.Dua puluh ekor kerbau pedati yang sama gemuknya dan sama kuatnya, sama pula kepandaiannya menghela pedati, tentu harganya pun tidak pula terlebih terkurang. Tetapi dua puluh orang manusia yang sama tingginya, sama kuatnya, belum tentu sama "harganya". Sebab bagi kerbau tubuhnya yang berharga. Bagi manusia peribadinya.
Berilmu sahaja, walaupun bagaimana mahirnya dalam suatu jurusan, belum tentu berharga, belum tentu akan beroleh kejayaan dalam hidup, kalau sekiranya bahan peribadi lain tidak lengkap atau tidak kuat, terutama budi dan akhlak.
Peribadi ~ Prof. Dr. Hamka
Tengah ralit membaca buku yang baru beli hari tu. Mood membaca ni kejap tenggelam kejap timbul. Bila mood membaca datang, 'kotak ajaib' pun dah tak heran. Kalau tak, duk bertapa berjam-jam... hehehe. Jadi sementara mood membaca tengah ada ni, layan! Dah khatam baca "Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain". Skang beralih tengah baca buku "Peribadi".
.
Isk, cam tak sedar diri je minggu depan nak peksa. Dah la 2 paper gap dekat. Nampak gaya terpaksa hold dulu la buku lagi satu tu... kena baca buku lain dulu. Heh!
.
.
ps: rupanya susah gak jadi 'organizer' ni ek... tu baru nak organize small gathering je...
note to self, lenkali kena lebih appreciate bila orang lain organize apa2 event!






