Thursday, 3 June 2010

FOTOGENIK KE FOTOGEDIK?

Aiseh, mak su telah mengetag daku untuk contest fotogenik anjuran blog ni. Err disebabkan aku tak penah pun baca blog beliau sebelum ni makanya tak yah la masuk contest... lagi pun aku bukannya fotogenik... tapi oleh kerana aku sedikit rajin curi tulang walaupun ada je keje, layan je la tag ni... sesekali gedik tepek gambar... jangan mareee... ekeke...
.
Ada orang memang jenis fotogenik, ada yang tak. Sape yang fotogenik memang tak rugi la bergambar. Lagi-lagi masa zaman kodak dulu. Tapi seb baik la skang ni zaman digital kan. Gambar tak cantik je, delete. Macam aku kata tadi aku bukan fotogenik. Ada gambar yang aku perasan aku nampak lawa [muntah darah], ada gambar yang hampeh rasa nak hapuskan gambar tu secepat mungkin. Kalau gambar kat kamera sendiri takpe la, buatnya gambar tu kat kamera orang lain pastu dia upload kat FB dan tag. Oh tidakkkkkk!
.
Kadang-kadang untuk hasilkan gambar fotogenik, camera trick pun penting... kena pandai adjust angle & pencahayaan. Eceh, ayat macam la ada skil hebat nak amik gambar. Padahal guna kamera atau henpon cap ayam je... ekeke. Ala yang penting, gambar jadi okay dan berjaya mengkaver segala double chin... ;p
.
Dua gambar yang lulus untuk tatapan umum.
.

~au natural... terserlah eyebag dan kedutan bawah mata... isk!
.


~eyebag masih kelihatan walaupun muka dah hampir cam tepung gomak...
gambar masa annual dinner lepas...

Bila melawa walaupun takde la jadi lawa pun cuma tutup la skit jerawat kat muka tu sedikit sebanyak level of confident tu naik skit. Tapi tu bukan la bermaksud yang bila aku tak mekap, aku tak konfiden atau level of confident tu rendah ke apa. Cuma bila mekap tu, extra confident la... kununnya!

Dulu kalau gi shopping mall selamba badak je pakai tshirt dan jeans. Skang pun masih camtu. Cuma sesekali bila gi shopping mall yang cambest skit baru la melawa. Dan melawa dalam konteks aku tak perlu la sampai ko nak buat smokey eyes atau pakai blusher sampai muka cam kena penampar... sekadar secalit nipis lipstick dan eye liner/celak je dah cukup... kalau extra rajin dan gedik, pakai maskara. Baru la seronok nak masuk kedai yang cambest skit walaupun takde niat nak beli pun. Ni kalau selebet sangat, nak masuk kedai pun segan. Masa bebudak dulu lain la...

Uish, cik bala bercerita pasal mekap. Kagum kagum. Aku pun tak sedar aku dah bertukar menjadi 'perempuan' rupanya. Dulu kan tomboy... errr nanti aku scan gambar zaman hensem tomboy dulu... ;p

Eh, apa aku merepek pasal mekap ni. Padahal tag ni pasal gambar fotogenik sebenarnya. Ke laut sungguh!

11 comments:

nicky said...

sila upload gambar tomboy ko ittew okies. hak3

sbb tu la ak lbh suke amek gmbr org lain. sbb ak x potogenik. ahaks XD

lyza said...

phewittt..!

achik kalau kena teknik make-up yg betul pasti jambuss.. jgn lupa concealer..tak tau pakai tanya pa'chik..dia terel..kahkahkah

Mak Su said...

hehehe, thanks achik, so sporting :)

fotogenit, fotogedik, fotogenik... hanya kita sendiri yang tahu...hihihi

p/s: achik is so sweet

adie said...

yg mana satu gambar ko? sebab dua² tu cam org yg berlainan jer.hehe..

WRA said...

achik kena touch up sikit jer, pasti dah menyerlah, sbb memang semulajadi sweet.
Seperti yang akak cakap itu hari, kalau kita sedikit berpenampilan, banyak benda yang kita boleh dapat sebenarnya. Yang paling best, minyak kereta memang orang sentiasa berebut nak tolong isikan hahahaha

Pa'chik said...

dabel chin ni kira chinchin la kan... :P
marah orang jepun nih... :P

Masy said...

comelnye budak kecik ni :) ha pastu segan takde idong nk jmpe akak. hahahhahahha

achik said...

nicky ~ hehehe.. kalau jumpa la.. x byk gambar masa tomboy.. dulu camera shy.. ekeke..


kak lyza ~ bukan jambusss tapi jambu batu.. ekeke.. kalau nak mekap bebetul, byk giler benda nak kena tepek.. x rajin.. ;p


mak su ~ bab2 tag ni saya sporting je.. hehehe..
makasih.. :)


penyubiru ~ hahahaha.. err dua2 bukan aku.. ;p


kak wear ~ kena gi kelas grooming ni.. hehehe..
tu la kan.. bukan nak mekap cam muka cam merak, berpenampilan lebih skit je pun orang dah notice.. :)


pa'chik ~ chinchin.. hehhee.. err nape plak orang jepun nak marah? *blur*


kak baby ~ tu camera trick je kak.. luar lagi 'comel'.. ahahaha.. ;p

WRA said...

achik, chinchin tu bahasa carut orang Jepun...cewah, akak la pulak tau uhuk uhuk....
dulu kawan ngan orang Jepun sekejap, itu tau tu haha

Anonymous said...

Fantastic web site, I hadn't noticed balakashadawina.blogspot.com previously in my searches!
Carry on the superb work!

Anonymous said...

Great post, I am almost 100% in agreement with you