Wednesday, 11 July 2012

Wednesday, 4 July 2012

AGENDA-AGENDA

Eh, tetiba boleh bukak dashboard balik. Jadi mari mengupdet! ;p

Sejak abis peksa ni, setiap weekend ada je agenda. 

Dua minggu lepas [dah basi giler baru nak cite haha] gi Melaka. Kat kolej YS tu ada kebun. Buah durian plak tengah banyak. Masa 'ribut' kakak aku dah mengutip sekotak besar durian. Jadinya sakan la 'langgar pantang'. Berulas-ulas makan durian. Dah la isi kuning, tak lembik.. sedapnyaaaaa!

Sabtu tu gi jenjalan kat Koboi je. Sebabnya ada apa benda 'janji ditepati' tu. Malas nak harung jem.

Hari ahad baru la berkesempatan gi Bandar Hilir... lalu Jonker Street [dasar malas nak jalan tengah panas terik]. Pastu singgah makan kat ada restoran ni. Fuh, punyala lama menunggu meja kosong. Kalau ikut aku, takde maknanya aku nak tunggu. Tapi abang ipar aku plak yang beria nak makan situ. Kakak aku kata tiap kali memang makan kat situ. Dah dapat meja, jenuh nak tunggu dapat lauk pulak. Seb baik la sedap, berbaloi menunggu. Tapi makan laju-laju tak leh santai-santai sebab kesian orang lain tunggu meja. Tak best kan camtu!

Minggu lepas pulak gi Kuang. Biasa la, bila takde kelas ni la mak aku mula plan nak gi sana sini. Ai kan driver beliau. Aku pun kalau boleh tak nak mak aku drive sorang-sorang. Risau. Maka layankan aje la beliau nak gi melawat cucu-cucunya.

Seb baik hari tu dah bagitau awal-awal minggu ni nak berjimba dengan kengkawan. Kalau tak, mesti ajak balik kampung pulak. ;p

Yeay, minggu ni nak jenjalan. Eksaited!

ps: minggu depan dah ada kelas balik... 3 more to go!

Thursday, 21 June 2012

FINALLY, AM DONE!

Alhamdulillah selesai dah sesi peksa untuk ke sekian kalinya. Finally the final paper. Yeay!

Masa abis paper tadi, sementara duk salam-salam, tetiba salah sorang cakap Dr MMY dah emel overall gred markah untuk paper hari Isnin lepas. Sungguh efisyen kan baru amik hari Isnin hari ni dah tau result. So sape nak tau kena email personally kat Dr. Risau giler sebab hari tu cam tak boleh jawab sangat. Budget separuh je markah. Sobs! Seb baik course mark dah lulus.

Balik tadi cepat-cepat email. Alhamdulillah dapat ok. Lega sangattttttt!

Harap-harap paper tadi pun dapat ok. Insya-Allah!

Oh, semalam genap empat tahun keje ngan kampeni skang. Empat tahun yang penuh cerita. Walaupun kadang-kadang ada benda tak best, tapi sangat bersyukur dengan  rezeki yang aku dapat kat sini. Dengan rezeki kat sini aku dapat bayar yuran, dengan rezeki kat sini aku dapat jejakkan kaki ke negara orang. Sangat bersyukur. Eh, tetiba cam ucapan hari last keje pulak. Haha tak la, masih nak berkhidmat lagi.

Err dah boleh update resume blum? ;p


Sunday, 17 June 2012

RAWAK HARI AHAD


1. Kat opis dah tak boleh bukak dashboard & komen kat blog. Ada certain blog plak tak boleh view. Mula balik la tu block memblock. Sebab tu dah jarang memblog & mengomen.
.
2. Esok dan hari Khamis ada exam. Insya-Allah the last two. Tak abis study lagi ni. Huhu.
.
3. Ni bukan last sem. Ada satu sem pendek. Paper umum 2 kredit. 3 kelas je lagi, takde exam. Yeay!
.
4. Boleh la start update resume. Haha. Lagi bape hari je genap 4 tahun keje kat sini. Alamak, dah lama tak gi sesi interview. Blum apa-apa dah nebes!

5. Tengah mood nak cuti-cuti tapi kekangan masa [baca: cuti tinggal belen sehari je]. Gara-gara tahun ni banyak sangat 'compulsory leave' + tolak cuti company trip hari tu. Kena plan 2d1n trip je la nampaknya.
.
6. Hari ni tak boleh nak masak. Air pulak tetiba takde. Alahai!
.
7.  Ok la tak mampu nak merawak lagi. Nak study. Wish me luck!
.

Monday, 11 June 2012

SANTAI TEPI PANTAI

Hujung minggu lepas punya cite... ;p

Wednesday, 6 June 2012

CHINA ~ LAST PART

Day 4

Agenda pertama, gi BaoFeng Lake. Sebelum sampai tasik, merasa la panjat tangga bapak banyakkkkk. Tasik ni ala-ala Tasik Dayang Bunting kat Langkawi. Kena panjat tangga turun tangga baru la jumpa tasiknya. Tapi tangga dia lagi banyak dari Tasik Dayang Buting tu. Berpeluh-peluh den. Bila dah sampai tasik, naik la bot pusing-pusing keliling tasik.




~pompuan ni kejenya kena nyanyi bila bot lalu depan dia...

.
Dah turun bawah tu, sementara tunggu yang lain sempat la borong beg 'poncot2'. Kitorang mintak la tolong salah sorang tour guide tu alihbahasa tolong tawarkan. Aku rasa dia pun lebih kurang dua kali lima je tak berapa paham apa yang kitorang suh tawarkan. Dah dapat harga yang nak tu [satu RMB10], saja test lagi mintak beli 10 free 1. Sudahnya dia bagi 2 RMB15. Pastu yang harga RMB15 dapat RM10. Untung2.

Dari sini naik bas gi Ten-mile Art Gallery. Kena naik shuttle bas dulu pastu naik tram pulak. Kat sini takde apa sangat. Sekadar menghayati pemandangan semulajadi ngan batu-batuan pelbagai bentuk. Ada bentuk orang baca buku la, 3 sister yang tengah dukung anak la... Ada yang obvious ada yang cam errr tak nampak pun bentuknya... Sape kuat daya imaginasi memang nampak macam-macam la...

Tour guide dah mula pesan tak leh shopping takut tak sempat kejar masa... tapi sempat je nyelit2 beli... dah start malas amik gambar time ni... ;p


Pastu gi Tianzi Mountain... naik cable car lagi. Kali ni dah tak takut sangat. Sila percaya! ;p


Pastu naik van pulak [yea macam2 pengangkutan kitorang naik] gi DuanHun Tai plak. Kat sini ada dua option, leh guna jalan short cut [10 minit] atau long cut [1 jam]. Ramai surrender amik short cut tapi aku termasuk la beberapa orang yang kunun nak guna jalan jauh. Katanya pemandangan cantik giler kan. Memang cantik tapi batu-batuan je yuols.

~pemandangan dalam cite Avatar...
.

~guna jalan jauh ni merasa la lalu jambatan gantung ni... amik gambar kat tengah2 pastu cepat2 lari... sebab walaupun steel tapi rasa cam goyang2 je... serammmm!

Pastu turun bawah balik naik BaiLong Lift. World's highest outdoor lift. Pengalaman yang best. Tapi aku rasa kalau naik tak ramai-ramai [kitorang hari tu diorang sumbat seberapa ramai yang boleh] so tak berapa menikmati pemandangan sangat.

Hari keempat ni je pecah rekod balik hotel awal. Dalam kul 8 dah setel dinner semua. Agak geram sebab tour guide tu duk kejar-kejar masa tak bagi shopping sebab kat area ni la banyak giler souvenir. Sampai skang ralat giler tak membeli sakan.

Day 5

Pagi-pagi agenda bermula dengan melawat muzium seni. Lukisan dia diperbuat dari pasir, batu-batu, tumbuh-tumbuhan, barang-barang semulajadi je... hebat! Lukisan 3D la kiranya.Tapi takleh amik gambar kat 1st & 2nd floor so tak dapat share.




Pastu melawat Hunan Provincial Museum. Kat sini ada mumia pompuan. Tapi idak la balut cam mumia egypt. Ada snap gambar mumia tu. Seram tengok [lidah terjelir].
.

 
Abis melawat muzium, patutnya ada 2 tempat lagi patut pegi tapi kitorang semua setuju tak pegi sebab satu cuaca buruk, kedua nak extra masa untuk shopping. Yeay shopping time!

Tapi hampeh tempat shopping tak best.. takde jual souvenir. Aku target nak beli kain sutera sebab masa survey ok la tengok ada yang murah-murah. Tapi nan ado. Bukan tempat yang jual benda-benda camtu. Huhuhu. Dah la tour guide tu tinggalkan kitorang kat situ, lepas 3 jam baru dia datang amik kitorang. Punyalah 'merana' nak abiskan 3 jam sebab takde benda nak dibeli. Dengan hujan, so agak limited tempat nak pergi. Kalau tak leh la jugak gi ronda tempat2 lain dekat2 situ. Masa ni masing-masing menyesal tak membeli sebelum tu. Haih!

Day 6

Masa untuk balik.. yeay! Kul 4am dah bangun. Nak kejar domestic flight dari Changsa ke Ghuangzou kul 8am. Ada plak masalah masa nak check in luggage. Macam-macam hal.

Dah sampai Ghuangzou naik bas lagi... semata-mata nak gi lunch. Lepas makan gi airport balik. Flight kul 2.30pm. Sementara tu sempat la pusing-pusing dalam tu tengok kot-kot ada benda yang boleh dibeli last minute. Stendet la harga kat airport mahal. FM je RMB28-30.

Masa nak masuk boarding gate... boleh tak masa pemeriksaan tu tetiba diorang suh bukak jaket padahal takde pun bunyi masa scan tu. Masalahnya masa tu aku pakai baju lengan pendek dalam jaket. Tak pasal-pasal menyeksa. Malu giler masa tu tapi seb baik la tak ramai opismet yang beratur sekali sebab dah berpecah masa pusing-pusing dalam tu. Huhuhu. So moralnya, jangan la pakai baju takde lengan walaupun pakai jaket. Kalau kena bukak tak pasal2 je. Maluuuuuu!

Apa-apa pun syukur sangat dengan rezeki ni. Alhamdulillah dapat jejak satu lagi negara. Moga dimurahkan rezeki lagi.


Friday, 1 June 2012

CHINA ~ PART 2

Day 3

Itinerary untuk hari ketiga kembali menarik. Lebih-lebih lagi kepada 'penggayat' macam aku. ;p

Sebelum tu, kita mulakan dengan tempat biasa-biasa je dulu. Pagi-pagi jangan eksesais jantung lelebih. Melawat HangWu Miao Village. Tengok perkampungan kat situ. Pastu ada persembahan skit. Ada la beberapa opismet yang kena tarik 'join' persembahan tu. 




Rumah diorang ni banyak atas bukit atau kat lembah-lembah bukit. Bermula la ekspedisi naik turun tangga. Mengah weh. Tapi orang tua diorang nampak sihat-sihat. Yela, makanan mostly tanam sendiri. Duduk plak kat kawasan camni, takde pencemaran. Nyaman je.

Cuma yang tak nyaman tandasnya la. Tandas awam kat sesetengah tempat cam kat area sini horror betul. Aku memang menahan kencing je kat sini. Boleh kira bape kali je guna public toilet. Ada yang takde pintu pun ada. Bukan pintu luar yea, pintu setiap cubicle. Jangan tanya camne rupa tandas tu, aku dengar pun ngeri... so tak ingin nak masuk. Sape yang tak tahan sangat tu sila la sediakan payung yea kalau nak masuk tandas. Hahaha.




Lepas lunch [brunch sebenarnya... kul 11.30 kot dah makan] proceed gi Tianmen Mountain Scenic Area. Bermula la 'adventure'. Mula-mula kena naik cable car. Fuhhhh! Dah la ada certain part curam pastu jauh plak tu. Lebih 20 minit kot dalam cable car tu.
.
 ~ni baru starting point je...
.
.
~Tangan sebelah amik gambar, sebelah pegang kuat2... berpeluh weh! ;p


Dah sampai atas, masa untuk adventure yang lebih dasat. Glass walkway. Sebelum pergi dah gugel dah tempat ni. Bila tengok gambar lagi-lagi gambar pembinaan [guna kayu je weh], memang serun dan rasa cam tak nak mengharungi walkway tu. Mau ketar lutut aku. Tapi kalau tak cuba, rugi pulak kan. Alang-alang dah sampai.



 ~kena sarung stoking ni kat luar kasut... sebab takde orang yang berani nak keje sebagai tukang bersihkan walkway tu...


~masing-masing melekat kat tepi... ehehe...

~komain senyum kan, padahalllll...
.
Eh tapi kan, aku rasa tahap kegayatan aku dah menurun la. Takde la rasa takut sangat kat sini. Siap boleh beranikan diri pandang bawah. Ada la seriau skit tapi tahap minimal je. Ada gak amik short video, nyesal plak tak amik lagi panjang.  

.
~mampu bersila lagi... member aku tu seriau giler tak leh pandang bawah...
.

Dah sampai hujung rasa eh kejapnya dah sampai. Rasa nak repeat je. Ahahaha dah sampai yea la kan macam-macam boleh cakap. Ekeke.

Pastu naik cable car balik turun ke stesen pertama. Kat sini, kitorang naik shuttle bus pulak untuk naik area lain kat bukit tu. Lalu jalan bengkang-bengkok yang nampak dari cable car masa nak naik tadi. Dasat-dasat betul driver diorang. Jalan camtu pun boleh bawak laju. Seb baik takde yang muntah.


Kat sini katanya shoot cite Avatar. Kalau nak naik sampai atas tu, ada 999 anak tangga katanya. Dan ikut kepercayaan diorang, kat atas tu boleh la mintak hajat ke apa. Kitorang idak la naik sebab masa pun terhad. Panjat lebih 19 anak tangga je kot. Jadilah!
.
~roomate untuk trip ni...
.
Turun dari sini, naik cable car lagi. Sampai dah tak rasa takut dah naik cable car. Moralnya, lagi kau takut lagi kau kena cabar diri kau untuk overcome ketakutan kau tu. Pelan-pelan rasa takut tu akan hilang. Insya-Allah.

Pegi dinner pastu terus berkejaran nak tengok show.  Dah la bas parking jauh, lepas makan berlari-larian nak ke tempat tu.

Tajuk persembahan adalah The Love Story of Woodman and Fairy Fox. Mula-mula bayangkan show ala-ala opera, mesti sangap giler. Tapi end up best gilerrrrrrrr. Dah la 1st time tengok live musical performance camtu, open teater plak tu. Walaupun lagu cina tapi merdu dan best sangat. Oh diorang ada sediakan English subtitle.   





Enjoy sangat tengok show ni! Best giler-giler!