Hari tu kekaguman bila tengok MasterChef. Walaupun cuma tukang masak amatur, tapi skill perghh macam pro. Dah la yang menang tu peserta paling muda. Hebat sungguh!
.
Skang ni extra-extra kagum bila tengok Junior MasterChef Australia. Seawal 8 tahun dah boleh masak mengalahkan tukang masak profesional. Bukan setakat buat sandwich yea, this is real cooking job i tell u. Dah la kena sediakan dalam masa 45 minit. Dengan ramai orang tengok. Urghhh, i can't stand that kind of pressure. Aku ni masak biasa-biasa pun tak suka orang tengok. Dan kalau kena buat sesuatu untuk dinilai, mula la gelabah. Benda yang biasa buat pun boleh lupa gamaknya. Agaknya kalau kena masak semata-mata nak impress seseorang, mau hangus! Hahaha.
.
Kang tak pasal ada yang nanyikan lagu exist... ekeke...
"Oh goreng lempeng lempengnya hangusOh goreng lempeng lempengnya hancusOh goreng lempeng lempengnya haus"
.
Bagus kan awal-awal lagi dah didedahkan dengan kemahiran memasak. Umur 8-12 tahun tapi dah menguasai skill dan teknik tertentu. Aku dulu umur camtu sekadar tolong kopek bawang, kopek ikan bilis, potong keledek buat inti karipap... err tu je la kot. Masak pun takat masak nasi. Tu pun penah beberapa kali hangus. Masa tu tak guna electric rice cooker lagi.
.
Aku bertambah kagum bila ada di antaranya dah tau apa yang diorang nak buat. Ada sorang ni baru umur 12 tapi dah target nak bukak restoran bila umur 18. Fuh! Aku umur 12 tahun cuma fokus pada upsr kot. ;p
.
Ada banyak lagi benda yang orang lain buat, walaupun nampak simple, tapi mampu buat aku kagum. Masih tercari-cari sesuatu yang mampu mengagumkan diri sendiri. Isk!

10 comments:
skang ni ko buat kek, hangus lagi ke? ekeke..
umo 8 tahun sibuk main getah lg hehehehheheh
judge nye gedek2 belaka ek. tapi tak berapa seronok, judge terlalu 'nice'. takde pressure.
8 tahun, main masak2 pakai pasir. takde wawasan langsung.
susah hapanya masak nihhhh... :P
penyu ~ tolong skit, mana penah aku buat kek hangus yea.. err bantut penah la.. ekeke.. tp skang tidak lagi.. ;p
kak masy ~ tu la pasal.. x pun main masak2 guna daun.. ;)
kak lyza ~ takkan nak garang cam gordon ramsay ata joe tu kot.. mau nanges budak2 tu.. hehe..
tu la pasal.. ;p
pa'chik ~ masak mmg senang.. nak masak yg sedap bangat dan presentable dlm masa 45 minit tu yg susah.. ;p
jangan la gi masak dodol kalau nak siap lam 45menet.... :P
ada je benda yang leh buat cepat... pilih je la yang tuh...
pa'chik ~ cheh..
err tp slalu pun boleh je masak 2-3 jenis lauk dlm 45 min tu.. tp kalau suh masuk pertandingan, kompem xleh.. ;p
achik,
diorang ni cepat matang....
p/s: anon tu pakcik ke?
kak siti ~ cepat matang sebab cara pendekatan yg berbeza kot..
a'ah.. ;)
mksu bljr msk slps kawin, dan masih belajar lagi dan lagi, suka tgk rancangan masakan, nak dapatkan inspirasi
Post a Comment