Wednesday, 30 June 2010

TWO WEDS, TWO BABIES & A FAITH

Hujung minggu lepas aku terlepas dua majlis perkahwinan... majlis pertama, majlis kawan seasrama dan majlis kedua, majlis ad3ck yang kebetulan merupakan kawan suami ex-opismet aku. Tahniah untuk kedua-dua pasangan, moga berbahagia ke akhirnya...
.
Semalam opismet aku dah selamat melahirkan bayi perempuan... terkujat skit sebab sebelum ni dia bagitau scan nampak lelaki... takpe la, yang penting kedua-duanya selamat. Hari ni pulak terima sms dari kawan sekolah aku, dia pun dah selamat bersalin... baby girl jugak.
.
Alhamdulillah, tumpang gembira untuk mereka...
.
.
Errr tiba-tiba rasa blues pulak... yela, di saat yang lain sedang bahagia membina kehidupan masing-masing, aku masih merangkak-rangkak mencari hala tuju... orang lain umur camni dah ada master bagai, aku baru terhegeh-hegeh nak mengabiskan degree, study bertahun-tahun tak abis-abis... cam loser giler!
.
Bila 'rasa yang terasa' muncul, aku selalu duk ingatkan diri yang semua yang berlaku ada hikmahnya... mesti ada sebab kenapa perjalanan hidup aku camni dan bukannya camtu...
.
Bak kata Steve Job...
"Of course it was impossible to connect the dots looking forward when I was in college, but it was very, very clear looking backwards 10 years later. Again, you can't connect the dots looking forward. You can only connect them looking backwards, so you have to trust that the dots will somehow connect in your future. You have to trust in something--your gut, destiny, life, karma, whatever--because believing that the dots will connect down the road will give you the confidence to follow your heart, even when it leads you off the well-worn path, and that will make all the difference.
.
Sometimes life's going to hit you in the head with a brick. Don't lose faith. I'm convinced that the only thing that kept me going was that I loved what I did. You've got to find what you love, and that is as true for work as it is for your lovers. Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work, and the only way to do great work is to love what you do. If you haven't found it yet, keep looking, and don't settle. As with all matters of the heart, you'll know when you find it, and like any great relationship it just gets better and better as the years roll on. So keep looking. Don't settle."
.
Errr nak ikutkan takde la 'rasa yang terasa' sangat pun. Buat masa ni masih menikmati singlehood dengan bahagianya. Sebenarnya aku lebih tertekan dan sangat terasa dari segi akademik je. Rasa cam pelajar tercicir plak, heh!
.
Mungkin skang ni aku tak nampak hikmah 'kesusahan' yang aku hadapi skang. Kerana kalau aku toleh 10 tahun yang lepas, aku hanya nampak penyesalan... mungkin beberapa tahun akan datang bila aku toleh kembali ke saat ini dan reflect balik, then at that time it will make sense why this had happended instead of that...
.
Apa pun perjuangan mesti terus... pelan-pelan kayuh beb!
.
Have a faith!

Monday, 28 June 2010

WISH COME TRUE

Akhirnya ura-ura telah konfem bukan sekadar kura-kura ura-ura... yeay! Ikutkan dari minggu lepas lagi dah konfem tapi belum keluar official statement.
.
Start 1hb ni, hari bekerja telah direvised menjadi 5 hari sahaja. Tak perlu lagi kerja hari sabtu. Yeay! Err tapi masa bekerja juga telah direvised la yea... ditambah setengah jam setiap hari. Ok la, selalu pun memang balik kul 6++ pun. Boleh dikira balik bape kali balik sharp-sharp kul 5.30pm. Yang penting, takde la aku duk merungut sangap kena keje hari sabtu kan... ;p
.
.
Ada lagi satu ura-ura... adakah bakal menjadi kenyataan jugak?
Mmmm... tunggu & lihat je la... ;)
.
.
.
ps: yes, pasni leh la rileks lebih skit dan x yah terkejar-kejar dari opis nak gi kelas...

Friday, 25 June 2010

TIBA-TIBA LEH TAKUT DUK BILIK SENDIRI

Semalam aku MC. Tak berapa sihat. Apa daa, baru puasa deret 3 hari dah demam. Hahaha takde la bukan sebab puasa... cuaca skang kan panas, dah tu aku kurang minum air kosong lepas berbuka... err lagi pun dah lama gak aku tak sakit... last MC 3 bulan lepas... err ni MC kedua tahun ni.
.
Berbalik kepada tajuk di atas, semalam lepas aku solat isya' aku merajinkan diri mengaji [ni bukan sebab nak bagitau aku mengaji, tapi relevan dengan cerita]. Dari bilik aku tu, kiblat membelakangkan tingkap. Tengah duk mengaji tu, tetiba aku dengar bunyi tingkap diketuk. Mulanya aku abaikan je bunyi tu. Tapi bunyi tu makin kuat dan kerap. Seriau sungguh masa tu. Makin aku kuatkan bacaan, makin kuat pulak ketukan tu. Aku cuba elakkan fikir yang bukan-bukan. Nak sedapkan hati, aku fikir kot la tu bunyi cermin bergoyang sebab kipas. Err tapi selama ni tak pernah berbunyi plak. Masa tu nak toleh pun cuak.
.
Bila dah abis, aku pun pandang cermin dan tingkap tu. Nak tengok dari mana bunyi tu datang. Tapi tiba-tiba bunyi tu dah berhenti. Aku tunggu la kejap, masih takde. Ish! Terus aku keluar dari bilik dan duk depan. Dan-dan rasa nak tido dengan emak je.
.
Err sebenarnya bunyi tu sebab angin kuat. Tapi serius aku tak rasa cam bunyi disebabkan angin kuat cam biasa, memang cam bunyi orang ketuk tingkap. Pelik camne semalam tiba-tiba bleh rasa takut sangat. Tapi takut-takut tu, aku tetap tido bilik sendiri. Slalunya aku biarkan langsir tersimpul, cuma malam tadi aku turunkan... cermin pun kaver ngan kain. Err tapi lampu tetap tutup la. Tak bleh la tido dalam keadaan terang.

Tuesday, 22 June 2010

JUADAH BERBUKA PUASA

Semalam akhirnya berjaya gak mula puasa ganti... dah nak Rejab baru terhegeh-hegeh... isk isk... tapi dalam puasa-puasa tu, masih ada tenaga nak pegi gym... err takat kayuh basikal je setengah jam tu larat lagi...
.
Tengah mengayuh basikal tu emak call, bagitau dia balik lambat. Ingatkan aku nak tapau je, tapi emak insist suh masak... tak kisah la murtabak megi je pun... pssst, jumaat lepas aku buat murtabak megi, tu emak dah rekues lagi... maknanya sedap la tu... ekeke...
.
Tapi terasa nak makan benda lain... bahan pun semua ada... so menu berbuka semalam adalah chicken mushroom yee mee...

~abaikan pinggan yang messy tu... lupa plak nak lap sebelum snap... ;p
.
.
Err kat sini kat mana ada jual 'kuali' sizzling tu ek? Kakak aku kata ada jual kat kedai 'Koboi' kat Melaka tu... kalau tak jumpa kat sini, terpaksa la pesan suh dia je belikan...
.
Hari ni dah 'dapat' juadah berbuka puasa petang ni... soto ayam & puding roti... lunch tadi tak ramai yang makan so ada banyak makanan lebih... tapau balik... apa ni kul 2 dah cite pasal juadah berbuka puasa... ekeke...

Monday, 21 June 2010

HARD TO LET GO

Semalam duk mengemas almari... dah takde ruang nak sumbat. Terpaksa la pilih-pilih baju mana yang nak disedekah dan yang mana nak ditongsampahkan. Duk kemas-kemas tu, terjumpa beberapa t-shirt yang dah berusia beberapa tahun. Giler punya lama aku simpan sayang nak buang.
.
Baju 1:
Baju ni dah berusia 11 tahun beb. Kitorang tempah untuk baju batch masa spm. Rupa pun dah kusam giler. Sayang weh nak buang sebab baju ni aku ngan nina yang design walaupun nampak huduh giler design tu. Errr baju ni sepatutnya jadi smart... tempat yang kitorang tempah tu bengong. Dah la tak dapat nak realisasikan design tu seperti yang kitorang bayangkan, pastu bengong tersalah print... yang depan jadi belakang, yang belakang jadi depan dan boleh plak tertinggal huruf 'T' kat ayat 'The last fifth former of the millenium'. Sadis betul!
.
~none of us is as strong as all of us...
.
Batch aku paling tak unity. Terpecah kepada banyak sangat group. Walaupun kadang-kadang ada gaduh-gaduh sengal sesama sendiri, tapi bila ada badge lain kacau, selalunya masa ni la baru kitorang united.
~yang nama siap arrow tu main lukis tangan sendiri... dulu rasa lawa, skang tengok cacat!
tapi cacat-cacat pun tetap sayang...
.
Baju 2:
Baju ni lagi lama giler weh. Aku ingat lagi kakak aku belikan masa nak raya. Aku 14 tahun masa tu. Separuh usia aku. Perghhh! Zaman sekolah dulu memang suka pakai baju baggy-baggy. Masa tu kurus tapi suka je nak beli saiz L. Kadang tu sampai paras lutut t-shirt tu. Huduh betul. Tapi masa tu rasa cool abis dah. Hahaha.
.
~alah membeli menang memakai... 14 tahun tu beb!
.
Baju 3:
Bila tengok-tengok balik gambar lama [cam kat entri ni], banyak aku pakai baju ni. Menunjukkan betapa aku suka sangat pakai baju ni kat asrama dulu... dah cam baju kegemaran plak. Err loker kat asrama tu besar mana nau la kan, tu yang balik-balik pakai baju yang sama je... ekeke. Baju ni aku tak pasti berapa usia... paling busuk pun 11 tahun.

~dulu banyak betul t-shirt aku belang-belang camni... macam2 warna ada... ;p

~masih muat... ;)

Aku rasa tu je la kot t-shirt dari zaman asrama dulu yang masih ada. Walaupun t-shirt cikai je tapi sayang nak buang. Nostalgik beb!

Ada banyak 'benda' yang aku susah nak let go. Walaupun aku berkira-kira untuk buang tapi tak sampai hati. Takpe la, selagi ada ruang untuk aku simpan, biarlah dulu terperap kat situ. Sampai masa yang sesuai aku akan buang jugak. Heh!

ps: bahaya gak penyakit simpan2 ni.. boleh jadi hoarders... huhu...

Friday, 18 June 2010

10 RANDOMNESS

1. Semua dah balik rumah masing-masing hari ni... rumah dah kembali sunyi... kena tunggu raya nanti la kot baru meriah balik.
.
2. Hari tu beria-ia je nak main masak-masak, hampeh takde pun... semalam balik keje ingat nak buat chicken chop, tapi cuma menyempatkan diri masak pasta alfredo je.
.
3. Cuti sekolah ni, abis hancur program diet... dah elok2 turun, naik balik... huwaaa! Nak kena start balik... petang ni nak main badminton.
..
4. Pertengahan bulan depan dah start sem baru... dah tengok jadual, pack giler! Bertabah je la nak mengadap lagi 2 tahun... bak kata kawan aku "ko ni amik medik ke sampai 5 tahun"... sabor je la, dah namanya amik PJJ kan... isk!
.
5. Hancur harapan nak join kampeni trip adik aku... tahun ni diorang gi Hong Kong... apa kes nak gi time puasa weh.
.
6. Dengar ura-ura tapi selagi tak konfem tak nak lelebih.
.
7. Ahad ni genap 2 tahun aku keje kat sini. Kejapnya. Rasa cam baru je tinggalkan KTL.
.
8. Oh, sebut pasal KTL baru teringat kes sebelum aku gi Melaka hari tu. Ex-opismet masa kat KTL dulu [dia pun dah jadi ex-staff], pertama kali call aku setelah hampir 2 tahun. Agak-agak dapat agak tak dia nak apa? Ye, dia perlukan 'bantuan' dari aku. Suh tolong buat quotation.
.
9. Maaf la, aku dah serik orang yang bertahun-tahun menyepi tetiba duk cari aku semata-mata nak mintak tolong. Aku bukan nak berkira sangat, tapi agak-agak la weh!
.
10. Esok keje dan ada kelas plak tu... malasnya!

Wednesday, 16 June 2010

FAMILY PICNIC

Pagi rabu minggu lepas Along aku sampai dari Kedah. Masa nak pegi keje tu, dia suh aku amik cuti hari jumaat. Tapi sebab kena apply 3 hari lebih awal, so aku tunda ke hari Isnin. Ingatkan nak ronda-ronda kl je la since sabtu ahad dah mengabiskan masa kat kampung kan.
.
Tup-tup dia menyebut nak gi Kalumpang. Terpedaya dengan cite dongeng aku tentang ke'best'an aku piknik kat sana hari tu. Makanya agenda pun berubah.
.
Hari ahad tu tido semalam kat rumah kakak aku kat Kuang. Malam tu duk siapkan bekal makanan nak dibawa. 3 hari sesi makan tak hengat. Aku buat dadih dan siap-siap rebus pasta malam tu. Esoknya aku tinggal goreng je dan buat sandwich. Yang lain, emak ngan kakak aku yang masak.
n.
Dalam kul 8.30 pagi dah bergerak. Pegi 3 buah kete. Orang sibuk kuar pagi nak gi keje, kitorang nak gi piknik. Hehehe. Perjalanan terasa jauh. Sebab lalu highway kan, nampak pokok je. Bosan. Dalam hati risau gak kalau sampai sana, diorang rasa tak best. Buat penat je gi sampai Tanjung Malim semata-mata nak mandi sungai. Dah la anak buah aku asyik duk tanya bila nak sampai. Slalu piknik dekat-dekat je kan. Yang ni terasa jauh.
.
Tapi seb baik la sampai sana, semua seronok. Masing-masing dah lama tak piknik. Kali ni tak masuk dalam area Kalumpang Resort tu. Cam tak berbaloi plak nak bayar RM5/sorang untuk mandi sungai. Pegi dah 22 orang. Baik mandi kat tempat free je. *taik idung masin* ;p
..
Lagi pun kat resort tu ada family day. Mesti ramai orang. Kat tempat kitorang mandi tu, mula-mula ada 2 family je.. pastu makin lama makin ramai...
.

~ ada jambatan gantung...

~air sejuk giler... syok!


~nampak je tenang tapi boleh tahan deras je arus kat certain area...
.
Kat belah atas skit tu ada la kawasan batu-batu yang air deras... ala-ala jakuzi... syok urut badan. Bahagian tengah tu nampak lapang. Anak buah aku kata, ada satu bahagian tu dalam giler. Adik aku pun tenggelam. Aku tak berapa nak percaya sebab masa dia mandi kat sana, nampak cam paras pinggang je. Kat situ ada batu besar, syok kalau main terjun tiruk.
.
Pastu aku pun gatal-gatal la nak mandi kat sana. Dari batu tu, ala-ala menggelongsor skit... tiba-tiba je terus tenggelam abis. Cuak jugak dibuatnya. Mujur la arus deras tu tolak aku ke kawasan rendah. Merasa la 'lemas' dalam 10 saat. Seb baik gak kawasan yang dalam tu skit je [nampak hijau je kat situ]. Bahaya gak. Dah la masa aku tenggelam tu macam takde sape pun perasan. Menakutkan sungguh! Err tapi pastu elok je sambung mandi balik... ;p
.
Sebelum tu kawan kakak aku pesan suh jaga-jaga 'air datang'. Kalau sungai ni kan, yang bahayanya tu la. Kadang-kadang air tu nampak je tenang, tapi boleh tahan gak arus dia.
.
Nak dekat kul 12 baru berenti mandi. Sampai kuang hampir kul 2. Lepak-lepak rehat jap, kul 4 lebih bertolak balik KL. Anak kakak aku yang Melaka [umur setahun 3 bulan] tu muka konpius je dalam kete. Tak sudah-sudah duk dalam kete je. Dari KL-Kuala Selangor-Kuang-Kalumpang-Kuang-KL. Sedikit penat tapi seronok..
.
ps: melepas nak puasa 1 Rejab...