~nak dekat exit Ayer Keroh...
.
Ingatkan nak ronda-ronda Melaka. Lama giler jalan-jalan kat sekitar bandar Melaka tu. Sesekali gi Taman Mini, Zoo Melaka, A'famosa... ala gi tempat-tempat cam masa rombongan zaman sekolah dulu pun syok gak kan. Hehehe. Rumah kakak aku tu dekat giler [tak sampai 10 minit] dari Taman Mini tu tapi tak penah pun pegi bila dah besar ni. Last pegi masa form 3 dulu la, perghhhh berzaman giler. Tapi tak pegi pun sebab sampai pun dah nak kul 4. Sudahnya malam tu cuma pegi Mydin kat MITC tu je. Bila lalu kat MITC tu tetiba teringat kat kak Tasek Merah plak. Kalau ada nombor boleh gak calling-calling jumpa ke. Errr sila jangan percaya statement ni. Tipu je!
Tido semalam kat sana, pagi ahad bertolak balik KL. Masa on the way nak balik tu, tak ingat kat mana... tiba-tiba jalan jem. Dari jauh dah nampak asap berkepul-kepul dan api marak. Rupanya ada kereta terbakar. Agaknya takde air kot. Memang hangus terbakar. Aku dah siap-siap keluar hp nak snap gambar [paparazi tak bergaji], tetiba hp kong plak. Pastu sampai dekat mana ntah, jumpa lagi satu eksiden. Kereta ngan motor kot. Nampak ada sorang dah terbaring kat lane kedua tu. Huhuhu.
Sampai KL awal lagi, sebelum balik rumah terus melencong singgah KLCC. Bawak diorang jenjalan kat taman tu. Yang ni lagi sadis. Nama je tiap-tiap kali cuti sekolah balik KL tapi tak penah bawak anak-anak buah aku gi jenjalan sana. Yela hari keje memang takde maknanya la kan nak bawak. Pastu bila hujung minggu je ada je agenda lain, balik kampung la itu ini. So weekdays memang duk rumah je la. Sian betul. Hehehe. Tu yang dah alang-alang sampai awal, terus bawak. Tapi masa kitorang sampai sana dalam kul 12 lebih. Panas terik ang ang punya. Lepak kejap je. Anak buah aku dah aim je nak mandi kat kolam tu tapi tak dapek. Siap ajak nak datang belah malam pulak. Ekeke...

6 comments:
selmt bercuti sekolah buat mak mak sedare :)
kete terbakar bukan pasal takde air lah... tapi pasal ada api... :P
mak su ~ hehehe..
selamat bercuti sekolah utk anak2 mak su.. :D
pa'chik ~ hahahampeh.. ;p
alamak xde rejeki plak akak nk tgk kete terbakau huhuhuuu
selamat bercoti. pada budak skolah la hahaha
sekali sekala ke melaka mmg sonok
Yang bestnya cuti sekolah ni, jalan tak jem! ;p.
Post a Comment