Friday, 19 February 2010

KIRI KE KANAN?

Hari tu terbaca entri ni. Sebelum ni aku ingatkan kalau kidal, right-brain dominant... vice versa. Rupanya ada gak yang bukan kidal tapi still right-brain dominant. Err aku bukan kidal. Tapi bila baca ciri-ciri, rasa cam right-brain dominant... but at the same time, rasa cam kiri je...
.
Dua tiga hari lepas baca entri tu, duk fikir nak buat kuiz untuk tahu otak aku dominant belah mana. Kebetulan hari ni baca blog Leeds, kat entri ni dia letak link ni. Terus buat kuiz tu.
.
Keputusannya...
.
Keputusan tu semestinya tak tepat 100% tapi mostly betul la aku rasa. Bukan apa, saja je buat test ni sebab nak tau aku dominant belah mana supaya aku dapat tahu mana kelebihan dan kekurangan aku. Boleh la perbaiki diri dengan mengoptimakan penggunaan otak. Slalukan malas nak fikir je kan. Heh!
.
Lagi pun aku mempunyai latar belakang keluarga [arwah tok wan, ayah kepada bapak aku] yang mengidap penyakit nyanyuk. Memang la penyakit ni tak boleh berjangkit atau diturunkan. Tapi bila dah ada yang penah mengidap, kena la jugak berhati-hati kan. Dah la aku ni masa kecik-kecik dulu slalu digelar 'mak nenek' dalam family. Sebab pelupa tahap kronik. Kalau simpan atau nyorokkan barang, mesti menggagau bila nak cari lepas tu. Seb baik la bila dah semakin dewasa [uhuk uhuk], penyakit pelupa tu dah berkurangan. Slalunya bila lupa, aku kena buat-buat tak tahu je benda tu, bagi tempoh bertenang, pastu baru boleh ingat balik...
.
Orang slalu fikir tua dan nyanyuk tu sinonim, normal la kalau dah tua jadi nyanyuk... tapi sebenarnya tak. [Baca artikel NI dan NI]. Sebab tu kena anggap nyanyuk ni penyakit. Bila anggap benda tu penyakit, maknanya benda tu boleh dicegah dari awal yang kalau dah kena tak semestinya boleh diubati sepenuhnya. Banyak benda boleh buat untuk cegah kan. Macam jaga pemakanan. Buat aktiviti yang memerlukan daya fikir cam main teka silang kata, sudoku, farmville, brain game... Slalunya kalau benda, makin kita gunakan makin cepat rosak kan. Tapi kalau otak, makin kita gunakan makin bagus. Kalau ditakdirkan jangka hayat kat muka bumi ni panjang, nak la jadi tua yang sihat dan tak nyanyuk kan. So achik, jangan malas nak berfikir lagi! ;p
.
Errr dah jadi cam artikel kesihatan yang membosankan la plak... ekeke...
.
Selamat berhujung minggu. Esok keje... sangap!
..

9 comments:

Pa'chik said...

err... kuiz nih... bergantung gak jujur tidak orang menjawab tuh... kikiki... :P

kadang tu... orang main jawab je... tak pasti sangat senarnya... ekekeke...

adie said...

Lagi pun aku mempunyai latar belakang keluarga [arwah tok wan, ayah kepada bapak aku] yang mengidap penyakit nyanyuk.

ooo... ok.skang aku dah paham dah naper kekadang ko ade tertinggal barang la, lupa hari la dan sbgnya.hehe

achik said...

pa'chik ~ hahaha.. betul2.. cuba buat balik kuiz tu, mesti result pastu x sama.. ekeke..

sebab tu la saya kata keputusan tu x tepat.. errr tapi dari analysis tu, ada gak yg betul.. ;p



penyu ~ cheh! ;p

khairyn said...

betul.. betul tu kena exercise otak. Tapi ada satu lagi petua yg diperturunkan tapi daku sangat jarang mengamalkannya.. (sungguh kurang sopan!)

Selalulah bangun malam solat sunat tahajjud dan solat sunat2 yg lain untuk mengelakkan nyanyuk :)

WRA said...

amalkan baca quran pun insyaAllah dapat elak nyanyuk...ada satu surah yg special, tak silap akak surah at-Tiin (seingat akak la, masa dengar ceramah ni masa tu akak baru berumur 16 tahun gitewww, masih ayuuu kekekeke)

cuba achik berkenal-kenalan dengan makcik2 yg selalu ada kat program kat kajang tu...depa semua pun memang agak luarbiasa dari segi kreativiti dan penggunaan otak mereka...seronok kekadang tu borak dengan mereka...

achik said...

kak khairyn ~ err saya lagi hampeh.. dulu2 kat asrama je slalu buat.. skang ni asyik lagha je.. adeh! nak kena belajar buat balik ni.. huhuhu.. :)


kak wear ~ segan nak berkenalan.. masa hari kesihatan tu kakak tu yg tegur saya dulu.. tiba2 boleh ngam plak.. hehehe.. oh2, masa buat kuiz tu, mmg tang kreativiti yg paling lemah.. saya lebih kpd logical & realistik.. ;p

Pa'chik said...

khair suka sangat bebenda kidal kidal nih... :P

lyza said...

cuba gak buat kuiz tu mcm sama aje % dgn achik..hehe

dulu dpt anak pertama sgt bersemangat baca/beli buku pasal brain ni dgn buat daily exercise sekali utk anak saya ada carta segala..memula joined group lepas tu buat sendiri..
ada beli buku yg diphotostat pun tak abis baca entah mana dah campak buku tu..

achik said...

pa'chik ~ dia kidal kan? pa'chik pun kan? orang kidal slalunya kreatif & pandai melukis.. cam ujang.. ;)


wann ~ sama? gimme fai.. hehehe..

parents skang ada byk pendedahan pasal parenting ni.. start dari mengandung dah buat macam2 kan.. tu yg anak2 zaman skang makin bijak.. :)

buku potostet x feel baca kot.. ;p