Semalam aku EL. Ni la bahana suka menangguh keje. Slalunya aku bayar yuran belajar [err bukan yuran je, semua loan pun] secara online. Dulu kat opis lama, bank sebelah opis je. Senang la skit. Masa lunch sempat gi setelkan urusan. Skang ni tak sempat, takkan la nak amik cuti semata-mata nak gi bank.
.
Sejak beberapa minggu lepas, aku cuba bayar yuran secara online tapi tak berjaya. Sudahnya hari Isnin [kelmarin] dah tamat tempoh pembayaran. Kalau lambat bayar, berdenda la. Itu takpe lagi, masalahnya nanti tak boleh nak daftar subjek untuk sem depan. Tu yang sudahnya terpaksa gak amik EL untuk selesaikan. Nak ikutkan boleh je amik cuti hari khamis, dah alang-alang lambat, biar lambat terus tapi hati tak tenang plak nak tangguhkan lagi. Dah la terlupa amik slip pembayaran kat SPACE, terpaksa la pegi Jalan Semarak. Malangnya hari tu ada pelancaran apa benda ntah, parking lot kena block... aku disuruh parking kat luar. Takde maknanya aku nak keluar dan menapak jauh-jauh, nak singgah kejap je bukan nak bertapa lama kat situ. Sakit hati je bila terdengar pakcik guard tu cakap "HALAU pelajar space keluar". Apakah???! Paling sakit hati bila ada orang sewa dewan untuk majlis kawen, diorang akan tutup kawasan parking untuk student dan utamakan orang luar. Memang la diorang sewa, tapi kitorang pun bayar yuran gak. At least, cakap la baik-baik skit. Heh!
.
Lepas dah setel urusan utama, masa banyak lagi. Ingatkan nak masuk opis half-day, tapi malas plak. Takpe la, this year baru sehari cuti. Sempat la gi klinik untuk follow up BP. Dah kembali ke paras 'borderline'. Mak bising sebab dia kata dia kena BP masa umur dah bape, aku MUDA lagi dah kena. Terpaksa la minum teh misai kucing pasni. Pastu gi klinik gigi plak tapi doktor plak tengah break. Malas nak tunggu. Nak singgah betulkan air-cond kete yang dah beberapa minggu rosak pun dah tak larat sebab cuaca panas sungguh.
.
Cuti tak berapa dimanfaatkan sepenuhnya. Masih ada urusan sampingan tertunggak. Errr yang penting urusan utama tu dah selesai.
.
.
ps: yang tak bestnya EL, kena tolak gaji... isk!

8 comments:
aik EL xleh tolak annual leave ke? apsal tolak gaji plak huhuhuhuuh
abih tu achik parking kete kat mana? dahlah kat situ susah nak cari parking. ade ke sewa dewan kat situ. dewan pelda merak kayangan sebelah je..
tak paham kenapa EL tolak gaji ?
online madang system failure jer
naper tak ambik MC jer.
kak masy ~ sbb reason utk EL x bape emergency..
SITI ~ saya parking kat padang bekas asrama blok M.. ada, sepanjang saya study ada la 3-4 majlis dah langsung kat situ.. err harga murah skit kot dari dewan felda tu..
wann ~ sbb x alasan x bape kukuh.. kalau betul2 emergency baru tolak cuti..
sejak akhir2 ni je.. sebelum ni ok..
penyu ~ sbb aku sihat walafiat..
unpaid leave la jawabnya...
nak jugak sentuh opis lama tuh... kikiki... :P
nak bajar wat molotop koktel? :P
kehelan ~ gitu la nampaknya..
pa'chik ~ dah mmg betul pun.. ekeke..
boleh gak.. hahaha.. ;p
Post a Comment