Tuesday, 15 March 2011

DAY 2 — YOUR FAVORITE MOVIE

.
Yang ni pun susah nak pilih. Bukan sebab banyak sangat cite yang aku suka tapi sebab tak banyak cite yang aku betul-betul sangat suka sampai nak ulang tengok banyak kali pun tak jemu-jemu cam cite-cite P.Ramlee, Ali Setan 1 & Azura...

Isk, kalau ada senarai most watched movie kan senang aku nak cheat cam semalam...
.
Tapi kebiasaannya cite-cite yang jadi kegemaran aku dari genre komedi, komedi-romentik, fantasi dan yang ada unsur musikal... err sebab tu aku suka je layan cite bollywood... mostly lakonan SRK atau arahan Karan Johar [walaupun aku tau cite dia ni banyak adaptasi dari cite hollywood]... hehehe...

Suka cite-cite yang ringan. Bukannya tak layan cite genre lain tapi takat tengok sekali ok la. Paling aku tak suka kalau cite tu endingnya tergantung. Sangat tak puas hati dan geram!
.
Most favorite movie takde. Tapi aku letak je la 3 cite yang aku boleh recall skang ni yang aku penah tengok lebih dari 2 kali... ;p


~Shaolin Soccer... filem komedi kesukaan...

~fantasi + musikal = love!
.
~suatu masa dulu penah menjadi cite kesukaan...
.
Ada sekali tu aku ngan kecek [masa tu kitorang berdua 'kaki hindustan' kat asrama] cite kat comet pasal cite ni... punya la lama kitorang cite sebab siap hafal dialog [yang telah dialih bahasa]. Sangat sengal masa tu!

Monday, 14 March 2011

DAY 1 - YOUR FAVORITE SONG

.
Sebenarnya dah draft entri ni dari minggu lepas lagi. Tapi cam jenuh plak nak duk fikir satu lagu kegemaran. Banyak sangat lagu yang menjadi kegemaran jadi agak susah nak pilih. Tambahan pulak lagu-lagu kegemaran kerap bertukar. Lagu yang sangat disukai hari ni boleh bertukar menjadi lagu yang tak berapa disukai esoknya. Ok tipu, takde la secepat tu bertukarnya. ;p
.
Errr mulanya aku dah taip lagu-lagu kegemaran mengikut zaman. Tapi panjang berjela plak jadinya dan tak menjawab 'soalan' la plak kan. Hehehe. Maka sudahnya aku letak lagu dalam carta most played dalam playlist aku. Kira lagu kegemaran la kan kalau paling selalu dengar.
.
Kejoraku Bersatu - Search.

.
Yea aku tau, sangat jiwang karat! ;))

Thursday, 10 March 2011

TERPENGARUH

Makin lama makin tak tau nak merapu pasal apa. Balik-balik cite pasal keje, study, down, lepas geram, hujung minggu yang biasanya sangap, cite makan-makan pastu disusuli sesi memekak pasal nak bakar lemak yang tak berhasil-hasil lagi... sila ulang sampai jemu! ;p
.
Jalan-jalan blog, ramai yang buat '30 things in 3o days challenge'. So dah alang-alang takde idea, aku pun gedik nak buat jugak. Biasa la suka je nak terpengaruh. Hehehe.
.
'30 things in 30 days challenge'
Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 – A song to match your mood.
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 – Your dream wedding.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of your favorite place to eat.
Day 11 – A picture of your favorite memory
Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 13 – A picture of your favorite band or artist
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Short term goals for this month and why
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Who are you?
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – What kind of person attracts you?
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days
.
.
ps: bukan tiru, cari ilham je... anggap je la cam main 'tag' kecuali yang ni aku tag diri sendiri... ;p

Wednesday, 9 March 2011

WW4: QUOTE




Monday, 7 March 2011

WISHLIST

1. Electric Indoor Barbeque Grill



~ baru la senang nak mengamalkan gaya hidup sihat... masak grill-grill... yo la tu!


.
2. 4 in 1 Sandwich, Waffle, Grill & Griddle

.


~kat rumah dah ada yg sandwich... ingat nak beli yg waffle maker tu je...
tetiba ternampak yang ni... 4 dalam 1... baik beli yg ni je kan...
.



Ish, dah macam 'emak-emak' punya wishlist nih... ekeke... ;p

Friday, 4 March 2011

SEMALAM & HARI INI

Semalam dapat t-shirt kampeni. Cutting pompuan punya la kecik. XXL pun dah cam saiz S biasa. Seb baik aku amik cutting lelaki. Heh!
.
Semalam jugak dapat emel pasal casual friday yang berkuatkuasa hari ni.
.
Hari ni aku sampai opis je kiri kanan depan belakang semua orang pakai t-shirt kampeni. Seragam. Errr tetiba rasa dah cam pekeje kilang pulak. Hehehe.
.
.
ps: Menyampah je semalam. Beriya aku semangat nak main tetiba ada satu court je. Yang datang punya la ramai. Sudahnya lepas 2 game aku balik. Tak kuasa nak tunggu.

Thursday, 3 March 2011

BERSEMANGAT

Rasa macam dah lama giler tak main badminton padahal baru 2 minggu.
.
Yang pertama bukan saja skip tapi memang takde sempena Chap Go May. Yang kedua [minggu lepas], skip sebab bos belanja makan kat Pullman Putrajaya.
.
Disebabkan rasa macam dah lama giler tak main badminton padahal baru 2 minggu, hari ni rasa extra bersemangat nak main. Tak sabar nak cuci mata bakar lemak!