Day 3
Itinerary untuk hari ketiga kembali menarik. Lebih-lebih lagi kepada 'penggayat' macam aku. ;p
Sebelum tu, kita mulakan dengan tempat biasa-biasa je dulu. Pagi-pagi jangan eksesais jantung lelebih. Melawat HangWu Miao Village. Tengok perkampungan kat situ. Pastu ada persembahan skit. Ada la beberapa opismet yang kena tarik 'join' persembahan tu.
Rumah diorang ni banyak atas bukit atau kat lembah-lembah bukit. Bermula la ekspedisi naik turun tangga. Mengah weh. Tapi orang tua diorang nampak sihat-sihat. Yela, makanan mostly tanam sendiri. Duduk plak kat kawasan camni, takde pencemaran. Nyaman je.
Cuma yang tak nyaman tandasnya la. Tandas awam kat sesetengah tempat cam kat area sini horror betul. Aku memang menahan kencing je kat sini. Boleh kira bape kali je guna public toilet. Ada yang takde pintu pun ada. Bukan pintu luar yea, pintu setiap cubicle. Jangan tanya camne rupa tandas tu, aku dengar pun ngeri... so tak ingin nak masuk. Sape yang tak tahan sangat tu sila la sediakan payung yea kalau nak masuk tandas. Hahaha.
Lepas lunch [brunch sebenarnya... kul 11.30 kot dah makan] proceed gi Tianmen Mountain Scenic Area. Bermula la 'adventure'. Mula-mula kena naik cable car. Fuhhhh! Dah la ada certain part curam pastu jauh plak tu. Lebih 20 minit kot dalam cable car tu.
.
~ni baru starting point je...
.
.
~Tangan sebelah amik gambar, sebelah pegang kuat2... berpeluh weh! ;p
Dah sampai atas, masa untuk adventure yang lebih dasat. Glass walkway. Sebelum pergi dah
gugel dah tempat ni. Bila tengok gambar lagi-lagi gambar pembinaan [guna kayu je weh], memang serun dan rasa cam tak nak mengharungi walkway tu. Mau ketar lutut aku. Tapi kalau tak cuba, rugi pulak kan. Alang-alang dah sampai.

~kena sarung stoking ni kat luar kasut... sebab takde orang yang berani nak keje sebagai tukang bersihkan walkway tu...
~masing-masing melekat kat tepi... ehehe...
~komain senyum kan, padahalllll...
.
Eh tapi kan, aku rasa tahap kegayatan aku dah menurun la. Takde la rasa takut sangat kat sini. Siap boleh beranikan diri pandang bawah. Ada la seriau skit tapi tahap minimal je. Ada gak amik short video, nyesal plak tak amik lagi panjang.
.
~mampu bersila lagi... member aku tu seriau giler tak leh pandang bawah...
.
Dah sampai hujung rasa eh kejapnya dah sampai. Rasa nak repeat je. Ahahaha dah sampai yea la kan macam-macam boleh cakap. Ekeke.
Pastu naik cable car balik turun ke stesen pertama. Kat sini, kitorang naik shuttle bus pulak untuk naik area lain kat bukit tu. Lalu jalan bengkang-bengkok yang nampak dari cable car masa nak naik tadi. Dasat-dasat betul driver diorang. Jalan camtu pun boleh bawak laju. Seb baik takde yang muntah.

Kat sini katanya shoot cite Avatar. Kalau nak naik sampai atas tu, ada 999 anak tangga katanya. Dan ikut kepercayaan diorang, kat atas tu boleh la mintak hajat ke apa. Kitorang idak la naik sebab masa pun terhad. Panjat lebih 19 anak tangga je kot. Jadilah!
.
~roomate untuk trip ni...
.
Turun dari sini, naik cable car lagi. Sampai dah tak rasa takut dah naik cable car. Moralnya, lagi kau takut lagi kau kena cabar diri kau untuk overcome ketakutan kau tu. Pelan-pelan rasa takut tu akan hilang. Insya-Allah.
Pegi dinner pastu terus berkejaran nak tengok show. Dah la bas parking jauh, lepas makan berlari-larian nak ke tempat tu.
Tajuk persembahan adalah The Love Story of Woodman and Fairy Fox. Mula-mula bayangkan show ala-ala opera, mesti sangap giler. Tapi end up best gilerrrrrrrr. Dah la 1st time tengok live musical performance camtu, open teater plak tu. Walaupun lagu cina tapi merdu dan best sangat. Oh diorang ada sediakan English subtitle.
Enjoy sangat tengok show ni! Best giler-giler!