kan.
.
Diorang tengok la gambar aku. Pastu ada la gambar masa muda remaja dulu. Siap cari-cari tak jumpa aku yang mana satu. Padahal dah tag nama kat situ. Bila tunjuk, masing-masing tak percaya itu aku. Siot je! Nanti la aku kurus balik... ekeke..
.
.
ps: asyik sangat main sampai lupa snap gambar...

Friday, 9 July 2010

MINGGU PENUH AGENDA

Minggu ni tiap-tiap hari aku balik rumah lambat. Tak, bukan sebab keje banyak. Tapi tetiba plak ada je agenda sampingan.
.
Isnin pegi gym... misi mengamalkan gaya hidup sihat masih diteruskan. Selasa pegi melawat opismet yang baru bersalin... sesat barat mencari rumah sebab salah masuk lorong je... tapi berjaya gak jumpa... sampai rumah dah nak kul 10. Rabunya melawat sorang lagi opismet yang baru bersalin gak... seb baik yang ni dekat je ngan opis.
.
Semalam plak senamrobik & berpoco-poco [lupa plak malam jumaat... orang baca yasin ko duk berpoco-poco... tapi kul 7 lebih skit dah abis]... dah bawak baju tapi tetiba malas nak tukar... pastu ingat nak tengok je tapi end up terjebak sama... seb baik pakai seluar.
.

Memang saja tutup lampu sebab kalau bukak lampu masing-masing segan dan asyik duk gelak-gelak je. Errr sebenarnya ni pes taim buat aktiviti senamrobik kat opis. Takde instructor pun. Cuma berpandukan vcd senamrobik yang opismet bawak.
.
~Girls only... take 5 sebelum continue poco-poco... ;p
.
Buat kat 'dancing room'. Err nama je dancing room tapi tak penah ada aktiviti dancing pun. Sebelum ni hanya digunakan untuk karaoke dan yoga [yang ni ada instructor]. Skang ni tambah satu lagi aktiviti, senamrobik. Kira multipurpose room la.

~gumuknya budak kat hujung tu... isk!
.
.
Setelah 2 tahun bekerja kat sini, akhirnya baru la aku boleh 'masuk' dengan opismet yang lain. Tang keje ok je boleh get along cuma nak together-gether buat aktiviti lepas keje tu yang payah skit. Aku kan bab bersosial ni slow skit. Better late than never. Heh!
.
Petang ni ada satu lagi aktiviti yang aku dah tinggalkan hampir 11 tahun. Perghhh! Tak tau la masih terer reti main lagi ke tak. Tak sabar nak tunjuk skill! Tetiba rasa cam berada dalam zaman kegemilangan masa aktif dulu. Ada harapan la nak kurus balik cam dulu ni... hahaha berangan tak hengat!
.

Tapi kan, aku rasa cam payah skit je nak kurus. Tengahari free lunch, kul 3 lebih ada minum petang. Camno? ;p

Thursday, 8 July 2010

ESTOY MUY FELIZ

Dan-dan tajuk dalam spanish... ekeke...
.
Sangat-sangat gembira... seb baik ramalan si paul tu betul... go spain go!
.
Semalam aku pesan kat emak kalau dia terjaga dalam kul 2.30am tu, kejut la aku nak tengok bola. Mak kata jangan mengada, tak kuasa dia nak kejut. Agaknya sebab aku dah set kat kepala nak tengok, dalam kul 3 tu aku terjaga sendiri. Tapi pastu, aku fikir [sempat tu dalam mamai-mamai nak fikir] kalau Spain kalah, buat rugi je tido akubuat sakit hati je... aku sambung je tido balik... takpe, ulangan sentiasa ada... ahahaha... nampak sangat kaki tido bukan kaki bola... hangat-hangat je... ;p


.

~gambar cilok dari gugel...

.

On the way nak gi keje tadi dengar Paknil sibuk suh pemanggil call dia bagi cadangan nak sokong Belanda ke Spain... terus aku, wooooooo Spain menang... yeayyyyyy! Sepanjang drive tu menyengih je... dalam hati ada taman... ekeke...

EspaƱa go go!

Tuesday, 6 July 2010

RAMALAN PAUL BENAR BELAKA?

Hari tu kan heboh cite pasal si Paul, si sotong yang pandai meramal keputusan welkap... errrr sebenarnya aku tak amik port pun pasal si Paul tu... aku rasa kebetulan je!
.
Tapi kannnnnnnnnnn... tadi aku terbaca kat FB yang si Paul tu meramalkan kemenangan Sepanyol ke atas Jerman... errr untuk yang tak tau, aku crush giler kat Iker Casillas sokong Sepanyol... makanya harus la gumbiraaaaa!
.
Harap-harap ramalan si Paul tu masih boleh dipercayai. kalau tak betul, siap la ko kena masak sambal!
.
Bila musim welkap ni mesti teringat kat seseorang yang membuatkan aku sokong Spain... mana la dia skang? heh!

Monday, 5 July 2010

SEKEJAPAN

Hujung minggu lepas sepatutnya nak balik kampung... tiba-tiba rancangan telah bertukar plak. Ada acara makan-makan sempena harijadi anak buah aku. Err sebenarnya besday dia hari ni, saja buat awal sehari...
.
~dah 11 tahun... next year dah kena buat IC..
.

Rindunya masa diorang umur 3-4 tahun. Kalau tengok gambar lama, alalalala comelnya la masing-masing. Ni lagi beberapa tahun lagi, dah menginjak ke alam remaja pulak. Sekejapan je la diorang ni dah membesar... ah, klise tak klise tapi itu realiti!
.
Tapi realiti zaman sekarang sangat-sangat menakutkan. Semalam baca kat suratkhabar, ada budak umur 11 tahun dah pregnant... isk! Sepatutnya, baya-baya tu masih ralit main getah, galah panjang, atau apa saja permainan yang sepatutnya budak 11 tahun suka main. Bukan 'main permainan' yang tidak sepatutnya yang boleh menyebabkan mengandung. Alahai!
.
Mintak dijauhkan anak-anak buah aku dari terjebak benda-benda camtu. Skang ni aku lebih prefer tengok dia 'buat muka' bila berebut nak main video game dengan adik-adik dia. Hepi besday Ika. :)

Friday, 2 July 2010

BAHAYA BERJIMAT CERMAT

Kadang-kadang bahaya gak kalau terlalu berjimat cermat weh... boleh jadi bakhil mendatangkan bahaya...
.
Aku ni kan punya la nak berjimat cermat simpan duit cuti... nak gi cuti-cuti pun kalau boleh nak cari tarikh yang perlu amik cuti sehari je...
n.
Kalau dulu, kalau peksa aku mesti amik cuti sehari penuh... tapi skang ni kunun sebab nak berjimat kan, amik setengah hari... tambah plak paper umum je, berlagak la kunun tak yah study...
.
Cam semalam aku ada paper English... paper tu petang, start kul 2.30pm. Aku pun dah bajet sempat la sampai dalam masa 1 setengah jam tu kat dari opis aku kat Puchong ke bangunan Yayasan Selangor kat Kampung Baru tu... terlupa plak sebelum ni kan rehat kul 12.30pm... start semalam rehat kul 1.00pm...
.
Sharp je kul 1.00pm aku pun terus pecut... tengah pecut, minyak plak duk kelip-kelip dah E. Ok la, singgah isi minyak. Dah amik masa kat situ. Seb baik jalan tak jem sangat tapi aku tetap la guna lorong Smart. Kang buatnya kat depan tu jem, mampus!

.

Sekali, keluar je lorong smart tu... jalan jem giler. Mana la orang-orang ni nak pegi ni tengahari ni. Padahal bukan hari jumaat pun. Tekanan betul. Aku ni dah la memang jenis suka sampai awal giler bila peksa ke apa ni. Makanya bila dah jem camtu, memang menggelupur giler la. Dah tu kat bangunan Yayasan Selangor tu dah la selalu parking tak cukup. Aku pun gi la parking kat UTM. Dari sana nak amik teksi. Tunggu punya tunggu, semuanya penuh. Penambah perasanya, tiba-tiba la plak hujan. Haih. Sudahnya naik bas je.
.
Sampai sana, ngam-ngam 2.30pm. Semua orang dah masuk dewan peksa. Gigil kejap tangan masa nak menulis.
.
Tobat dah pasni aku tak nak berjimat cermat bila peksa... amik je sehari!