Baru je semalam duk sebut tak sabar nak tunggu dua perkara. Tetiba dah pun dapat tahu kedua-duanya hari ni. Yang pertama dapat tahu pagi tadi. Yang kedua baru je sekejapan tahu.
.
Satu yang pertama berkaitan dengan keje. Err lebih tepat sekali, bonus 'akhir tahun 2010'. Hehe. Berita gembira jadi kenyataan. Alhamdulillah. Harapnya 'surat chenta' yang bakal menyusul akan memberikan kegembiraan berganda.
.
Satu yang kedua berkaitan dengan study. Tunggu nama penyelia projek. Buat masa ni tak tau nak rasa apa. Lega kot. Sekurang-kurangnya penyelia adalah pensyarah yang aku kenal dan pernah emel kat beliau untuk komplen pasal pensyarah lain yang kerek masa jaga makmal... harap-harap dia tak ingat la pasal tu lagi.
..
Keje & study. Dua-dua ada target yang ingin dicapai. Orang kata kita perlu aim high. Tapi skang ni aku dah tak berapa berani nak letakkan harapan terlalu tinggi. Takut kecewa. Lebih baik aku sasarkan yang sederhana. Tinggi tak tinggi. Rendah tak rendah. Dan bila apa yang diperolehi tu melebihi dari apa yang diharap. Terasa lebih manis dan sangat-sangat bersyukur.
.
Selepas dapat apa yang ditunggu bukan bermakna dah berakhir. Malah baru je bermula. Satu yang pertama, nak tingkatkan prestasi keje dan kurangkan mencuri masa. Ecewah, mentang-mentang baru dapat bonus, dan-dan je tukar mode jadi pekeje cemerlang, gemilang, terbilang... ekeke.. [psttt walaupun slalu 'multitasking' tapi ai score full mark utk produktiviti yu]. Dan untuk satu yang kedua, harap semuanya berjalan lancar dan score. Errr masih tak tau nak buat tajuk apa. Adeh!

10 comments:
belanja pijja satup... :P
nasib maksu dan paksu di tahun 2010 adalah 'kurang bernasib baik', 'kena mainnnkan sahaja'
huhhuhu
dpt berapa bulan?
pa'chik ~ bleh.. meh la dtg kl.. ;p
mak su ~ harap2 2011 ni nasib maksuk sekeluarga akan lebih baik.. moga kedai online maju.. insya-Allah.. :)
kehelan ~ err lebih dari sebulan.. ;)
bones ko dapat bulan? matahari tak dapat? :P
lebih dr sebulan..wah.. tahniah2 :)
pa'chik ~ cheh.. ;p
anne ~ alhamdulillah.. :D
mekasih achik... pekata hulur2kan kt sini sket.. dpt sepinggan kenny rojes pon bole gak ni hehe
nanti saya naik kl blaje k.. ;p
kak masy ~ hahaha..
bleh, meh la datang ioi.. hehe..
kak lyza ~ ok bleh je.. ;)
Post a Comment