Thursday, 7 April 2011

DAY 25 – WHO ARE YOU?

Seorang anak. Seorang adik. Seorang kakak. Seorang makcikterasa sungguh kertu. Seorang pekeje yang cemerlang, gemilang, terbilang. Seorang pelajar PJJ yang suka study last minute pastu panik. Seorang kawan. Dan juga seorang Aries yang tersilap identiti. ;p .

Kadang-kadang rasa cam takde je ciri-ciri seorang Aries.

.

ps: kali terakhir sambut besday dengan angka DUA kat depan... hohoho!

Wednesday, 6 April 2011

DAY 24 – A PHOTO OF SOMETHING THAT MEANS A LOT TO YOU

.
Album gambar.

Penuh dengan kenangan indah.

Bila rindu zaman kanak-kanak, belek album gambar.

Bila rindu zaman sekolah dan kawan-kawan, belek album gambar.

Bila rindu pada arwah lelaki kesayangan, belek album gambar.

Bila rindu anak-anak buah yg cepat sungguh membesar, belek album gambar.

Album gambar sesuatu yang amat bermakna untuk aku layan blues.

Tuesday, 5 April 2011

DAY 23 – 15 FACTS ABOUT YOU

1. Pendiam secara sejak azali. 2. Kuat menjeling dan bermulut laser suatu tika dulu. Skang tak lagi malah jadi terlalu berhati-hati nak cakap/tulis apa takut orang terasa. 3. Pakai jam tangan kanan walaupun bukan kidal. 4. Pandai merempit sejak umur 11 tahun. Dapat lesen motor pada usia 18 tahun. 5. Penah beberapa kali jatuh motor. ‘Eksiden lawak’ pun penah. 6. Memiliki seekor kancil berwarna silver. 7. Suka nombor tujuh. 8. Seorang pekerja sepenuh masa di syarikat pembinaan di Puchong. 9. Sentiasa ada 2 orang bos sejak dari keje ngan kampeni lama sampai skang. 10. Pelajar separuh masa yang masih terkial-kial mengabiskan degree. Isk! 11. Boleh gi shopping sorang-sorang. Ada sesetengah orang jenis nak kena berteman kan. 12. Lembab skit bab-bab jalan. Kadang-kadang dah dua tiga kali orang bawak gi pun aku lupa. Katakan la gi hantar orang kat mana-mana yang aku tak penah gi dan bila balik tu kena balik sorang-sorang, memang konfem 'sesat'. Tapi selagi minyak banyak dan ada papan tanda, masih boleh kontrol tahap menggelupur. Dan setakat ni 'sesat' skit2 je... masih dapat kembali ke pangkal jalan. 13. Lahir di rumahKuchai Lama Kuala Lumpur. 14. Berkongsi tarikh lahir dengan Jackie Chan [hari tu dengar rumour dia dah mati.. rupanya tak... suka2 je diorang ni menyebarkan berita palsu eh] & Russell Crowe. Err baru je gugel tadi. Hahaha. 15. Lusa bakal menyambut besday ke 19 [+10]. ;p

.

.

ps: asyik edit tapi jadi camni gak...

.

-----

.

Sangat sedih pasal kes budak umur tujuh tahun yang kena pukul sampai meninggal tu... :(

Monday, 4 April 2011

DAY 22 – A LETTER TO SOMEONE WHO HAS HURT YOU RECENTLY

.
Errr aku rasa no one has hurt me recently. Lagipun buat apa nak karang surat amarah pada orang yang tak berbaloi di hari isnin yang blues ni. Kang tak pasal-pasal buat spoil mood je.

.

.

.

But just so you know, i'll forgive but i don't forget. :)

Sunday, 3 April 2011

Saturday, 2 April 2011

DAY 20 - THE MEANING BEHIND YOUR BLOG NAME

.
Masa tengah nak bukak blog ni, ada beberapa nama yang aku fikir nak guna. Tapi rasa macam sayang je nak buang terus nama blog lama aku tu. AKU HIDUP DALAM BLUES tu dah cam sinonim dengan aku. Nama yang diambil dari siri dalam majalah Ujang yang pernah menjadi kesukaan suatu tika dulu. Maka sudahnya aku amik je tajuk sekuel AHDB tu jadi nama blog aku skang... STILL GOT THE BLUES. Dah tak lagi hidup dalam blues... tapi sesekali masih lagi layan blues! ;p

.

.

.

ps: senarai paling atas dalam carian kata kunci 'aku hidup dalam blues'... ;p

Friday, 1 April 2011

DAY 19 – A PICTURE OF SOMETHING YOU WANT TO DO BEFORE YOU DIE

Berpeluang mengerjakan ibadah haji...

.

.

.

------

.

Tidak ada sebuah pun novel yang dibaca bulan lepas. Nak istiqamah baca sebuah sebulan pun tak berjaya. Isk! Tapi banyak membaca artikel tentang 'solar charge controller & inverter'.