Semalam aku MC. Tak berapa sihat. Apa daa, baru puasa deret 3 hari dah demam. Hahaha takde la bukan sebab puasa... cuaca skang kan panas, dah tu aku kurang minum air kosong lepas berbuka... err lagi pun dah lama gak aku tak sakit... last MC 3 bulan lepas... err ni MC kedua tahun ni.
.
Berbalik kepada tajuk di atas, semalam lepas aku solat isya' aku merajinkan diri mengaji [ni bukan sebab nak bagitau aku mengaji, tapi relevan dengan cerita]. Dari bilik aku tu, kiblat membelakangkan tingkap. Tengah duk mengaji tu, tetiba aku dengar bunyi tingkap diketuk. Mulanya aku abaikan je bunyi tu. Tapi bunyi tu makin kuat dan kerap. Seriau sungguh masa tu. Makin aku kuatkan bacaan, makin kuat pulak ketukan tu. Aku cuba elakkan fikir yang bukan-bukan. Nak sedapkan hati, aku fikir kot la tu bunyi cermin bergoyang sebab kipas. Err tapi selama ni tak pernah berbunyi plak. Masa tu nak toleh pun cuak.
.
Bila dah abis, aku pun pandang cermin dan tingkap tu. Nak tengok dari mana bunyi tu datang. Tapi tiba-tiba bunyi tu dah berhenti. Aku tunggu la kejap, masih takde. Ish! Terus aku keluar dari bilik dan duk depan. Dan-dan rasa nak tido dengan emak je.
.
Err sebenarnya bunyi tu sebab angin kuat. Tapi serius aku tak rasa cam bunyi disebabkan angin kuat cam biasa, memang cam bunyi orang ketuk tingkap. Pelik camne semalam tiba-tiba bleh rasa takut sangat. Tapi takut-takut tu, aku tetap tido bilik sendiri. Slalunya aku biarkan langsir tersimpul, cuma malam tadi aku turunkan... cermin pun kaver ngan kain. Err tapi lampu tetap tutup la. Tak bleh la tido dalam keadaan terang.

5 comments:
mlm jumaat lak tuuuuu
hah? uuuuuuuuu
eeeiiiii... seram! hehe
err... senarnya memang antu pun... malam nanti dia datang lagi.. :P
kak pB ~ tu la pasallll..
mak su ~ hihihiiiiiii..
mek ~ seram sejuk.. terus tido selubung.. ;p
pa'chik ~ hahahampeh..
Post a Comment