Wednesday, 2 March 2011

30-NOTHING

Tak, saya belum 30 lagi... masih dalam lingkungan 20-an yea... ececeh padahal ni tahun akhir untuk menikmati era 20-an. Oh saya sudah sangat dewasa rupanya... baru sedar ke? Hohoho!
.
Balik ke pangkal jalan. 30-Nothing tu sebenarnya tajuk novel yang saya berjaya baca sehingga habis bulan lepas. Sebuah lagi tak sempat abiskan. Huhuhu. Kebiasaanya baca novel lepas peksa tapi kali ni nak cuba istiqamah baca at least sebuah sebulan. Take a short break from equations and circuits. Heh!
.
.

"Thirty-Nothing is a story of ex-boyfriends, ex-girlfriends and friends dabbling with yesterday when they really should be thinking about today." ~ dipetik dari sini.

Tak berapa pandai nak tulis review so petik je sebaris ayat tu untuk sumkan overall novel tu mengenai apa. Ada part ala-ala kuch kuch hota hai skit. Part si Dig & Nadine yang merupakan kawan baik masa sekolah tetiba jadi renggang bila si Dig ni berchenta dengan Delilah, pelajar baru kat sekolah. Tang tu je sama. Oh ending juga sama.
.
Harap-harap bulan Mac ni berkesempatan meluangkan masa untuk membaca. Masa tu cukup je cuma selalu salah guna untuk benda bukan-bukan. Main game contohnya. Tengah-tengah main tu rasa 'isk buang masa sungguh' tapi asyik la kata 'ok ni last', 'betul-betul last', 'last punya last' untuk kesekian kali selagi tak puashati. Haih!
.
ps: saja je bersaya kunun untuk mengembalikan imej pompuan sopan yang tercemar selepas entri membara... takde maknanya! ;p

Tuesday, 1 March 2011

KEMBALI NEUTRAL

Balik dari keje jumaat lepas, serangan panik memuncak. Terpaksa luahkan kat orang lain. Tak boleh nak telan sorang-sorang. Cite kat emak, tepon Along, sms kak ita kawan sekelas. Lepas dah share kat sana sini sorang skit, kadar panik mula berkurangan.
.
Hujung minggu lepas takde kelas jadi emak ajak pegi Kuang. Mulanya aku rasa macam tak nak pegi sebab kang lagi la terbengkalai keje yang aku perlu buat. Tapi kang duk sorang-sorang, lagi stress dibuatnya. Fikir punya fikir, pegi je la.
.
Kat sana... duk nyibuk2 kat gerai Angah, main game kejap kat rumah Abang Lang, gi beli barang kat Rawang - lalu depan sekolah rendah, makan ramai-ramai, melayan karenah anak buah-buahan yang walaupun kadang-kadang boleh mendatangkan 'kegeraman'... tetap bisa buat aku lupakan seketika pada benda-benda yang menstresskan.
.
Pagi-pagi ahad gi Jalan Semarak dengan anak buah aku yang sulung, nak jumpa supervisor.
.
Sementara nak jumpa supervisor, terjumpa 3 orang kawan sekelas. Duk cite-cite, tercite pasal benda yang buat aku stress. 2 daripadanya lelaki. Aku ni bukan senang-senang nak borak ngan lelaki. Yeap, dah nak masuk hujung dekad kedua ketiga pun masih mengalami masalah tu. Lepas dah cite-cite tu rasa cam betul gak apa yang dikata tu, proceed je la. Kalau drop pun, tetap akan berdepan jugak. Cepat atau lambat je. Mengganggu jadual dan plan lagi ada la.
.
Berbekalkan dua tajuk [bawak back-up takut-takut menerima nasib yang sama dengan draft cadangan], aku pun jumpa supervisor. Alhamdulillah dua-dua tajuk secara generalnya diterima. Aku disuruh pilih tajuk yang mana tapi masa bincang tu beliau dah senaraikan masalah-masalah yang mungkin dihadapi untuk salah satu tajuk. Tajuk kedua lebih mudah katanya. So teruskan dengan yang 'mudah' je la. Walaupun hakikatnya takde la mudah sangat. Takpe, sekurang-kurangnya the very first stage dah selesai. Boleh tarik nafas lega seketika!
.
Skang ni perasaan dah agak neutral. Kena tingkatkan caj2 positif je lagi!

Friday, 25 February 2011

AURA

Hari ni dah sedikit 'sejuk'. So entri 'panas meluap' semalam tu simpan buat pekasam je la. Tak boleh letak lama-lama, mengundang aura negatif. Heh!
.
Tapi masih diselubungi aura negatif. Skang ni diserang panik pulak. Isk!
.
Bengang. Panik. Stress. Down. Bersilih ganti. Dah macam kitaran.
.
Letih sungguh!
.
ps: sangat perlukan aura positif...

Tuesday, 22 February 2011

KESIBUKAN MELANDA

.
Agak bengang dengan opismet yang suka duk perap keje sebelum pass kat aku. Nak buat pekasam dulu apa? Bagi last minute pastu nak cepat. Aku tak kisah kalau benda tu memang dia pun baru dapat. Masalahnya terkantoi bila dia bagitau aku benda tu leceh, 'i dah buat 2 minggu pun tak siap2'. DUA MINGGU??? Pandainya... ko dah mula buat part ko 2 minggu lepas baru skang ko bagitau part aku. Kang duk kata M&E lambat. Padahal lambat dapat info. Haih!

Friday, 18 February 2011

KASHAF SILAP MAJLIS

Minggu lepas bukan main lagi beriya mengupdate blog setiap hari. Kecuali ahad. Tup-tup hari ni dah jumaat tapi ini baru entri kedua. Err itu pun kalau entri kelmarin tu boleh dikira. Ayat sebaris macam tulis status kat dinding mukabuku je.

.

-----

.

Ingatkan nak cite pasal cite Kashaf Imani yang ditonton semalam. Tak jadi la. Oh2 masa tengah tengok tu sempat gugel pasal hero cite tu, Beto Kusyairi. ;)

.

Berjalan-jalan di blog lain. Terbaca entri menarik tentang silap dan gagal. Rasa yang sama. Betapa kita ni dari dulu diajar supaya meletakkan expectation tinggi tapi kita tak diajar macam mana nak handle situasi bila kita tak capai expectation tu. Terpaksa belajar sendiri melalui cara susah, berdasarkan pengalaman sendiri. Memang senang nak suruh redha tapi susah nak betul-betul redha seredha-redhanya. Tu yang memanjang down sampai adakalanya mempersoalkan takdir. Isk!

.

Kawan baik masa sekolah rendah jemput ke majlis cukur rambut anak sedara dia. Rasa nak pergi sebab nak sangat jumpa dia. Tapi malu! Tapi aku jawab je maybe. Mana tau terbuka hati terberanikan diri pergi jugak. Walaupun kebarangkalian untuk tak pergi lebih tinggi. Haih!

.

Tak, Kashaf tak silap majlis... ;p

Wednesday, 16 February 2011

EH, DAH RABU?

Rasa macam isnin sebab hari ni baru mula keje untuk minggu ni.

Saturday, 12 February 2011

SATURDAY COOKS

Pagi tadi tengah siap-siap bahan untuk masak tetiba emak kata tak yah masak. Tapi nasi putih dah masak. Makanya kita masak nasi goreng je la... sonang!
.

.

.
Sebenarnya ada motif lain siap amik gambar ni. Bersemangat nak tolong buat menu bergambar untuk gerai kakak aku. Mula-mula ingat nak cilok je dari gugel tapi lepas tu rasa macam tak best plak. So gigih la masak dan amik gambar. Siap guna pinggan gerai. Hehehe.
.
Baru dua. Ni entah bila pulak la nak siap agaknya?
.
Errr sejak kebelakangan ni banyak pulak gambar makanan kat sini kan... ;p