Friday, 11 November 2011

BERKOTAK-KOTAK

Malam tadi mengerjakan benda alah ni...


Ingatkan kena buat 3 kotak je... rupanya 5 kotak... fuhhh!



Errr ni bukan ole-ole untuk majlis seperti yang mungkin difikirkan yea. ;p

Adik aku keje ngan kampeni buat cenderamata untuk syarikat-syarikat. Agaknya sebab nak cepat dan tak cukup orang, dia 'sub'kan skit. Ala benda senang je, masukkan barang dalam kotak tu. Sekejap je dah siap. Yang lamanya duk menyusun balik dalam kotak. Nak masukkan balik tetiba tak muat. Jenuh kena punggah balik dah susun semula.


ps: bulan ni dapat 2 kad wangi dari 2 orang blogger...

Tuesday, 8 November 2011

AIDILADHA 2011

Selamat hari raya aidiladha.

Raya tak gi mana pun. Family abang aku je balik beraya. Tu pun rumah dah 'huru-hara' dengan 4 orang anak buah-buahan.

Petang sabtu baru gi Tesco beli barang-barang. Pegi petang, udang pun dah abis. Ingatkan emak dah beli sayur untuk buat lodeh, sekali takde. Giler sempoi pagi raya makan rendang ayam dengan nasi impit semata. Sedih betul. ;p

Pagi raya tu, dalam kul 10 baru nak membaking. Buat kek coklat kukus, kek oren ngan agar-agar buah. Dah setel, kakak ipar aku amik turn masak laksa pulak. Petang tu sedara mara dari kampung datang. Sesekali biar orang dari kampung beraya kat kl. Hehe. Malam baru buat sup daging. Pergh, sesi makan tak henti-henti. Oh tapi malam tu aku tak makan... ada 'sesi sentap' untuk kesekian kali. Haih!

Tak tau la salah makan apa... malam tu perut menggelodak. Bergilir-gilir ulang alik masuk tandas. Peliknya aku ngan Syafiq je. Sampai ke pagi. Adeh!

Tu je la kisah aidiladha tahun ni. Amik gambor pun idak. Mood ilek!

Tuesday, 1 November 2011

SUKA RIA

Kalau ikut plan asal, sepatutnya ahad lepas kitorang dah bersuka ria cuti-cuti Malaysia. Tapi tu la tak semua yang kita rancang akan menjadi kan... makanya trip telah kensel... eh, bukan kensel tapi ditunda pada masa yang masih tak pasti bila. Jenuh weh nak pilih tarikh yang ramai free. Tu masih single mingle... kalau dah berduet agaknya pat tahun sekali nak jumpa pun jenuh kot. Isk!

Tatapiiiiii walaupun trip postpone, kita plan aktiviti suka ria yang lain. Yea, mari kita karaoke!

Pagi ahad tu aku ada test. Lepas je abis test, terus ke Sunway Piramid. Kunun release tensen... hahaha alasan!

~happy hour... 11am-2pm...
tak cukup korum tapi layannnnnnn...

~sambil karok sambil makan... murah gak la kat sini...

Abis karok tak terus balik. Nama pun 'geng mamak'. Harus la ada sesi mengeteh plak kan. Padahal tak minum teh pun. Ekeke. Duk borak-borak kejap je tau-tau dah kul bape. Kalau lepak kejap je masa berlalu kan.

Had a great day with them. Suka ria! ;p

Wednesday, 26 October 2011

MENU HARI NI

Lama tak tayang gambar masak-masak...
.
~sebelum...

~selepas...

.
ps: kualiti gambar hampeh sebab guna hp cap ayam je..

Monday, 24 October 2011

CLK

Minggu lepas aku eksiden masa otw nak gi keje. Drive kat lorong paling kanan. Idak la laju sangat tapi laju la gak kot. Tetiba kete depan brek. Aku sempat brek emergency dan tarik handbreak. Selamat. Dari sondol kete orang. Tapi kete aku yang kena sondol. Aku berenti la gak kuar tengok kecederaan yang berlaku pada kete aku. Tengok macam ok. Aku pun malas nak kecoh dan tak nak menyebabkan jalan jem [bagus tak.. heh] dan dah lambat pun, terus blah. Dah la yang sondol kete aku tu boleh buat bodoh je tak keluar pun. Aku syak dia terkedu kot. Heh! Nampak je macam calar dan kemek skit. Tapi bila bukak bonet, bila nak tutup tu ketat skit.
.
Esoknya kat tempat yang sama... idak la exactly the same spot tapi area yang sama... ada eksiden gak. Situ memang selalu. Dah la kalau eksiden, jalan memang jem giler-giler sampai tak bergerak. Tekanan.
.
Jumaat lepas plak masa nak balik keje. Hujan lebat yang amat. Tapi aku kuar awal gak sebab nak menyinggah-nyinggah cuci mata. Masa nak kuar dari opis tu, nampak dah jalan naik air. Depan opis aku tu memang, asal hujan lebat je mula la 'banjir kilat'. Sebaik la berjaya gak kete aku yang comel tu meredah air. Hampir-hampir nak termati enjin.
.
Kete aku tu, my dear clk... walaupun kiut, boleh tahan mantap gak. Sayang amat! ;p

Tuesday, 11 October 2011

MERAWAK

1. Jadual sem ni pack sampai awal tahun depan. Err tapi ada hati nak plan 'cuti-cuti malaysia' edisi 2 yang asyik tertangguh. Tu blum masuk plan cuti-cuti keluarga plak. Baru balik bercuti lagi rasa nak bercuti je. ;p



.



2. Berharap sangat 'projek' berjalan lancar. Sebahagian besar nak buat sendiri, baru la rasa kepuasan kan. Tapi memandangkan masa yang begitu pantas bergerak, dah la aku ni memang jenis suka bertangguh... macam nak 'sub' je. Boleh??



.



3. Muka naik 'jerawat kecik-kecik' secara bermaharajalela. Aku syak ni gara-gara sapu 'skin therapy oil'. Pelik, sebelum ni pakai ok je.. ni tetiba je dah cam allergik plak. Adeh!



.



4. Minggu lepas tetiba ada pertukaran skop keje. Aku & kak A saling tukar keje. Seb baik aku dah buat keje kak A masa dia cuti maternity hari tu. Err gaji tak nak tukar sekali ke? Sama pun takpe asalkan lebih. Ekeke.



.



5. Makin sangap aku tengok blog ni. Idup segan mati tak mahu. Heh!.



.



6. Oh, dah boleh access blog balik tapi ada 'restriction' skit la. Blog yang ada banyak widget, konfem tak leh access. Eh, boleh access tapi ada 'nota chenta'. Double heh!



.



Ok abis dah lunch hour.. bokojo la kito sekueknyo!

Wednesday, 5 October 2011