Friday, 18 January 2013

KRABI-PHUKET PART 1

.
Plan asal nak ikut MsNinie gi Myanmar minggu depan. Tapi duk nak komfem2 terus tiket dah mahal. Pastu pegi la cari tiket murah lain, dapat return tix ke Krabi RM125. Terus proceed. Sepatutnya nak pegi 17hb Jan - 21hb Jan, tetiba dianjakkan awal seminggu jadi 10hb Jan - 15hb Jan. Dah la Jiah mula-mula bagitau sampai 14hb, aku dah apply cuti sampai 14hb je la.. so 15hb tu terpaksa la EL yuols.
.
Day 1
,

Flite pukul 7.30am. Sampai Airport Krabi 8.30am waktu tempatan. Krabi lewat sejam dari Malaysia. Dari airport naik shuttle bus ke Krabi Town. Mula-mula sampai sunyinya la town tu. Dah membayangkan betapa boringnya kat situ. Terus check-in hotel, seb baik boleh check-in awal. Lepak-lepak kejap, pastu baru keluar cari makan. Makan kat kedai muslim yang tuan kedainya gigih tengah baca kamus Thai-Melayu. ;p
.
Dah kenyang merayau-rayau kat situ. Pastu naik 'pikap' ke Aonang. Nak cari penginapan kat Aonang sebab nak stay kat sana hari ketiga & keempat. Gi kat tourist information kat depan pantai tu, terus book dari situ je. Dah la datang peak hours kan, tak booking awal-awal.. so dapat bilik RM100-RM120 semalam tu pun dah kira ok. Pastu siap-siap book untuk island hopping dari situ gak. Setel.
.
~Aonang beach..

~bus stop comel..
.
~ Jim.. staff kat tourist information..
.
Lepak-lepak tepi pantai tu kejap sebelum balik ke Krabi Town semula. Pusing-pusing bandar krabi.
..


.
Dah agak penat ukur jalan, kitorang gi lepak tepi sungai pulak. Tetiba ada orang sana approach tanya nak tak naik bot pusing-pusing sungai tu. Memandangkan takde aktiviti dan harga yang dia bagi pun murah, so kitorang pun on je..


.

.
Dia bawak ke Khao Khanabnam Eco-Tourism & Community Life.
.






.
Lepas tu dibawa pulak ke perkampungan nelayan muslim. Makan kat situ. Dah la suasana best, makan kat restoran terapung, makanan sedap... dan yang paling best harga murah. Berbaloi-baloi.
.
 .
 .
.


.
Masa nak balik tu siap dia bawak jalan lalu lorong kecik paya bakau.
.
,
.

.
Balik hotel rehat-rehat. Masing-masing sempat lena sebelum keluar balik. Tengah malam merayau kat situ pastu gi bergambar kat 'landmark' Krabi. End of day 1. Fuh!

Thursday, 17 January 2013

ENTRI PERTAMA 2013

Tujuh belas hari di tahun 2013, baru nak taip entri pertama. Sebenarnya berkira-kira samada nak teruskan menaip kat sini atau berhenti terus. Bila fikir-fkir balik, walau dah tak setegar dulu, sesekali rindu nak merapu. Tak kisah la kalau masih ada yang singgah baca atau tak.
.
Sejak dah abis belajar ni, asyik la nak berjalan je kejenya. Hujung tahun lepas gi jalan-jalan Melaka dengan family. Pastu gi Cameron Highlands plak ngan geng kedai mamak. 
.
Minggu lepas pulak bercuti-cuti ke negara jiran. Rezeki dapat tiket murah. Masa tu member yang bookingkan. Hampir tak jadi pegi sebab last minute dapat tarikh awal sehari dari besday emak. Sian pulak emak kena tinggal sorang masa besday kan. Tapi seb baik la Along stay lama skit, lega skit nak pegi sebab ada orang temankan emak.
.
Alhamdulillah sepanjang trip kali ni dipermudahkan. Trip kali ni bagi banyak pengalaman yang tak dapat dilupakan. Pestaim jadi betul-betul 'backpackers'. Nanti baru update pasal trip ni. Tak syok la update takde gambar kan. ;) 

Monday, 31 December 2012

END OF 2012.. START OF 2013!

..
Walau tak semua tercapai, walau masih banyak yang terbengkalai.
Tak salah untuk merangka apa yang nak digapai.
.
.
Yeap aku masih konsisten tulis apa yang nak dicapai setiap tahun walau kebanyakkannya carry forward dari senarai tahun sebelumnya. Banyak yang masih relevan. Harapnya apa yang masih tak tercapai 2012 dapat dicapai tahun 2013. Selamat tahun baru.

Tuesday, 18 December 2012

4 AGENDA

Hari Sabtu komain penuh agenda. Ai laike!

1. Big Bad Wolf Book Sale @ Mines

Hampir pukul 11am kot sampai sana. Aku dah senaraikan skit buku-buku yang nak dibeli. Ada yang jumpa ada yang tak. Takde la beli beria pun, tengah bulan bajet terhad. Haha. [oh pergi book sale ni tetiba teringat Tok Mudin.. beliau kan suka borong buku]


~ 9 buah buku (5 hard cover) RM76 je... 
patut boleh beli 3 buah buku lagi sbb still under budget..
.
2. Makan durian free @ Shaftsbury Square, Cyberjaya
.
Nak ikutkan aku ni bukan la jenis beria nak pegi event camni, makan free bagai ni. Malas sebab slalunya mesti ramai orang. Tapi disebabkan event ni anjuran opis aku, sebab tu la ajak member-member aku pegi. Janji tunjuk muka. Tak ramai pun datang sebab tak ramai tahu kot.
.
Sebenarnya ada acara lain tapi kitorang gi makan durian je. 

 ~geng kedai mamak makan durian di kedai mamak... 
bagus tokei tu, tak kisah pun kitorang makan kat situ padahal mula-mula order air je.. 
.
3. Sketsa Ramleefestasi @ Stor Teater, Dewan Bahasan & Pustaka
.
Lepas makan durian, cepat-cepat gerak ke DBP. Dah la patutnya start kul 3pm, kul 2.30pm baru nak gerak. Sekali member aku lead jalan gi bawak redah KL padahal boleh je lalu jalan lain. Jem giler. Stress giler. Sampai-sampai dah start separuh pun. Tapi best. Berbaloi redah jem.
.
Err sebenarnya sebelum tu aku macam blur je sketsa ni pasal apa. Sebab masa tgk poster tu nampak kecik. Yang pasti nak tengok Beto. Dah tengok baru tahu rupanya sketsa ni adaptasi cite-cite P.Ramlee yang diubahsuai skit. Cuma tak puas sebab tengok separuh kan. Ramleefestasi best! Kalau ada lagi harus pergi lagi.


 ~oh Beto!
.
~bila tengok muka diorang ni ada la dua tiga orang rasa cam familiar je tapi di mana yea penah kulihat...
.
 ~ mamat yg 'posing maut' tu suara sedap...

 ~ehem, sedondon lagi..
(ada tiga gambar, ni je yg aku tak 'tido')
.
.
4. Karaoke @ Scott Garden

Karaoke ni dah jadi acara-hampir-wajib kitorang je. Hehehe. Sementara single mingle ni. Kot dah berduet  nanti takde dah buat keje-keje lagha camni lagi kot. Last karok bulan lapan hari tu. Idak la selalu sangat pun.  
.
Hari yang best!
.
.
ps: lupa.. gambar2 kredit tu MsNinie.. thanks beb!

Monday, 3 December 2012

CHARITY WALK

.
Sabtu lepas aku ngan 2 orang lagi member join 1 Night Thousand Hopes MAKNA Charity Walk kat Zoo Negara. Sampai sana baru tau yang program ni dianjurkan oleh budak-budak UiTM. Program pun dah ala-ala untuk budak UiTM je, siap ada part nyanyi lagu UiTM. Konfius jap sebab ikutkan benda ni open untuk semua, motif nyanyi lagu tu? Nyanyi lagu Negaraku sudah la.
.
Paling tak boleh belah bila VIP nak datang, salah sorang organizer tu suh siap-siap pakai baju hujan sbb nak pegi tempat sepatutnya acara dirasmikan [lupa plak nama], tetiba tak jadi tukar tempat. Tapi semua la dalam dewan tu pakai baju hujan. Macam apa je rupa.
.
Ok la malas nak bebel panjang pasal tu. Cuma sedikit nyesal pegi awal. 
.
Kul 9.00pm baru la acara night walk tu bermula. Oh, aku bayangkan ala-ala walkathon rupanya jalan-jalan melawat zoo di malam hari. Jenuh la nak tengok binatang di malam hari berpandukan lampu suluh oleh 'tour guide'. Baik aku gi melawat zoo siang hari je. Tapi takpe la, untuk charity.
.
Acara abis kul 11.00pm.. lepas amik goodies bag terus balik.
.      
~goodies & certificate.. dapat t-shirt gak..

.
.
Pertama kali join event camni, harap-harap pasni leh join lagi. Err cuma kena join event yang organizernya bukan budak-budak la kot. ;p
.
ps: masa pegi pakai baju oren, sampai sana dpt t-shirt pun warna oren.. 

Friday, 30 November 2012

MASAK-MASAK.. MAKAN-MAKAN

.
Tak tau nak cite apa, letak je gambar makanan. Hujung minggu nan silam [bukan minggu lepas] datang ruh rajin, siap gigih hias dengan daun bagai. Slalu tu main snap je, ni tetiba semangat nak amik gambar cun.. baru nampak extra sedap kan [rasa mmg dah sedap hahaha]. 

 ~ fettuccine chicken carbonara.. 
.
~ nasi beriyani + dalca + ayam masak merah + jelatah.. 1st time masak sendiri complete set.. 
.
.~ piza guna paratha segera..
.
.
Weekend ni plan nak masak macam-macam. Semalam dah beli barang-barang. Anak buah-buahan ada, masa untuk menggemukkan diorang. Hahaha. Errr ke achik dia je bertambah gem. Oh tidakkkk!
.

Wednesday, 14 November 2012