Balik dari keje jumaat lepas, serangan panik memuncak. Terpaksa luahkan kat orang lain. Tak boleh nak telan sorang-sorang. Cite kat emak, tepon Along, sms kak ita kawan sekelas. Lepas dah share kat sana sini sorang skit, kadar panik mula berkurangan.
.
Hujung minggu lepas takde kelas jadi emak ajak pegi Kuang. Mulanya aku rasa macam tak nak pegi sebab kang lagi la terbengkalai keje yang aku perlu buat. Tapi kang duk sorang-sorang, lagi stress dibuatnya. Fikir punya fikir, pegi je la.
.
Kat sana... duk nyibuk2 kat gerai Angah, main game kejap kat rumah Abang Lang, gi beli barang kat Rawang - lalu depan sekolah rendah, makan ramai-ramai, melayan karenah anak buah-buahan yang walaupun kadang-kadang boleh mendatangkan 'kegeraman'... tetap bisa buat aku lupakan seketika pada benda-benda yang menstresskan.
.
Pagi-pagi ahad gi Jalan Semarak dengan anak buah aku yang sulung, nak jumpa supervisor.
.
Sementara nak jumpa supervisor, terjumpa 3 orang kawan sekelas. Duk cite-cite, tercite pasal benda yang buat aku stress. 2 daripadanya lelaki. Aku ni bukan senang-senang nak borak ngan lelaki. Yeap, dah nak masuk hujung dekad kedua ketiga pun masih mengalami masalah tu. Lepas dah cite-cite tu rasa cam betul gak apa yang dikata tu, proceed je la. Kalau drop pun, tetap akan berdepan jugak. Cepat atau lambat je. Mengganggu jadual dan plan lagi ada la.
.
Berbekalkan dua tajuk [bawak back-up takut-takut menerima nasib yang sama dengan draft cadangan], aku pun jumpa supervisor. Alhamdulillah dua-dua tajuk secara generalnya diterima. Aku disuruh pilih tajuk yang mana tapi masa bincang tu beliau dah senaraikan masalah-masalah yang mungkin dihadapi untuk salah satu tajuk. Tajuk kedua lebih mudah katanya. So teruskan dengan yang 'mudah' je la. Walaupun hakikatnya takde la mudah sangat. Takpe, sekurang-kurangnya the very first stage dah selesai. Boleh tarik nafas lega seketika!
.
Skang ni perasaan dah agak neutral. Kena tingkatkan caj2 positif je lagi!

4 comments:
pembetulan... hujung dekad ketiga yeeeee... :P
pa'chik ~ opsss.. ketiga ek.. ingatkan baru sweet 19 lagi.. ;p
pakcik tu dah masuk dekat ke berapa pulak tu...?
.
hujung dekat ke-2 baruuuu...
kelakar tul part nih...
haha
kamon bala, we always look forever young..ngehehehe
Post a Comment