Semalam kak F tanya aku pasal kursus untuk buka taska [via YM]. Aku pun cuba tolong gugel info mengenai diploma pendidikan awal kanak-kanak. Dia kata nak amik kursus tu sebagai back-up plan sebab kebelakangan ni kampeni dia takde projek. Kampeni kak F ni dulu sewa beberapa ruang opis kat kampeni lama aku. Bos dia dan bos lama aku kawan sekolah. Cuma baru beberapa bulan ni je dia pindah tempat lain kat damansara.
,.
Tapi tiba-tiba petangnya dia tanya aku pasal keje kosong plak. Tanya punya tanya, rupanya bos dia baru je bagitau nak tutup bisnes dah. Mula-mula aku ingatkan mungkin bos dia tengah consider nak tutup, tapi rupanya dah konfem dan last bulan Ogos ni. Terkejut aku. Ye la, diorang pun baru pindah. Kalau dari mula dia dah consider nak tutup, buat apa nak pindah at the fisrt place kan. Tempat baru kurang 'fengshui' kot. Isk!
Tapi tiba-tiba petangnya dia tanya aku pasal keje kosong plak. Tanya punya tanya, rupanya bos dia baru je bagitau nak tutup bisnes dah. Mula-mula aku ingatkan mungkin bos dia tengah consider nak tutup, tapi rupanya dah konfem dan last bulan Ogos ni. Terkejut aku. Ye la, diorang pun baru pindah. Kalau dari mula dia dah consider nak tutup, buat apa nak pindah at the fisrt place kan. Tempat baru kurang 'fengshui' kot. Isk!
.
Simpati sangat dengan kak F. Dah la dia baru je keluar kereta baru. Memang tak sangka benda tu nak datang. Kampeni dia sebelum ni boleh kata stabil la gak. Dia dah bekerja dengan kampeni tu lebih 12 tahun... infact dia tak pernah keje kat tempat lain sebelum ni. It's a bit hard to start all over again after a very long period.
.

Benda ni buat aku rasa sedikit cuak dan fikir camne la kalau benda yang sama berlaku pada aku. Memang la tau skit sebanyak mengenai krisis ekonomi dunia. Dan sebelum ni pun ada jugak dua orang kawan aku yang kena VSS. Tapi diorang keje tak sama line ngan aku. Sorang maintenance dan sorang lagi manufacturing. Manufacturing memang yang paling cepat la kena kesan bila berlakunya recession ni. Kak F sama bidang walaupun lain cabang tapi backgroundnya tetap sama, construction. Sebenarnya tak kira la sama bidang ke tak sama, benda ni boleh je berlaku kat sesiapa je. And it's harder if we can't see it's coming.
...
...
Don't get too comfortable. Sebab bila dah selesa, kita mula malas nak cari pengalaman kat tempat lain. Dah terbiasa cara keje kat tempat tu, dah terbiasa persekitaran, dah terbiasa dengan rutin. Lompat kapal bukan sekadar nak dapat kenaikan gaji tapi yang penting belajar benda baru. Kadang-kadang benda ni ikut rezeki gak, ada yang ingatkan lompat kapal yang lebih baik, tapi jadi terbalik... kuar mulut rimau, masuk mulut buaya!
.
Kalau boleh memang la kita tak nak termasuk dalam statistik yang diberhentikan keje akibat krisis ekonomi tapi benda kalau nak jadi, tetap akan jadi. Baik beringat sebelum terkena. Ada satu artikel yang aku baca, kita sepatutnya kena ada emergency saving [at least 3 month expenses... untuk tampung sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum dapat keje baru], kena ada side income, buat back-up plan untuk long term.
.Reality check. Errr aku pun takde ketiga-tiga tu. Emergency saving ada la ciput x sampai 3 bulan gaji pun... huhuhu. Side income, nak kena start mlm secara serius kot. Back up plan, banyak je tapi not really a proper back-up plan... lebih kepada angan-angan mat jenin je. Huhuhu. Pasni mungkin boleh start buat sesuatu.
.
Harap-harap kak F dapat keje baru secepat mungkin. Insya-Allah.

10 comments:
sy pun hrp yg begitu utk kak f... saya doakan rezeki dia moga murah selalu.
12 tahun? aduh! camne kompeni tu bleh tutup. tapi tentu dia dpat pampasan kan.
biler baca entri ni aku bersyukur sebab keje dalam kompeni badan berkanun walaupun gaji kecik.
kak pB dengan kompeni ni dah 17 tahunnnnnnnnnnnn
TUJUH BELAS tuuuuuuuuu
kawan ko seme nama satu hurup je kan... :P
yg psl kena ada saving 3 bulan tu akak pun penah dgr,bkn artikel,tp dlm rancangan Oprah.
achik,akak pun cam achik gak ni..bab keje nih, mmg cuak pk..
harap Allah mudahkan jalan...
pun takde semua backup2 tu
matiklah akak xde bekap, mekap ade la huhuhuhuhuh
Apa nama sebenar kak F? ;p.
mak su ~ aminn.. mudah2an camtu la.. :)
penyubiru ~ dah xde job, nak bayar gaji, expenses lain lagi.. agaknya dia fikir baik dia tutup dari terus rugi.. huhuh..
tu la at least ko secure skit kan.. :)
kak pB ~ perghhhh.. lama tu.. tp kalau dah kampeni yg sgt stabil, kurang skit risiko kot.. :)
pa'chik ~ hahaha.. saja x nak buh nama sebenar.. ;p
kak luna ~ saya pun ada tgk rancangan oprah yg pasal tu.. suze orman tu kan.. artikel pun saya saya ada baca..
mudah2an xde la kena tempias recession ni.. insya-Allah..
kehelan ~ sama2 la kita mula buat backup tu.. :)
kak masy ~ saya pun xde kak.. huhuhu.. sama2 la kita mula buat backup.. err cari laki kaya ok tak? ekeke.. ;p
ad3ck ~ wahsia.. ;p
Post a Comment