Tuesday, 27 July 2010

SEMALAM

Semalam agak kebizian. Tiba-tiba kena buat benda yang ditinggalkan selama 2 tahun... duk kira kuantiti light fittings. Akibatnya pedih mata duk mengadap drawing tu. Tu la yang aku duk buat selama 3 tahun lebih kat opis lama dulu. Seb baik tak rabun. Makan banyak karet. ;p
.
Bulan April lepas kan kitorang kena amik darah untuk check kesihatan. Daripada result tu, ada sesetengah orang yang perlu sahaja telah dijadualkan untuk diberi Hepatitis B Vaccination jab. Dan aku termasuk la dari sesetengah orang tu. Err tapi boleh kata semua orang melayu pun kena... cinun je tak ramai kena. Diorang memang dah amik awal-awal kot. So lepas lunch semalam kitorang kena cucuk sekali lagi. Ala, tak sakit pun. Tapi kan bangun pagi ni baru terasa sakit. Balik tu lupa nak tuam. Dan yang teruknya, tiba-tiba rasa cam nak demam plak. Isk!
.
Berjaya tingkatkan level treadmill. Kalau sebelum ni takat jalan laju [5mph], semalam berjaya berlari pada 6mph. Berlari tu kejap je la. Kena naikkan skit-skit. Tu pun nak tercabut gak kaki dibuatnya. Teringat mula-mula dulu, takat berjalan pada kadar 2mph je. Tu pun bercinta nak abiskan satu round. Tahap ketahanan pun semakin baik. Berjaya cycling selama setengah jam tanpa henti. Clap clap!
.
Nanti nak buat body analysis la... cheh, macam la dah banyak perubahan pun... ;p

8 comments:

lyza said...

clap clap jugak.. ;)

Pa'chik said...

err... berape menet lari?? :P

Masy said...

clap clap! ajak la akak gi gym tu.. huhuh`~

WRA said...

meh buat body analysis ngan akak...akak ada mesin dia...sendiri punya...

achik said...

kak lyza ~ tq.. hehehe.. ;)


pa'chik ~ err ada la beberapa minit.. ;p


kak masy ~ meh la dtg opis saya.. :D


kak wear ~ wah, dah ada sendiri.. nanti la kak.. kalau dah ada perubahan byk skit baru berani nak buat body analysis tu.. ;p

Mak Su said...

tahniah! maksu baru ada cita2 nak join gym, tapi bila fikir tang fee, selalu terkalah. huhuhu

Siti said...

waa...achik, tak lama lg langsing la u....

keep it up!

achik said...

mak su ~ saya ni nasib je opis ada sediakan.. kalau nak gi sendiri, xde maknanya kot.. hehehe..


kak siti ~ hahaharapnyacamtula.. ekeke.. ;p