Wednesday, 26 October 2011

MENU HARI NI

Lama tak tayang gambar masak-masak...
.
~sebelum...

~selepas...

.
ps: kualiti gambar hampeh sebab guna hp cap ayam je..

Monday, 24 October 2011

CLK

Minggu lepas aku eksiden masa otw nak gi keje. Drive kat lorong paling kanan. Idak la laju sangat tapi laju la gak kot. Tetiba kete depan brek. Aku sempat brek emergency dan tarik handbreak. Selamat. Dari sondol kete orang. Tapi kete aku yang kena sondol. Aku berenti la gak kuar tengok kecederaan yang berlaku pada kete aku. Tengok macam ok. Aku pun malas nak kecoh dan tak nak menyebabkan jalan jem [bagus tak.. heh] dan dah lambat pun, terus blah. Dah la yang sondol kete aku tu boleh buat bodoh je tak keluar pun. Aku syak dia terkedu kot. Heh! Nampak je macam calar dan kemek skit. Tapi bila bukak bonet, bila nak tutup tu ketat skit.
.
Esoknya kat tempat yang sama... idak la exactly the same spot tapi area yang sama... ada eksiden gak. Situ memang selalu. Dah la kalau eksiden, jalan memang jem giler-giler sampai tak bergerak. Tekanan.
.
Jumaat lepas plak masa nak balik keje. Hujan lebat yang amat. Tapi aku kuar awal gak sebab nak menyinggah-nyinggah cuci mata. Masa nak kuar dari opis tu, nampak dah jalan naik air. Depan opis aku tu memang, asal hujan lebat je mula la 'banjir kilat'. Sebaik la berjaya gak kete aku yang comel tu meredah air. Hampir-hampir nak termati enjin.
.
Kete aku tu, my dear clk... walaupun kiut, boleh tahan mantap gak. Sayang amat! ;p

Tuesday, 11 October 2011

MERAWAK

1. Jadual sem ni pack sampai awal tahun depan. Err tapi ada hati nak plan 'cuti-cuti malaysia' edisi 2 yang asyik tertangguh. Tu blum masuk plan cuti-cuti keluarga plak. Baru balik bercuti lagi rasa nak bercuti je. ;p



.



2. Berharap sangat 'projek' berjalan lancar. Sebahagian besar nak buat sendiri, baru la rasa kepuasan kan. Tapi memandangkan masa yang begitu pantas bergerak, dah la aku ni memang jenis suka bertangguh... macam nak 'sub' je. Boleh??



.



3. Muka naik 'jerawat kecik-kecik' secara bermaharajalela. Aku syak ni gara-gara sapu 'skin therapy oil'. Pelik, sebelum ni pakai ok je.. ni tetiba je dah cam allergik plak. Adeh!



.



4. Minggu lepas tetiba ada pertukaran skop keje. Aku & kak A saling tukar keje. Seb baik aku dah buat keje kak A masa dia cuti maternity hari tu. Err gaji tak nak tukar sekali ke? Sama pun takpe asalkan lebih. Ekeke.



.



5. Makin sangap aku tengok blog ni. Idup segan mati tak mahu. Heh!.



.



6. Oh, dah boleh access blog balik tapi ada 'restriction' skit la. Blog yang ada banyak widget, konfem tak leh access. Eh, boleh access tapi ada 'nota chenta'. Double heh!



.



Ok abis dah lunch hour.. bokojo la kito sekueknyo!

Wednesday, 5 October 2011

Wednesday, 28 September 2011

CUTI-CUTI BANDUNG: DAY 3

Eh, day 2 belum abis... ada satu lagi tempat kitorang singgah.
.

~Kartika Sari...
.
~xtau awat muka gembira sangat... ;p
.
Day 3
.
Seawal pagi dah kuar. Misi sambung shopping kat Pasar Baru. Borong telekung, kain pasang, kain pelekat, batik lepas dan ole-ole. Sampai tinggal duit cukup-cukup untuk makan je. Ekeke. Gambar hari ketiga pun x banyak. 'Kusyuk' membeli-belah...
.
Tengahari tu makan kat food court kat situ je. Makan mihun baso &
minum jus alpukat. Tengok orang gi Bandung mesti duk pekena jus alpukat ni, tu yang nak gak merasa. Mula-mula risau gak kot-kot tak sedap sebab jus avokado kan. Bila rasa, not bad la...
.
Disebabkan duit dah susut, maka hari tu kitorang balik awal. Kul 4 lebih dah sampai hotel. Rehat-rehat sambil susun-susun barang skit... malam tu kuar balik. Jalan-jalan cuci mata kat sekitar hotel...
~Cihampelas Walk...
.

~ ni la hotel kitorang duduk... ok la takde la best sangat dan idak la teruk sangat...
selesa la untuk tido... cuma tu la, hari2 breakfast nasi goreng... sampai xleh nak masuk dah...
.

Day 4
.
Hari balik. Lepas minum [x makan sebab x lalu nak makan nasi goreng lagi], terus gi airport. Flight kul 12.30pm waktu indon. Lepas check in, mengabiskan masa duk lepak kat cafe-apa-ntah kat dalam tu. Seb baik flight tak delay. Perjalanan pun ok je cuma masa nak dekat sampai je 'menakutkan' skit. Huhu.
.
Sampai LCCT, amik bas ke KL Sentral. Dari KL Sentral baru amik teksi. Bajet bajet! Tapi tu la, jenuh mengangkut beg dari bas nak naik atas ke tempat teksi. Esoknya EL!

.
.
.
Tu la pengalaman cuti-cuti Bandung bajet aku. Insya-Allah kalau ada rezeki nak pergi lagi. Mana tau kot-kot ikut jejak Anne gi Bandung tiap-tiap tahun. ;)
.
.
ps: kena tune balik mood... minggu ni dah ada test & assignment... aiyark!

Monday, 26 September 2011

CUTI-CUTI BANDUNG: DAY 2

Hari kedua kitorang plan nak gi sightseeing. Duk fikir nak gi antara Kawah Putih atau Tangkuban Parahu. Sebelum pegi ada gak cari contact tour agensi kat sana. Tapi alang-alang hotel kitorang duduk pun ada sediakan perkhidmatan one day tour... so amik yang tu je, senang dan yang penting 'selamat'.
.
Disebabkan nak ke Kawah Putih amik masa dlm 3 jam... pegi balik dah 6 jam. Rasa rugi 'berjalan kat atas jalan raya' kan. So ke Tangkuban Parahu kita. Bekas gunung berapi yang dah tak aktif.
.
Layan gambar je la...

Sampai-sampai kat sini je ada 'photographer percuma' yang volunteer amik gambar kitorang... sepanjang jalan nak turun je Kawah Domas tu memang dia yang amik gambar... seb baik gambar cantik... suka!
.

Masa turun ni ramai giler ikut. Ingatkan baru nak belajar jadi tourist guide, rupanyaaaaa... peniaga!
.











~ni muka 'mengah'...
aku sampai cakap 'tak yah amik gambar dah, tak larat nak senyum'... ;p
.



Ole-ole dibeli di Tangkuban Parahu... harga 'asal' yang telah dimark up giler-giler sampai Rp600ribu tapi aku beli Rp150ribu. Aku tak tawar pun sebab ikutkan tak nak beli pun. Sudahnya peniaga tu sendiri turunkan harga. Tu pun beli sebab 'tak sampai hati' walaupun agak geram la jugak dengan 'strategi meniaga' diorang. Heh! Sebenarnya kat sini banyak giler kena 'ketuk'... tapi redha je la.
.
.
Lepas dari Tangkuban Parahu tu, kitorang singgah makan tengahari kat Kampung Daun.

~pisang keju...
.
~nasi campur sunda...
.

Pastu singgah gi Pasar Baru. Masa sampai tu banyak gak kedai nak start tutup. Sempat la beli sikit. Balik tu singgah Warteg [baca: Warung Tegar] tapau nasi... pastu terus balik. Tak larat dah. Kaki dah mula rasa sengal. Sakit semalam tak abis lagi, campur lagi sakit turun tangga kat Tangkuban Parahu. Sambil jalan sambil 'eksesais'. Heh!
.
End of day 2.
.
ps: auto-publish... opis aku dah block segala fb, yahoo, blog semua... isk!

Saturday, 24 September 2011

CUTI-CUTI BANDUNG: DAY 1

Alhamdulillah berjaya gak merealisasikan cuti-cuti Bandung ni. Hampir setahun tu beli tiket murah [baca: tiket free, bayar tax je]... percutian bajet! Err sampaikan kelas pertama untuk sem baru pun terpaksa ponteng. ;p
.
Dah la sebelum pegi tu tetiba plak boleh demam. Rasa cam tak larat sangat nak gi tapi seb baik hari nak pegi tu kebah skit. Redah je la. Gi berempat ngan kawan-kawan seopis. Kitorang naik flight malam... gara-gara book tiket dlm keadaan tergesa-gesa, tu la jadinya. Tiket asal kul 8.30pm pastu kunun diawalkan 7.15pm. Tapi sudahnya delay balik ke masa asal. Masa tu kan masih tak berapa sihat, 2 jam penerbangan rasa lama sungguh.
.
Sampai-sampai sana pihak hotel tak tunggu pun. Terpaksa la naik teksi. Awal-awal dah kena 'ketuk'. Sampai hotel, diorang bagitau kununnya transportation sampai kul 9pm je.
.
Day 1 (Ahad)
.
Hari pertama lepas breakfast, mula-mula nak gi Toko Tiga. Masa sampai tu belum bukak lagi, so terus melencong je Gedung Sate. Kat sini ala-ala Pasar Tani. Macam-macam ada.



Beberapa jam gak la kitorang pusing-pusing dan membeli kat sini. Sempat merasa Blackberry blended. Guna buah pure tu. Sedap bangat. Baru Rp7000. Berbaloi-baloi!
.
Dari Gedung Sate kitorang menapak ke Jalan Riau. Pemandu teksi tu la kata dekat je... tapiiiii 'lumayan bangat'! Masa otw tu, beli simkad Indon. Kat sini pun kena 'kencing'. Aku beli Rp15000 dalam dia ada Rp5000. Sekali jalan depan skit, kak A beli cuma Rp9000 je, dalam dia Rp5000 gak. Hampeh! Sebelum sampai Jalan Riau, singgah makan kat KFC. Masih belum terasa nak rasa makanan Bandung. Huhu.

Akhirnya sampai gak kat Jalan Riau. Kat sini ada banyak Factory Outlet. Tapi kitorang masuk 2 je. Dah tak larat nak pusing masuk banyak FO.

~FO Calamus.

~Heritage
.
Oh, masa nak keluar dari Heritage hujan pulak. So lama gak la lepak dalam tu. Lepas tu masuk mall depan Heritage tu. Tak ingat plak namanya. Pastu naik 'angkutan kota' ke Toko Tiga.
.
Kali pertama naik angkutan. Masa datang naik teksi tapi asyik kena 'ketuk' je, sudahnya naik angkutan lebih jimat. Err percutian bajet kan.. ahahaha!
.
Toko Tiga... tempat jual branded jeans & t-shirt. Aku tak beli apa pun kat sini. Jeans tak masuk dalam 'senarai beli'. Lepas Toko Tiga, terus cari angkutan dan balik hotel. Pergh, masa ni sengal betul. Angkutan tu turunkan kitorang jauh giler dari hotel. Tak pasal-pasal menapak jauh. Dah la dah gelap, campur plak hujan renyai. Penat giler. Rasa nak tercabut kaki masa tu. Punya penat sampai malam tu tak selera nak makan. Lepas mandi, ZZZZzzzzzz.