Monday, 31 May 2010

PIKNIK YANG BEST WALAUPUN BEREMPAT + SORANG JE

Awal tahun lepas kalau tak silap aku, kitorang 'bebudak' asrama cadang nak buat reunion sempena dah 10 tahun bebas tinggalkan asrama terchenta. Pastu diorang cadangkan nak buat ala2 'family day'. Yela ramai yang dah 'berfamily' kan, harus la fikir aktiviti yang boleh melibatkan semua orang. Sebab kitorang ni budak asrama Yayasan Selangor, maka semuanya duk area Selangor. Kalau ada pun cuma 2-3 orang je yang duk merantau ke deli luar selangor. Jadi aku fikir untuk permulaan baik cari tempat sekitar Selangor je, mudah untuk semua. Masa gugel, terjumpa la tempat perkelahan ni... Kalumpang. Tengok gambar dan review, menarik. Aku pun teruja. Tapi bila cadangkan, ada la yang kata tak best. So sudahnya cadangan tu mati kat situ je.
.
Pastu ada la 2-3 kali gak nak pegi ngan family, tapi kakak aku plak kata tempat tu keras la... adeh, sekali lagi terbantut! Dan 2-3 kali gak nak pegi ngan member pun tak jadi. Aku tercite kat opismet, tetiba dia plak dah pegi dulu lepas aku cite tu. Cis! Dan kebelakangan ni, ramai plak yang pegi Kalumpang tu. Bertambah la aku rasa nak pegi...
.
Akhirnya jumaat lepas aku pegi gak. Yeay! Err punya la panjang intro nak bagitau gi Kalumpang... hehehe. Seronok bangat!
.
Lepas dah siap semua makanan, bertolak dari rumah kul 8 lebih. Pastu gi amik member aku kat Damansara dan terus ke Kuang rumah Jiah. Bertolak dari rumah Jiah nak dekat kul 10 lebih, sampai Kalumpang dalam kul 11 lebih. Sampai-sampai, belum boleh check-in [oh lupa, kitorang tido kat sana semalam]. Cari port menarik, tukar baju, terus berendam... sejuk giler. Err tapi dalam sejuk-sejuk tu, sampai petang berendam. Mandi-mandi, makan.. makan-makan, mandi!




Member aku lagi best, siap bawak dapur kuali kecik semua. Lepas mandi, masak megi la jawabnya. Nikmat! Dah macam rumah kongsi aku rasa... hahaha. Tapi malam tu kitorang keluar cari nasi la... perut masuk angin weh satu hari tak jumpa nasi. ;p

Terasa kembali ke zaman asrama plak... reminisce the memories.

Masa aku book chalet tu, saja je pilih bilik untuk 8 orang. Yela, masa tu ingatkan ramai nak join tetiba tak jadi. Aku bayangkan bilik tu muat untuk 8 orang tapi takde katil. Sekali masuk bilik, ada 4 katil double-decker. Kitorang pilih bilik yang dekat dengan sungai, siap ada air cond tapi akhirnya malam tu kitorang off je air cond tu sebab bapak sejuk weh.

Nak ikutkan tempat ni sama je cam tempat perkelahan lain. Oleh kerana dah lama memang nak sangat pegi, tu yang teruja sangat. Overall ok la best. Memang la nak ikutkan tak yah tido pun takpe, tapi saja je la nak lepak situ lama skit. Err esoknya leh sambung mandi lagi... tak puas-puas. Lagi pun chaletnya murah je. Yang kitorang duk tu satu bilik RM150 je. Dah tu siap ada tv. Malam takde la sangap. Kalau chalet atas bukit lagi murah, RM70. Dah tu 2 tingkat tapi takde air cond la. Ala, tak payah aircond pun dah cukup sejuk. Eh, tetiba cam promot plak... ;p

.

ps: harap-harap plan cuti-cuti malaysia pasni berjalan lancar...

Thursday, 27 May 2010

ESOK NAK GI PIKNIKKKKK... YEAY!

.
Semalam lagi dah siap kemas baju, punya la eksited. Padahal bak kata emak, macam la nak pegi jauh sangat... takat 45 minit perjalanan je pun kecoh nak packing awal bagai. Tu blum nak gi berjalan jauh tu, mau sebulan awal dah packing. Hahaha, gedik! Errr bukan apa, malam ni nak prepare untuk makanan yang nak dibawa plak... pagi2 dah nak bertolak, kena la prepare awal-awal kan. Bersemangat weh nak berkuyup-kuyupan. ;p
..
Bayangkan la aku duk plan dari akhir bulan Mac lepas [sadis sungguh], duk drag-drag nak pilih tarikh yang sesuai... asyik je ada halangan. Sudahnya member aku kata "bala, dari ko duk suruh orang pilih tarikh.. baik ko set je satu tarikh, then sape nak pegi, pegi... sape tak boleh, sudah". Masalahnya kang aku pilih tarikh tetiba takde sape yang join lagi haru... huhuhu. Tapi akhirnya kitorang decide je la tarikh ni walaupun ikut perancangan asal sepatutnya cuti 3 hari ni gi cuti-cuti malaysia edisi kedua tapi err tangguhkan dulu. Nak jayakan untuk gi piknik pun 'berchenta' rasanya! Takpe, ada 7 bulan lagi sebelum 2010 berakhir.
.
Selamat bercuti...

Wednesday, 26 May 2010

TETIBA SEMANGAT NAK MEMBAKING PLAK

Masa bloghop tadi, terlanding plak kat satu blog ni yang bagi resepi roti. Dari blog beliau, terlanding lagi ke blog resepi yang lain. Perghhh, naik kenyang menengok macam-macam resepi. Errr aku suka tengok resepi dessert je... lauk pauk x masuk senarai. Yang paling best, bila jumpa blog yang bagi aneka resepi yang best tapi simple giler... apa lagi, salin tampal la... seb baik blog2 ni tak kedekut, boleh 'right click'. Siap boleh kopipes gambar. Aku ni suka je simpan resepi, tapi entah bila nak menerainya pun tak tau la. Kalau ada gambar, at least aku leh la imagine camne rupa resepi tu bila terbukak hati nak cuba.
.
Dah lama gak rasanya tak baking-membaking ni. Oven pun dah naik berabuk... ekeke. Bulan depan dah cuti sekolah, time ni la baru syok main baking-membaking dengan anak buah-buahan. Bersemangat nak terai macam-macam resepi ni. Abis la jahanam program DIE-T! Eleh, macam la penah diet pun... ehehehe. Camne la nak jadi tokei produk kesihatan camni... ;p
.
Teringin la nak gi kelas cupcakes atau kelas coklat. Stakat buat cupcake tu memang dah tau, tapi nak belajar buat deco. Nak ikutkan bukannya suka sangat makan pun sebab manis sangat tapi saja je nak belajar. Errr aku suka je nak belajar macam-macam walaupun sudahnya sekerat jalan. Mana tau tak dapat jadi tokei produk kesihatan, bleh jadi tokei cupcakes plak. Hahaha... berangan achik berangan! Takpe, berangan tak kena bayar... ekeke...
.
Nanti kalau dah terai akan ku tepek gambar dan resepi asal. Tungguuuuuuuu!
.
ps: errr dah lama tak update kat blog resepi pa'chik tu...

Monday, 24 May 2010

BILA DAH STOP SUSAH NAK START, BILA DAH START SUSAH NAK STOP

Macam biasa, ruh rajin membaca ni datang lepas abis peksa. Lepas dah stress study kena la cari bacaan santai plak kan. Lagi pun sebelum study slalunya kesuntukan masa. Alasan!
.
Saja je nak update pasal buku-buku yang sudah dan sedang dibaca lepas abis peksa hari tu. Tiru tok mudin. ;)
.
1. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain [hari tu nampak plak buku 'Iskandar adalah Zulkarnain'... terbitan PTS gak...]
.
2. Peribadi - HAMKA [baru baca separuh... padahal buku ni nipis je]
.
3. The Mediator : Twillight -Meg Cabbot [ala2 Ghost Whisperer]
.
4. The Summer of Secrets - Martina Reilly
.
5. The Tea House on Mulberry Street - Sharon Owens
..
6. The Spinster Sisters - Stacey Ballis [bukan typical spinster punya cite]
.
7. Lafaz-lafaz Cinta - [baru baca suku... konon nak baca kat Skudai tapi tak sempat dan sangap... sedikit bosan]
.
8. Life is an open secrets: You, Me and We - Zabrina [sedang baca.. beli masa kat Skudai... mula2 baca macam tak berapa suka cara penulisan tapi skang ni ok la... nasihat dlm cara santai]
.
.
Senarai ikut turutan mula baca. Yea, buku peribadi tu buku kedua aku baca tapi masih tak abis-abis. Bukan sebab bosan, bagi aku best je untuk dibaca tapi hold dulu sebab nak dulukan baca buku yang dipinjam. Oh2 buku ke-8 tu pun menerima nasib yang sama dengan buku peribadi. Walaupun nipis tapi masih tak abis-abis baca. Buku-buku yang lain walaupun tebal tapi sehari dua je dah boleh abis.
.
Hampir setengah tahun baru baca 8 buah buku. Isk isk, teruknya! Nak kena baca lebih banyak buku lagi ni. Rindunya zaman lepak kat library pekan Rawang dulu. Kan best kalau ada library yang ada buku-buku best dekat2 rumah aku. Errr aku kedek skit nak beli buku... ;p
.
.
ps: dah 24hb, baru 8 entri je bulan ni... x produktif sungguh... hahaha...

Saturday, 22 May 2010

SEMALAM

Semalam adalah super sangap. Kalau boleh nak balik sharp-sharp kul 5.30 tapi ada temujanji [eceh, padahal nak jumpa kejap amik barang je] dengan kak F. Terpaksa la lepak kejap kat opis supaya sampai ngam-ngam je kat rumah dia masa dia dah sampai. Tetiba ada plak opismet yang nak berkaraoke [err aku penah cite kan kat opis ni siap ada karaoke]. So join la tengok diorang nyanyi. Niat asal nak jadi penonton je walaupun gian je nak menyumbangkan suara yang sumbang sebab ai kan pemalu... ekeke... Pastu kak A ajak 'duet' ngan dia nyanyi lagu Hattan. Layan. Dah la sebelah tu ramai la plak gi gym. Tetiba orang-orang gym tu plak mengendeng sama. Sian orang yang book nak karok tu... baru sempat nyanyi satu lagu dah kena kacau...potong stim betul!
.
Pastu terus gi rumah kak F. Sekali lagi niat asal bertukar. Dari nak amik barang je terjoin dia pegi main badminton. Kebetulan memang aku ada bawak baju [sebenarnya dari rabu dah bawak kunun nak join yoga]. Sebelum main badminton, gi gym dulu. Dah la ada mamat-mamat hensem bodi ketak-ketak pun ada, dapat cuci mata dalam gym tu, rasa cam gi fitness first je. Segan gak tapi belasah je la. Yang bestnya, ada 'coach'. Tiba-tiba je datang kat aku hulur 2 dumbell 5kg. Bberpeluh giler weh. Slalu buat kat gym opis, pandai-pandai sendiri, kadang-kadang tak terasa pun. Bila balik, mesti rasa cam tak puas. Tak cukup berpeluh.
.
Dah hampir sejam kat gym tu baru main badminton. Sudahnya setengah jam aku dah balik. Hari ni kan keje, kang ada plak yang tak bangun. Haru je!
.
Pagi ni bangun badan terasa sakit-sakit tapi seronok! \(^_^)/

Thursday, 20 May 2010

CEMBURU TANDANYA SAYANG... SAYANG LA SANGAT!

Tadi dengar kat radio pasal cemburu buta [nampak sangat tak tau nak merapu apa... hehehe].
.
Dengar kisah benar dari pemanggil yang penah berdepan dengan orang yang cemburu buta ni [suami/boipren]. Ada setengah tu dia punya cemburu, sampaikan benda kecik pun abis si isteri/gepren tu kena belasah. Ada sorang ni sampai masuk ICU 3 hari. Perghhhh, giler ah! Memang la orang kata cemburu tandanya sayang tapi sayang ke kalau sanggup sakiti orang yang disayang? Huh!
.
Yang paling aku tak boleh terima kalau yang baru berlovey-dovey ni. Dah si boipren penah naik tangan pun masih nak tunggu... alasan sebab sayang. Alahai... kalau dah lebam-lebam tu sayang pebenda. Tu belum kawen dah berani, kalau dah kawen? Isk isk isk... Yela kalau yang dah kawen ni memang la kalau boleh bersabar akan cuba bersabar kan. Takkan la nak senang-senang bercerai berai. Tapi kalau dah tahap hari-hari makan sepak terajang, lebam birat macam kena dera, mau tunggu lagi kah?
.
Sebelum2 ni tak penah la 'berkawan' dengan orang yang cemburu buta. Ala semuanya takat kawan je belum tahap berlovey-dovey, takdenya nak cemburu-cemburu ni. Cuma ada sorang je la, bila aku melawak aku nak keluar dengan orang lain nanti dia jawab "keluar la tapi esok baca paper mamat tu dijumpai dlm longkang". Ye2 aku tau dia melawak tapi tanda-tanda cemburu gak tu kan... uish! [edited: err sebelum bertambah spekulasi liar, tu semua cite dulu.. skang xde apa2 dah.. S&A... ekeke..]
.
Cinta Itu Ketawa Dan Airmata - Lestari
.
Ketawa dan airmata
Itu sebenarnya cinta
Kalau kau sedih pasti ku rasa
Begitu sebaliknya
.
Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangiku
Baru kau takut kehilanganku
Begitu juga aku
.
Ku juga suka bila kau curiga
Itu mengajarku erti setia
Apa pun sikapmu aku terima
Asalkan ada kebaikan
Walaupun sering kau ku tinggalkan
Itu tiada bermakna
Kau ku abaikan
.
Memang sesekali sikapmu
Membuat aku jemu
Hingga kau takku pedulikan
Untuk menyedarkan
.
Belum pernah ada cinta
Di dalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia
Tanpa air mata...
.
.
.
Kadangkala benda-benda camni menakutkan aku... tawakal je la!

Monday, 17 May 2010

SESUATU

Penyakit tak tau nak update apa datang semula. Semalam 2-3 kali gak cuba duk merapu tapi sudahnya taip-taip padam. Hilang punca jap... heh!

.

~bayangan gurauan depan lif... ;p
.
.
Beberapa kejadian yang berlaku minggu lepas membuatkan aku bersemangat untuk buat sesuatu dan menjadi sesuatu supaya aku dapat dan sentiasa dapat melakukan sesuatu untuk diri sendiri dan orang lain... errr sesuatu sungguh!
.
.
ps: oh2 takde kena mengena pasal nak kurus... nak kurus pebenda, baru lepas makan mc chicken.. 395 + 359 + 200++= 954++ kcal... ngantukssss!

Friday, 14 May 2010

MERAPU DI PETANG JUMAAT

1. Skang ni boleh kata semua tengah demam badminton... gi mana-mana blog atau status FB ada je cite pasal badminton. Sejak balik dari skudai belum berkesempatan main badminton lagi. Asal petang je hujan, tak pun angin menderu2... aku kan main kat 'halaman' opis je.
.
2. Kelmarin masa hantar barang kat kak F, aku dah bagitau dia pasal hajat hati nak kaya harga tu. Mula-mula aku plan nak reka cite nape aku tak boleh bagi ex-opismet harga yang aku dah bagi tu tapi aku ni tak berapa pandai nak 'kencing' orang. So bagitau je la benda sebenar. Dia rasa sedikit bersalah dan aku pun sama. Hari ni dia order lagi untuk ex-opismet tu. Pastu aku saja le 'test' tanya dia nak kira camne. Huhuhu.
.
3. Ada orang kan, jenis sayang nak bagi sesuatu benda kat orang. Bila benda tu dah nak tak elok, baru sibuk nak bagi. Boleh plak guna alasan terlupa padahal sangat tak lojik ok. Kalau dah tak elok tu, buang je la. Tak payah la kunun baik hati nak bagi orang. Heh!
.
4. Untuk kesekian kalinya, plan awal-awal mesti tak jadi. Baru je plan 12/6 - 13/6 nak gi cuti-cuti ngan family. Tup-tup mak ndak tepon bagitau nak buat kenduri arwah wan. Bercuti kat kampung je la. Lama gak dah tak balik kampung.
.
5. Baru-baru ni jumpa blog salah sorang crime partner aku dulu. Membaca blog dia membuat aku rasa sangat 'kecil' dan betapa aku ni terlalu 'keAKUan'. Isk! Tapi kan, bukan la aku tak amik tau langsung apa2 benda yang berlaku, cuma aku malas nak 'ulas' je...
.
.
ps: seharian ni pening kepala hotak aku gara-gara terlebih sembur minyak wangi.

Wednesday, 12 May 2010

ADA POTENSI

Semalam aku baru sedar aku ada 'bakat terpendam' rupanya... tapi sengal!
.
Mulanya kelmarin aku singgah rumah kak F nak amik baju kurung [kain yg beli kat ganu dulu.. punya la lama baru hantar] yang aku tempah kat jiran dia... Isnin kan hari aku 'mengamalkan gaya hidup sihat'... jadinya dari cuma nak drop by amik baju, jadi sesi borak pasal nak kurus kesihatan. Pastu dia 'tercerita' pasal ex-opismet bukan anak bos... anak bos kurus yang amik produk kesihatan. Dan aku 'tercerita' yang aku pun penah amik produk tu dan jadi ahli dan boleh dapat harga murah.
.
Masa tu tak terfikir nak 'jual barang' pun sebab aku dah lama tak beli produk tu [bukan sebab tak berkesan tapi errr anggap je la aku saja suka bagi alasan]. Tapi aku sekadar nak 'tolong' kak F tu kalau dia berminat, aku boleh je belikan dengan harga diskaun dan tanpa amik untung langsung. Tolong kawan-kawan...
.
Tup-tup esoknya [semalam], dia YM aku dan order 6 sekaligus... dan rupanya tu bukan untuk dia tapi untuk ex-opismet aku. Dia pun 'tercerita' kat opismet pasal harga diskaun aku. Cis, kalau aku tau... aku amik untung skit. Takde la, ngan kak F tu ye la kawan... yang ex-opismet tu bukan 'kawan', sekadar colleague je... dan dia golongan orang kaya, so takde la 'rasa bersalah' nak amik untung dari dia. Ni memang 'jimat' sungguh dia beli dengan harga yang aku dapat. Patut buta-buta je aku dah dapat untung serat++... cis cis, takde bakat sungguh nak jadi kapitalis... ;p
.
Mula-mula kak F tu order untuk ex-opismet tu je... pastu dia duk tanya-tanya aku pasal produk tu, terus dia pun terjebak order... mula-mula satu barang, pastu tambah satu lagi, sudahnya amik satu set terus... See see, aku ada 'bakat terpendam' rupanya. Baru sedar... ekeke...
.
Lepas dah konfem semua order [total rm1k], aku pun deal ngan 'upline' aku. Abis la, dah masuk mode MLM. Dia akan uruskan order dan pos kepada aku. Masalahnya boleh dapat hari Isnin minggu depan. Cam lambat la plak... tengah bersemangat ni mesti la kalau boleh nak barang cepat kan. So aku pun tanya boleh tak dia direct beli dan hantar personally kepada aku, kitorang jumpa la kat mana-mana. Seb baik la aku ni slalu dapat 'upline' yang baik, so dia akan jumpa aku tengahari ni. Yeay, 'kuasa memujuk' telah berjaya dipraktikkan...
..
Err ni bukan nak promot barang tapi nak cite pasal bakat terpendam je yea tapi kalau nak beli boleh gak... YM ai yea... ekeke...
.
Gambar takde kena mengena... hasil pembelian di jalan TAR ahad lepas...
.

~errr idak la semuanya aku punya... ;p

.

ps: tak abis ganti lagi... haih!

Monday, 10 May 2010

CUTI YANG BUKAN CUTI

Betul la yang kak Siti 'teka', aku bepergian selama seminggu ke Skudai buat makmal...
.
Macam tahun2 sebelumnya, sampai2 je mesti berdepan dengan masalah penginapan. Semua pejabat asrama tutup masa kitorang sampai. Jenuh duk pusing cari asrama tetengah panas tu. Sebelum ni kitorang tanya boleh tak booking awal, kata tak boleh... takut tak available... sekali skang ni kena buat surat rasmi la plak... hampeh betul! Tapi seb baik la berjaya 'menyelit' sewa kat blok yang sama dengan member yang buat ada surat... lega!


~ni la asrama yang aku duk selama seminggu...
nampak 'usang & scary' plak dalam gambar ni kan... patut la tak lena tido...
.
.
Ada 5 subjek punya lab... elektronik, mesin asas, perhubungan asas, kawalan 2 & kuasa asas... 14 lab nak kena hadap... satu lab 3 jam... tapi seb baik la pensyarah & tech yang jaga lab tu semuanya baik2 belaka... bukan macam tahun lepas...
.
~'berselirat wayar kepala' duk ngadap benda alah ni dari pagi ke malam...
.

~tangan gebu sape la tu ek... ;)

.

Jadual kali ni sengal skit. Group aku terkena abis jumaat petang. Group lain kebanyakkan dah abis pagi jumaat, ada yang khamis malam lagi dah abis. Yang kitorang ni punya la 'skema' duk follow je jadual... sebab nak tukar2 melibatkan banyak lab... sudahnya terpaksa redha je la abis jumaat petang.

Dah la jumaat tu start lambat. Slalunya 2-5pm, jumaat kena 2.30-5.30pm. Kul 2.15pm dah tercongok depan lab, sekali lecturer & tech tak sampai2. Risau je kot diorang ingat semua dah abis. Sadis je bila group kitorang je tinggal. Tapi ok la sebab ada satu group je kan, 'tumpuan' kat kitorang je la. Lecturer tu pun tegur, 'ni masing2 pun nampak tak bersemangat... badan je kat sini hati dah melayang kat rumah'... betul2! Walaupun aku cuma nak balik ke 'pangkuan' emak je, tetap rindu kat my home sweet home... err camne la nak 'merantau' camni??? Baru seminggu dah rindu. Buat labnya kejap je, yang buat lambat tu nak menyiapkan report tu je sampai hampi2 nak tersentap ngan kak I... huuuu... balik tu plak boleh plak 'tersesat' nak kembali ke pangkal jalan cari jalan ke highway... aku dah nak masuk jalan yang betul, yang diorang suh straight... sudahnya terlajak dan puas la meronda skudai di waktu petang orang nak balik keje... nak cepat bertambah lambat... haih!

Errr gambar2 ni semua aku cilok dari FB kak I, dia je rajin snap... aku tengah bzjadi model tambahan main sambung2 cucuk wayar... next year kena bawak kamera la... tahun akhir buat lab kan... ;p

.

ps: tahun akhir buat lab je... blum tahun akhir lagi... huwaaaa tak sabarnya nak abis!

Thursday, 6 May 2010

SANGAP SEB BAIK TAK BENGAP

Sangap giler.. Jenuh rasanya nak mengabiskan seminggu kat sini.. Tanpa tv, tanpa tenet.. 'Lost' kejap!

Seb baik so far takde kejadian yg menyakitkan hati.. Esok, petang baru abis.. Adeh!

Slalunya aku la manusia yg plg x byk songeh bab tido ni.. Letak je kepala, layan berangan sepam dua.. dah boleh lena. Ni apa barang dah masuk 4 malam masih x boleh nak tido lena.. Asyik duk gelisah pusing sana pusing sini.. Malam tadi plg teruk sampai mata pun dah bengkak.. Huhu..

Next year ada sekali lagi.. Haih!