Hujung minggu lepas rasa cam tak berhenti-henti memandu. Dari satu destinasi ke satu destinasi lain. Seb baik la dekat-dekat je.
.
Perjalanan bermula dari hari jumaat. Lepas je balik keje, duk rilek-rilek kejap... kul 8 lebih baru bertolak balik kampung dengan Uda, anak-anak dia ngan adik aku. Baertolak awal-awal kang pun mesti jalan jem. Emak dah bertolak balik petang tu dengan Along. Sampai sana lebih kurang kul 10 lebih sebab terkapar-kapar jem kat Kapar. Ada pasar malam.
.
Esoknya ada kenduri arwah. Semua adik beradik aku ada. Kalau ada kenduri ke apa, slalunya memang kitorang je la pun yang akan memenuhkan rumah tu. Tapi kali ni, mak teh ngan adik sepupu aku pun ada... extra meriah.
~anak-anak buah seronok jumpa sepupu... sakan main.
.
~comei je tengok si kenit 2 orang ni...
.
~gotong royong cuci ayam dan kopek udang... aku x masuk port ni, aku amik tender goreng ayam ngan cuci pinggan je... ;p
. 
.
Menu kali ni, sambal udang, masak lemak nangka, ayam goreng berempah, ikan masin, kuih talam keladi [aku yang request] & kuih seri muka.
.
Ahad plak, kebetulan ulangtahun hari lahir pakcik aku. Dah alang-alang ramai berkumpul, buat la skit acara makan-makan [lagi]. Dah tu sambut sekali hari lahir untuk 4 orang anak buah aku yang besdaynya bulan Jun. Pagi tu aku dah kena bawak 2 orang makcik aku gi Tesco Kuala Selangor. Masak macam nak buat kenduri lagi. Haih, camne la nak kurus camni.
.
Abis acara makan2, bertolak gi Kuang pulak. Dah sampai sana, gi bawak 2 orang kakak aku plak gi klinik. 2 orang kenit tu plak dedau. Aiseh, dah la esoknya ada plan lain... rosak la program kalau dua2 tak sihat. Balik klinik, singgah pasaraya Econsave plak... asyik la jadi supir, memandu ke hulu hilir. Tapi aku suka je bab jalan-jalan ni. Ehe.
.
Isnin aku cuti. Ada program lain. Last minute plan.
.
Err esok je la sambung.

7 comments:
Byknyer acara achik oi...
mana gambar kawen nye weh?? :P
maksu selalu amik part cuci pinggan, tak suka berkumpul ngan ramai2 pempuan, pempuan banyak mulut (yang ja'at) :(
kak siti ~ tu la.. padat 3 hari tu.. ;)
pa'chik ~ sape pulak yg kawen? errr gambar kawen deen ada kat dia.. ;p
mak su ~ saya pun x suka.. saya suka buat keje lone ranger.. :D
terkapar kapar kat kapar? tu area rumah ak tu. awat ko tak lalu short cut beb. pekan kapar time hari jumaat, mmg menduga kesabaran pemandu2. he3
nick ~ aku x berapa tau jalan short cut.. kang sesat barai plak.. malam2 x nampak dowh.. tu la, banyak benor traffic lightnya.. ;p
tu baru traffic light. blm lagi pemandu yg memandu cam cipan bara. ahaks XD. da jln dlm, lalu tok muda kuar dkt2 sg. serdang, xpyh tempuh traffic light byk2.
Post a Comment