Minggu ni tiap-tiap hari aku balik rumah lambat. Tak, bukan sebab keje banyak. Tapi tetiba plak ada je agenda sampingan.
.
Isnin pegi gym... misi mengamalkan gaya hidup sihat masih diteruskan. Selasa pegi melawat opismet yang baru bersalin... sesat barat mencari rumah sebab salah masuk lorong je... tapi berjaya gak jumpa... sampai rumah dah nak kul 10. Rabunya melawat sorang lagi opismet yang baru bersalin gak... seb baik yang ni dekat je ngan opis.
.
Semalam plak senamrobik & berpoco-poco [lupa plak malam jumaat... orang baca yasin ko duk berpoco-poco... tapi kul 7 lebih skit dah abis]... dah bawak baju tapi tetiba malas nak tukar... pastu ingat nak tengok je tapi end up terjebak sama... seb baik pakai seluar.
. 
Memang saja tutup lampu sebab kalau bukak lampu masing-masing segan dan asyik duk gelak-gelak je. Errr sebenarnya ni pes taim buat aktiviti senamrobik kat opis. Takde instructor pun. Cuma berpandukan vcd senamrobik yang opismet bawak.
. 
~Girls only... take 5 sebelum continue poco-poco... ;p
.
Buat kat 'dancing room'. Err nama je dancing room tapi tak penah ada aktiviti dancing pun. Sebelum ni hanya digunakan untuk karaoke dan yoga [yang ni ada instructor]. Skang ni tambah satu lagi aktiviti, senamrobik. Kira multipurpose room la.
Setelah 2 tahun bekerja kat sini, akhirnya baru la aku boleh 'masuk' dengan opismet yang lain. Tang keje ok je boleh get along cuma nak together-gether buat aktiviti lepas keje tu yang payah skit. Aku kan bab bersosial ni slow skit. Better late than never. Heh!
.
Petang ni ada satu lagi aktiviti yang aku dah tinggalkan hampir 11 tahun. Perghhh! Tak tau la masih terer reti main lagi ke tak. Tak sabar nak tunjuk skill! Tetiba rasa cam berada dalam zaman kegemilangan masa aktif dulu. Ada harapan la nak kurus balik cam dulu ni... hahaha berangan tak hengat!
.
.
Tapi kan, aku rasa cam payah skit je nak kurus. Tengahari free lunch, kul 3 lebih ada minum petang. Camno? ;p


8 comments:
wow! free lunch! kalu sy pun tak akan kurus2nya!
masa maksu keja kat dayabumi, ada kelas erobik, cikgunya punya ler cun meletops... tpi setakat tu je lah... bila dah berenti, tak continue pun, huhuhu
apepon semoga berjaya laa kecik! hehehe
kehelan ~ dah la skang ni siap bgtau menu utk seminggu siap ngan gambar.. rasa rugi kalau skip lunch.. ekeke.. ;p
mak su ~ sonok kan join senamrobik ni.. :)
kak masy ~ makasih.. harap2 berjaya la menjadi kecik.. ekeke.. ;p
pergh, camni ak nk gi lunch kat opis ko jer la. boleh? ahaks.
ko mkn tym lunch jer, bekfest n dinner xyah.
tapi daku mmg sgt jaki dgn kemurahan opis ko. ish!!!
ko joging la gi kerja... :P
hehehe...teruskan...teruskan...
nick ~ meh la..
byk benefit kat opis aku ni.. tu yg sangap2 pun bertahan je la sementara ni.. ;p
pa'chik ~ hahaha.. mau tak sampai.. pitam sekerat jalan.. ;p
kak wear ~ hehehe.. harap2 dpt teruskan.. jgn sekerat jalan udah la ek.. ekeke.. ;)
Post a Comment