Friday, 25 February 2011

AURA

Hari ni dah sedikit 'sejuk'. So entri 'panas meluap' semalam tu simpan buat pekasam je la. Tak boleh letak lama-lama, mengundang aura negatif. Heh!
.
Tapi masih diselubungi aura negatif. Skang ni diserang panik pulak. Isk!
.
Bengang. Panik. Stress. Down. Bersilih ganti. Dah macam kitaran.
.
Letih sungguh!
.
ps: sangat perlukan aura positif...

Tuesday, 22 February 2011

KESIBUKAN MELANDA

.
Agak bengang dengan opismet yang suka duk perap keje sebelum pass kat aku. Nak buat pekasam dulu apa? Bagi last minute pastu nak cepat. Aku tak kisah kalau benda tu memang dia pun baru dapat. Masalahnya terkantoi bila dia bagitau aku benda tu leceh, 'i dah buat 2 minggu pun tak siap2'. DUA MINGGU??? Pandainya... ko dah mula buat part ko 2 minggu lepas baru skang ko bagitau part aku. Kang duk kata M&E lambat. Padahal lambat dapat info. Haih!

Friday, 18 February 2011

KASHAF SILAP MAJLIS

Minggu lepas bukan main lagi beriya mengupdate blog setiap hari. Kecuali ahad. Tup-tup hari ni dah jumaat tapi ini baru entri kedua. Err itu pun kalau entri kelmarin tu boleh dikira. Ayat sebaris macam tulis status kat dinding mukabuku je.

.

-----

.

Ingatkan nak cite pasal cite Kashaf Imani yang ditonton semalam. Tak jadi la. Oh2 masa tengah tengok tu sempat gugel pasal hero cite tu, Beto Kusyairi. ;)

.

Berjalan-jalan di blog lain. Terbaca entri menarik tentang silap dan gagal. Rasa yang sama. Betapa kita ni dari dulu diajar supaya meletakkan expectation tinggi tapi kita tak diajar macam mana nak handle situasi bila kita tak capai expectation tu. Terpaksa belajar sendiri melalui cara susah, berdasarkan pengalaman sendiri. Memang senang nak suruh redha tapi susah nak betul-betul redha seredha-redhanya. Tu yang memanjang down sampai adakalanya mempersoalkan takdir. Isk!

.

Kawan baik masa sekolah rendah jemput ke majlis cukur rambut anak sedara dia. Rasa nak pergi sebab nak sangat jumpa dia. Tapi malu! Tapi aku jawab je maybe. Mana tau terbuka hati terberanikan diri pergi jugak. Walaupun kebarangkalian untuk tak pergi lebih tinggi. Haih!

.

Tak, Kashaf tak silap majlis... ;p

Wednesday, 16 February 2011

EH, DAH RABU?

Rasa macam isnin sebab hari ni baru mula keje untuk minggu ni.

Saturday, 12 February 2011

SATURDAY COOKS

Pagi tadi tengah siap-siap bahan untuk masak tetiba emak kata tak yah masak. Tapi nasi putih dah masak. Makanya kita masak nasi goreng je la... sonang!
.

.

.
Sebenarnya ada motif lain siap amik gambar ni. Bersemangat nak tolong buat menu bergambar untuk gerai kakak aku. Mula-mula ingat nak cilok je dari gugel tapi lepas tu rasa macam tak best plak. So gigih la masak dan amik gambar. Siap guna pinggan gerai. Hehehe.
.
Baru dua. Ni entah bila pulak la nak siap agaknya?
.
Errr sejak kebelakangan ni banyak pulak gambar makanan kat sini kan... ;p

Friday, 11 February 2011

MUHASABAH DIRI

Kenapa ek walaupun dah tahu benda tu tak elok tapi masih jugak nak buat? Saja mencari penyakit? Err macam penyakit procastinate yang semakin kronik. Tu namanya penyakit buatan sendiri. Duk tangguh-tangguh pastu duk bising tak cukup masa, kunun masa cepat sangat berlalu. Takde maknanya penyakit tu nak sembuh setakat suh orang berdoa kalau diri sendiri tak cukup kuat berusaha. Tahu tapi buat jugak. Haih!
.
Aku rasa ada banyak benda yang aku nak buat tapi aku tak pernah cukup kuat berusaha untuk menjayakan benda tu. Contohnya nak belajar berenang dan gi kelas baking. Dah berjaya cari kelas paling dekat dengan harga berpatutan, tinggal nak book tempat dan pegi je. Tapi disebabkan tak cukup berusaha cari masa, ditambah pulak dengan penyakit utama suka menangguh berserta alasan-alasan remeh yang lain, sudahnya satu apa pun tak jadi. Huhuhu.

~reasons of procastination habits...

.
Ada banyak lagi penyakit kronik yang perlu diubati. Penyakit malas. Penyakit susah nak fokus. Penyakit malu tak bertempat. Penyakit takut. And the list goes on. Perlu berusaha cukup kuat untuk menyembuhkan penyakit-penyakit tersebut.
.
Errr sebenarnya aku tengah panik sebab banyak benda yang patut aku buat tapi aku tak buat. Tu yang buat entri ala-ala muhasabah diri. Heh!
.
ps: mungkin kena mula buat 'daily to do list'.

Thursday, 10 February 2011

PENYAKIT KRONIK

Penyakit procastinate masih belum dapat diubati.
Doakan aku cepat sembuh. Heh!
.
.
.
ps: percubaan mengupdate setiap hari macam pa'chik... ;p

Wednesday, 9 February 2011

Tuesday, 8 February 2011

TERJUMPA, TERBACA & TERKEJUT

Hari tu duk ngadap FB. Tetiba terjumpa beberapa blog member seasrama. Aku ada tulis kat wall pasal ni. Masa tu cuma terfikir samada diorang kisah ke kalau aku jumpa blog diorang. Yela ada sesetengah orang [baca: aku] agak kisah. Errr sebelum ni penah gak terjumpa blog beberapa yang lain jugak tapi dah terang-terang diorang buh link blog diorang kat FB atau emel, maknanya memang tak kisah la kan kalau orang baca. Eh, yang ni pun aku dapat link dari FB diorang tapi dengan sengaja cari bukan terjumpa. Tetiba jumpa satu, jumpa lagi dua. ;p
.
Ingatkan nak drop a comment kunun surprise aku dah jumpa blog ko. Sekali haha surprise diorang dah jumpa blog aku dulu. Sangat terkujat bila tengok kat blog list diorang ada terselit link blog aku yang lama dan yang skang.
.
Uish, sejak bila kena skodeng ni?
.
Aku ingatkan cuma Nick yang tahu kewujudan blog aku... err dan Nadia yang penah singgah sekali dan komen kat sini 3 tahun lepas... dan jugak Nina yang singgah sekali masa aku duk tayang si baldu biru yang aku cilok resepi dari dia tapi tu aku yang memang sengaja tinggalkan jejak. Ingatkan tu je. Rupanya ada yang lain. Hohoho. *lambai tangan kat Rosni, Hasni & Dila*
..
Sebelum ni memang kalau boleh tak nak sesiapa yang aku kenal secara realiti jumpa aku kat dunia maya yang ni. Sebab kat sini aku kan kuat merapu. Hehehe. Segan la plak. Tapi rasanya skang ni aku tak berapa kisah kot. Mungkin bagus gak kan. Satu lagi medium mudah untuk saling mengikuti perkembangan. Kat FB aku kureng skit sebab tak dapat merapu panjang-panjang. Masih blogger tegar.
.
ps: kalau ada sape lagi yang kenal aku secara realiti dan terbaca blog ni sila mengaku... ;)

Monday, 7 February 2011

AKTIVITI CUTI

Mesti ramai yang amik kesempatan cuti panjang dengan gi bercuti-cuti atau pun balik kampung. Aku? Balik kampung gak, tapi dah kampungnya dekat je kalau nak balik setiap minggu pun boleh, so idak la merasa keseronokan cam orang lain yang balik kampung jauh-jauh. Tu pun balik kampung sekejap je, tak tido sana pun.
.
Pastu dua hari melepak kat Kuang. Kakak aku baru bukak gerai makan depan rumah dia. So tolong tengok mengajar anak dia yang sulung masak masakan panas cam mee goreng, keuw teow ladna, nasi goreng macam2... sebab dia yang akan tolong jaga gerai tu sementara tunggu result spm dia keluar. Dah mak bapaknya tak bagi keje part time. Daripada tak buat apa, haa jaga la ko gerai tu yea... ;p
.


Aku agak teruja bila bukak gerai ni. Aku kan slalu je berangan nak bukak kedai makan. Hehehe. Mungkin sebab kecik-kecik dulu mak aku penah bukak kedai makan dan aku ikut gi meniaga kot. Tu yang berangan nak meniaga cam emak. Kunun la. Bila kakak aku bukak gerai ni, tumpang menyibuk la dulu sementara nak realisasikan angan-angan sendiri.

Tapi sempat menyibuk kejap je. Pagi-pagi semalam sebelum subuh dah balik rumah. Errr mak la kunun takut nanti jalan jem. So semalam sempat la gi exercise kaki kat Giant Kinrara sejam dua sebelum balik rumah duk asah skill masak.

Errr satu je tak best bila cuti-cuti ni, boleh membahayakan angka-angka kat penimbang. Hoh!

Wednesday, 2 February 2011

Tuesday, 1 February 2011

DINNER

Tahun lepas dah sedap-sedap buat dinner yang agak grand, tetiba tahun ni kembali ke 'basement'... hoho... kununnya nak buat yang grand hujung tahun nanti... apa-apa je la kan, terpulang pada kampeni... lagi pun tu tak berapa penting yang penting tang bonus...
.
Abis keje terus acara makan-makan start...

~yee sang sebagai hidangan pembuka...
.
..
.
Takde gambar lain, takde apa yang menarik malas nak snap.
.
Yang buat lagi tak best, hadiah lucky draw kali ni terhad. Dulu busuk-busuk pun semua orang dapat gak voucher, ni langsung takde. Tapi ada sorang ni memang betul-betul lucky la. Dua tahun lepas dia dapat sepuluh ribu, tahun lepas pun dia dapat something best, tahun ni pun dia dapat grand prize [walaupun tak segrand dulu]. Murah tul rezeki!
.
Biasa la dah penah rasa yang best, bila buat kurang best mesti kita akan rasa kekurangan tu. Mesti nak compare ktl ngan pim yang dulu ngan skang. At least masih ada effort untuk adakan jamuan untuk semua staff kan. Better something than nothing. :)