Monday, 5 July 2010

SEKEJAPAN

Hujung minggu lepas sepatutnya nak balik kampung... tiba-tiba rancangan telah bertukar plak. Ada acara makan-makan sempena harijadi anak buah aku. Err sebenarnya besday dia hari ni, saja buat awal sehari...
.
~dah 11 tahun... next year dah kena buat IC..
.

Rindunya masa diorang umur 3-4 tahun. Kalau tengok gambar lama, alalalala comelnya la masing-masing. Ni lagi beberapa tahun lagi, dah menginjak ke alam remaja pulak. Sekejapan je la diorang ni dah membesar... ah, klise tak klise tapi itu realiti!
.
Tapi realiti zaman sekarang sangat-sangat menakutkan. Semalam baca kat suratkhabar, ada budak umur 11 tahun dah pregnant... isk! Sepatutnya, baya-baya tu masih ralit main getah, galah panjang, atau apa saja permainan yang sepatutnya budak 11 tahun suka main. Bukan 'main permainan' yang tidak sepatutnya yang boleh menyebabkan mengandung. Alahai!
.
Mintak dijauhkan anak-anak buah aku dari terjebak benda-benda camtu. Skang ni aku lebih prefer tengok dia 'buat muka' bila berebut nak main video game dengan adik-adik dia. Hepi besday Ika. :)

4 comments:

Siti said...

tulah achik, bimbang skrg ni. tambah lg nak ngajar bende 'tu' kat sekolah pulak dah. sape lah yg syorkan yek? rase cam nak sula je org tu.

penyelesaian masalah yg salah, yg
bakal menghasilkan masalah baru.

kerja gile!!!!!

Pa'chik said...

permainan yang tidak sepatutnya tu pekebenda?

achik said...

kak siti ~ itu la.. dulu xyah ajar bende 'tu' pun idak la teruk sgt camni.. dah terlalu byk 'ajaran' tu yg menjadi2 tu.. huhuhu..


pa'chik ~ errrr enntah.. ;p

Masy said...

bermain2 dgn alat kencing ni mmg laaa tak patut di usia dorg dan juga usia kita klu tak kawen lg. hehehe

11 tahun pon dah pandai eh? kita dulu 11 tahun dok tgk Gaban lg. hahahhha

apepon, epy bday ika! akak pon rindu jaman anak2 buah akak time baby. skrg sume pakat2 lg tinggi dr akak. hehehe