Thursday, 1 April 2010

APRIL TAK FOOL... ORANG YANG SAMBUT YANG FOOL!

Hari ni dah masuk bulan April... bakal 'dihantui' dengan angka 28... *hint* ;p
.

~gambar sumber gugel...
.
.
Sempena tu aku nak buat '28 random list'. Saja suka-suka!
.
1. Nak gi bercuti. Harap2 plan 'cuti edisi 2' berjaya!
2. Nak sambung belajar menjahit. Penah belajar dulu, nanti aku cite.
3. Nak belajar berenang. Dah jumpa kelas yang sesuai, tunggu 'seru' je nak pegi.
4. Nak naikkan pointer balik. Sem lepas jatuh gedebuk!
5. Tak sabarnya nak abis belajar. 16 paper=38 credits to go!
6. Nak exercise lebih dari sekali seminggu supaya cepat kurus lebih sihat.
7. Nak mandi air terjun. Lama giler tak piknik.
8. Nak ikut kampeni trip adik aku. Tak konfem lagi diorang gi mana tahun ni. *kena mula menabung*
9. Nak beli broadband. Maybe nak pakai Meksis balik atau Selkom.
10. Nak beli kamera baru.
.
.
Jenuh plak nak fikir sampai 28... err tukar jadi '2+8 random list' je la. List yang tak berapa random pun... tiba-tiba bertukar jadi senarai NAK la pulak.
.
------
Oh2 hari tu kak wan tanya resepi laksa lemak. Err saya ni kadang2 segan nak bagi resepi sebab saya suka masak ikut suka je. Kalau ngam ngan tekak saya, kira 'lulus' dah la... hahaha. Resepi laksa lemak tu sama je cam masak kuah laksa kedah cuma gantikan cili boh tu dengan santan. Hari tu saya masak 6 ekor ikan, guna satu kotak kecik santan segera. Ulam guna daun salad & kacang panjang yang dihiris halus2. Jangan lupa sambal belacan. <--tiba-tiba bahasakan diri saya, kunun 'cakap' ngan kak wan la... hehehe...
.
Ni resepi versi main taram je. Resepi ori kena tanya orang pantai timur la... hehehe. Pasni nak try masak kari laksa plak... camne la nak kurus camni?
.
.
ps: berangan nak bukak kedai makan... ;p

16 comments:

Pa'chik said...

kayuh la beskal tu seratus km sari.... :P

lyza said...

28..muda lagi.. ;p

laksa pakai ikan parang la sedappp utk mkn sendiri..hehe..buh daun kesom pun..

achik said...

pa'chik ~ nak kayuh 5km seminggu sekali pun jenuh.. ekeke..


kak lyza ~ ye, rasa cam baru 18.. hahaha..
x penah guna ikan parang.. slalu ikan kembung atau ikan sardin.. daun kesom wajib buh.. baru la sedap.. ;p

inna hayati said...

wah...layout dah lain. lama dah x berkunjung. hai achik :D

achik said...

inna ~ bukan layout je lain.. sebenarnya ni blog baru.. cuma remain url lama.. hehehe.. ;p

Pa'chik said...

meksis tipu gila ahhh... penting ke berukbeng tuh?? amek unifai lah...

achik said...

pa'chik ~ takde la penting sgt pun.. sesekali ada assignment je susah.. nak menggugel bahan utk dikopipes.. ;p

Pa'chik said...

wat keje kat umah ke kat tepi jalan??? baik amek unifai satus lima puluh....

WRA said...

laksa lemak dari kelantan ke achik? hehehe...

cuti-cuti nanti nak gi mana?

achik said...

pa'chik ~ hahahampeh.. berukband senang nak bawak gi mana2.. :)


kak wear ~ a'ah.. tapi saya punya versi org selangor la.. hehe..

xtau lagi.. plannya nak gi bercanda di tepi pantai.. ;p

tasekM said...

cik, selkom hok paling murah tu macam cilake jugak dia punya lambat... mmg berukbeng!~


.

Mak Su said...

angka 28? hhmmm, gapo tu?

nak mandi air terjun and trip? wow! macam best!

nicky said...

beb, kalo x dpt tempat, gi karok pun ok gak kot. hu3

achik said...

kak TM ~ oo yeke.. ni yg x jadi ni nak amik selkom ni.. huuu..


Mak Su ~ angka bertuah.. hehehe..
best kalau jadi.. harap2 jadi la.. :)


nick ~ aku ok je mana2 beb.. hari tu karok ko xde kan.. so boleh la 'ganti' balik.. hehe.. ;p

Masy said...

takmo resipi, nk makan je. hehe

e.i.s.r.a.a said...

Salam 'bertemu' kembali
Achik... selamat hari tua. ALLAH selamatkan kamu 3ribu kali.


Kullu sanah wa anti bil khair
=)