Pagi rabu minggu lepas Along aku sampai dari Kedah. Masa nak pegi keje tu, dia suh aku amik cuti hari jumaat. Tapi sebab kena apply 3 hari lebih awal, so aku tunda ke hari Isnin. Ingatkan nak ronda-ronda kl je la since sabtu ahad dah mengabiskan masa kat kampung kan.
.Tup-tup dia menyebut nak gi Kalumpang. Terpedaya dengan cite dongeng aku tentang ke'best'an aku piknik kat sana hari tu. Makanya agenda pun berubah.
.
Hari ahad tu tido semalam kat rumah kakak aku kat Kuang. Malam tu duk siapkan bekal makanan nak dibawa. 3 hari sesi makan tak hengat. Aku buat dadih dan siap-siap rebus pasta malam tu. Esoknya aku tinggal goreng je dan buat sandwich. Yang lain, emak ngan kakak aku yang masak.
n.
Dalam kul 8.30 pagi dah bergerak. Pegi 3 buah kete. Orang sibuk kuar pagi nak gi keje, kitorang nak gi piknik. Hehehe. Perjalanan terasa jauh. Sebab lalu highway kan, nampak pokok je. Bosan. Dalam hati risau gak kalau sampai sana, diorang rasa tak best. Buat penat je gi sampai Tanjung Malim semata-mata nak mandi sungai. Dah la anak buah aku asyik duk tanya bila nak sampai. Slalu piknik dekat-dekat je kan. Yang ni terasa jauh.
.
Tapi seb baik la sampai sana, semua seronok. Masing-masing dah lama tak piknik. Kali ni tak masuk dalam area Kalumpang Resort tu. Cam tak berbaloi plak nak bayar RM5/sorang untuk mandi sungai. Pegi dah 22 orang. Baik mandi kat tempat free je. *taik idung masin* ;p
..
Lagi pun kat resort tu ada family day. Mesti ramai orang. Kat tempat kitorang mandi tu, mula-mula ada 2 family je.. pastu makin lama makin ramai...
.
~nampak je tenang tapi boleh tahan deras je arus kat certain area...
.
Kat belah atas skit tu ada la kawasan batu-batu yang air deras... ala-ala jakuzi... syok urut badan. Bahagian tengah tu nampak lapang. Anak buah aku kata, ada satu bahagian tu dalam giler. Adik aku pun tenggelam. Aku tak berapa nak percaya sebab masa dia mandi kat sana, nampak cam paras pinggang je. Kat situ ada batu besar, syok kalau main terjun tiruk.
.
Pastu aku pun gatal-gatal la nak mandi kat sana. Dari batu tu, ala-ala menggelongsor skit... tiba-tiba je terus tenggelam abis. Cuak jugak dibuatnya. Mujur la arus deras tu tolak aku ke kawasan rendah. Merasa la 'lemas' dalam 10 saat. Seb baik gak kawasan yang dalam tu skit je [nampak hijau je kat situ]. Bahaya gak. Dah la masa aku tenggelam tu macam takde sape pun perasan. Menakutkan sungguh! Err tapi pastu elok je sambung mandi balik... ;p
.
Sebelum tu kawan kakak aku pesan suh jaga-jaga 'air datang'. Kalau sungai ni kan, yang bahayanya tu la. Kadang-kadang air tu nampak je tenang, tapi boleh tahan gak arus dia.
.
Nak dekat kul 12 baru berenti mandi. Sampai kuang hampir kul 2. Lepak-lepak rehat jap, kul 4 lebih bertolak balik KL. Anak kakak aku yang Melaka [umur setahun 3 bulan] tu muka konpius je dalam kete. Tak sudah-sudah duk dalam kete je. Dari KL-Kuala Selangor-Kuang-Kalumpang-Kuang-KL. Sedikit penat tapi seronok..
.
ps: melepas nak puasa 1 Rejab...




9 comments:
ko asik gi cutiiiiiiiiii je cik....
aku asik kerjaaaaaaaaaa je...
aku jeles. he he.
.
air takat lutut tu pun cuak?? hek elehhh... :P
kak pB sudah maliiiiii
kak TM ~ manade asik bercuti je.. ni baru sekali apply cuti utk 'bercuti'.. ;p
pa'chik ~ hahahampeh.. yg gambar tu mmg la paras tu.. tempat jatuh tu je yang dalam.. ;p
kak pB ~ lama menyepiiiii.. ;)
cambest je eh? akak pon da lama x piknik (eh mcm tipu plak hahahahaha)
byk nye batu tak boleh main diving2 nih..
iker kecundang smlm..huhu
kak masy ~ best best.. air sejuk giler.. :D
kak lyza ~ a'ah byk batu kat area tu.. kalau dlm resort tu, kurang skit..
huhuhu.. apa la iker, 1st game dah bolos.. seb baik x tgk, kalau tak mesti geram..
waduh! bestnye tengok diorang mandi manda. jeles lah plak.
tapi kan citer ko lemas 10 saat tu cam poyo lah plak.bak kata pakcik,air takat lutut tu pun cuak??
hehe..
penyu ~ best bangat.. rasa x puas..
hahahampeh.. err aku kan drama queen.. ekeke..
Post a Comment