Friday, 29 April 2011

CHANTIQUE WARDROBE

Masih buat-buat sibuk menyibukkan diri... update sekadar nak tolong promote kedai online member...
.



.
Sila la jenguk-jenguk... baju-baju sunguh cantik-cantik & murah-murah... [pergh penggunaan kata ganda yang sungguh melampau]
.
.
.
ps: aku kan suka je buat keje-keje promoter tak bergaji ni... ;p

Tuesday, 26 April 2011

KEBIZIAN MELANDA

.
Hari tu bizi hal study. Skang ni bizi hal keje pulak.
.
.
ps: tak kisah la 2 kerat ayat pun... janji nak gak updet blog... hahaha... ;p

Friday, 22 April 2011

PESTA



.Pesta buku mula hari ni. Dari 22April sampai 5 Mei.

.

.

Err tak tau la nak pegi ke tak. Ala kalau pegi pun sekadar nyibuk-nyibuk merasa suasana pesta je... hahaha. Ye la aku kan agak kedek skit nak beli buku bulan ni pun belum berkesempatan baca sebuah buku pun termasuk selain buku sekolah. Harap-harap dengan 'semangat pesta buku' yang sedang berlangsung, dapat la luangkan sikit masa yang selalu abis untuk tengok tv untuk membaca. Apa-apa pun kena siapkan dan hantar report dulu. Heh!

.

Selamat berpesta bagi pencinta-pencinta buku.

Wednesday, 20 April 2011

GEMBIRA

Ada dua perkara yang menggembirakan...
.
1. Sabtu lepas gi Skudai. Plan asalnya nak gi Sabtu pagi tu, boleh la menyinggah-nyinggah Danga Bay kununnya. Tapi sorang member baru je kuar wad, plan terpaksa diubah... petang baru gerak. Ahad tu pun tak ke mana, duk siapkan apa yang patut... kali ni Taman U pun tak pegi.
.

Oh2 sebenarnya gi sana untuk presentation final year project. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma masa sesi Q&A je la gigil skit. Sebabnya salah sorang panel tu adalah penyelaras. Sekali dia bagi soalan, bertubi-tubi. Isk! Seb baik boleh la autajawab. Lega!

.

2. Berita gembira kedua... semalam kakak aku selamat melahirkan anaknya... baby boy! Cucu Cik Kiah yang ke16... ;)

.

Friday, 15 April 2011

RASA

Sepatutnya sekarang aku dah mula rasa gementar dan panik. Sedikit pelik sebab macam tak berapa rasa apa-apa sangat. Walaupun hakikatnya masih banyak yang perlu disiapkan. Agaknya dah boleh manage dan elakkan serangan panik kot.

Takde maknanya!


Malam tadi belum apa-apa dah mimpi pasal benda tu. Macam real sangat. Muka-muka orang yang akan terlibat semua ada. Dalam mimpi tu macam-macam plak tu berlaku. Terlupa nak bawak borang la, gi pusing nak cari tempat fotostat la... macam-macam. Ni yang mula nak rasa cuak ni.


Harapnya keadaan sebenar takde la perkara-perkara bengong camtu. Moga semuanya dipermudahkan. Wish me luck!

Wednesday, 13 April 2011

DAY 30 – A PHOTOGRAPH OF YOURSELF TODAY + THREE GOOD THINGS THAT HAVE HAPPENED IN THE PAST 30 DAYS


Wah, dah hari ke30... sekejapan je sebulan dah berlalu. Berjaya jugak siapkan '30 things in 31 30 days challenge' ni... err walaupun diri sendiri yang volunteer nak menyahut cabaran... ;p

3 perkara yang baik berlaku dalam tempoh sebulan lepas.


1. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur lagi. Menyambut ulangtahun ke19[+10]. Terima banyak ucapan melalui sms, mukabuku, blog... sehari yang gembira kerana terasa disayangi... tak kisah la walaupun hanya sehari tu pun wall fb aku meriah...

2 . Semester ni berakhir dengan agak baik. Tak ponteng satu kelas pun. Bagusnya! Kawan sekelas masa dip dulu sama kelas untuk paper tu tapi dia tak pernah tegur aku dan aku pun takut nak tegur dia sebab takut salah orang. Tapi akhirnya dia tegur aku masa kelas terakhir. Bila difikir2kan sebelum ni dari masa zaman dip kitorang tak penah bertegur sepatah pun. Dia lelaki. Takde apa-apa cuma dulu kan aku memang tak bercakap sangat dengan lelaki. Eh skang pun. ;p


3. Memahami diri sendiri dengan lebih jelas. Sebelum ni ada sesetengah perkara aku tak fikir sangat, tapi melalui topik-topik yang perlu dijawab dalam challenge ni, buat aku berfikir tentang sesetengah perkara tu. Walaupun ada certain tu aku cheat, tak jawab sangat atau konar tang lain... sebab aku rasa jawapan tu tak perlu dikongsi kat sini. Some things better keep for own self kan.


Gambar semalam...

~masih menten chubby... ;p


.


ps: semalam tak sempat sebab banyak sangat keje... dan tenet kat rumah cam hampeh!

Monday, 11 April 2011

DAY 29 – SOMETHING YOU COULD NEVER GET TIRED OF DOING

Err blogging kot. Masih belum jemu.

Walaupun skang dah kurang tegar. Dulu punya ketagih sampai sanggup gi cc malam-malam buta bila takde tenet kat opis, sanggup update/bloghop guna handphone walaupun rasa tak feel tapi tetap gigih... hahaha.

Walaupun skang dah kurang meriah. Dulu suka menyakat, merapu, bergurau kat kotak komen atau kotak sembang orang lain. Skang ni kadang-kadang suka baca dalam diam je.

Walaupun penah rasa nak je tutup blog suatu tika dulu.

Yeap, masih belum jemu berblog. Buktinya tengah banyak benda kena setelkan pun masih sempat siapkan challenge ni. ;p

Err buat masa ni la...

Sunday, 10 April 2011

DAY 28 – IN THIS PAST MONTH, WHAT HAVE YOU LEARNED?


Masa tu cukup je tapi diri sendiri yang suka bazirkan masa buat benda bukan-bukan. Kalau betul-betul fokus buat benda yang nak dibuat, sebenarnya benda tu boleh siap kejap je.

Ada sesetengah perkara tu berlaku di luar kawalan kita tapi kita boleh kawal macam mana reaksi kita terhadap perkara tu. Try to look things at the bright side. Oh2 tapi adakalanya kita juga boleh elakkan benda tu berlaku at the first place.

Rupanya boleh gak aku bertahan tak makan nasi selama 28 hari... kebetulan mula pada masa yang sama aku mulakan challenge ni. Sebelum ni paling lama pun 2 hari kot. Hahaha. Tapi pelajaran yang lebih penting, apa la gunanya tak makan nasi kalau tak kawal yang lain-lain. Takkan boleh kurus, lagi naik ada kot. Huwaaaa! Kelemahan utama, minuman manis. Tak, aku dah tak minum air berkarbonat tapi slalunya pagi, tengahari, petang, malam mesti terselit air manis. Isk!


Tu je la 3 perkara utama yang aku pelajari dan cuba improve. Harapnya!

Saturday, 9 April 2011

DAY 27 – WHAT KIND OF PERSON ATTRACTS YOU?

Kadang-kadang sudah nak jelaskan ciri-ciri spesifik yang membuatkan seseorang tu menarik pada pandangan aku. Kadang-kadang X mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Y tapi tak semestinya aku akan tertarik dengan X macam aku tertarik dengan Y. Benda subjektif kan.


Tapi kebiasaannya aku mudah tertarik dengan orang yang lebih kurang 'sekepala' dan mempunyai sedikit minat dan persamaan dengan aku... so senang nak masuk dan kongsi cerita. Tapi kadang-kadang perwatakan yang berbeza pun boleh jadi daya tarikan. Contohnya aku kurang ramah tapi aku tertarik dengan orang yang peramah [asalkan tak over]... aku rasa diorang ni exciting dan confident. Selain tu tertarik gak dengan orang yang ada good sense of humors. Yang mempunyai pengalaman hidup yang menarik, berjaya bangkit dari kegagalan misalnya. Wise person. ProfesorSerba tahu tapi tak buat orang lain kelihatan bodoh. Dan banyak lagi ciri-ciri yang boleh buat aku tertarik. Oh2 cantik & hensem juga point tarikan yang kuat walaupun sekadar untuk mencuci mata je. ;p

.

Err tapi kan kadang-kadang daya tarikan ni pun boleh turn-off jika terlalu berlebih-lebihan.

Friday, 8 April 2011

DAY 26 – A PHOTO OF SOMEWHERE YOU WANT TO GO

.

Alangkah bestnya kalau dapat gi melawat wonders of the world... menghayati seni binaan hebat dunia... kalau dapat gi satu pun dah cukup bersyukur... nak guna hukum tarikan la... mana tau dapat rezki cam tahun lepas...


Tapi satu tempat yang dari dulu teringin nak pegi adalah...

~Switzerland...

Menghayati keindahan dan kehijauan ciptaan Allah...

Err ni gara-gara cite Dilwale & cite-cite bollywood yang banyak shoot kat sini... ekeke...

Suka bangat tengok permandangan yang sangat chantekkkkk! .

.

-------

.

Semalam dapat 'kiriman misteri' kat opis. Sampai skang aku tak tau sape yang bagi. Aku syak seseorang walaupun aku sangat berharap kiriman tu bukan dari dia. Tapi kalaulah betul dari dia, sejujurnya aku rasa marah. Marah sebab kenapa dia tak nak faham yang aku tak nak terima apa-apa dari dia. Marah sebab aku tak boleh nak pulangkan balik kiriman tu sebab aku tak tau alamat dia. Marah sebab dia tak jawab bila aku tanya samada kiriman tu dari dia ke tak. Ada banyak benda lagi yang buat aku marah! Sepatutnya aku gembira atas tanda ingatan tu. Tapi sebaliknya. Mungkin lebih baik aku bagi orang lain je la kan benda tu.

.

Ah, aku sangat harap kiriman tu dari orang lain. Huhuhu.

Thursday, 7 April 2011

DAY 25 – WHO ARE YOU?

Seorang anak. Seorang adik. Seorang kakak. Seorang makcikterasa sungguh kertu. Seorang pekeje yang cemerlang, gemilang, terbilang. Seorang pelajar PJJ yang suka study last minute pastu panik. Seorang kawan. Dan juga seorang Aries yang tersilap identiti. ;p .

Kadang-kadang rasa cam takde je ciri-ciri seorang Aries.

.

ps: kali terakhir sambut besday dengan angka DUA kat depan... hohoho!

Wednesday, 6 April 2011

DAY 24 – A PHOTO OF SOMETHING THAT MEANS A LOT TO YOU

.
Album gambar.

Penuh dengan kenangan indah.

Bila rindu zaman kanak-kanak, belek album gambar.

Bila rindu zaman sekolah dan kawan-kawan, belek album gambar.

Bila rindu pada arwah lelaki kesayangan, belek album gambar.

Bila rindu anak-anak buah yg cepat sungguh membesar, belek album gambar.

Album gambar sesuatu yang amat bermakna untuk aku layan blues.

Tuesday, 5 April 2011

DAY 23 – 15 FACTS ABOUT YOU

1. Pendiam secara sejak azali. 2. Kuat menjeling dan bermulut laser suatu tika dulu. Skang tak lagi malah jadi terlalu berhati-hati nak cakap/tulis apa takut orang terasa. 3. Pakai jam tangan kanan walaupun bukan kidal. 4. Pandai merempit sejak umur 11 tahun. Dapat lesen motor pada usia 18 tahun. 5. Penah beberapa kali jatuh motor. ‘Eksiden lawak’ pun penah. 6. Memiliki seekor kancil berwarna silver. 7. Suka nombor tujuh. 8. Seorang pekerja sepenuh masa di syarikat pembinaan di Puchong. 9. Sentiasa ada 2 orang bos sejak dari keje ngan kampeni lama sampai skang. 10. Pelajar separuh masa yang masih terkial-kial mengabiskan degree. Isk! 11. Boleh gi shopping sorang-sorang. Ada sesetengah orang jenis nak kena berteman kan. 12. Lembab skit bab-bab jalan. Kadang-kadang dah dua tiga kali orang bawak gi pun aku lupa. Katakan la gi hantar orang kat mana-mana yang aku tak penah gi dan bila balik tu kena balik sorang-sorang, memang konfem 'sesat'. Tapi selagi minyak banyak dan ada papan tanda, masih boleh kontrol tahap menggelupur. Dan setakat ni 'sesat' skit2 je... masih dapat kembali ke pangkal jalan. 13. Lahir di rumahKuchai Lama Kuala Lumpur. 14. Berkongsi tarikh lahir dengan Jackie Chan [hari tu dengar rumour dia dah mati.. rupanya tak... suka2 je diorang ni menyebarkan berita palsu eh] & Russell Crowe. Err baru je gugel tadi. Hahaha. 15. Lusa bakal menyambut besday ke 19 [+10]. ;p

.

.

ps: asyik edit tapi jadi camni gak...

.

-----

.

Sangat sedih pasal kes budak umur tujuh tahun yang kena pukul sampai meninggal tu... :(

Monday, 4 April 2011

DAY 22 – A LETTER TO SOMEONE WHO HAS HURT YOU RECENTLY

.
Errr aku rasa no one has hurt me recently. Lagipun buat apa nak karang surat amarah pada orang yang tak berbaloi di hari isnin yang blues ni. Kang tak pasal-pasal buat spoil mood je.

.

.

.

But just so you know, i'll forgive but i don't forget. :)

Sunday, 3 April 2011

Saturday, 2 April 2011

DAY 20 - THE MEANING BEHIND YOUR BLOG NAME

.
Masa tengah nak bukak blog ni, ada beberapa nama yang aku fikir nak guna. Tapi rasa macam sayang je nak buang terus nama blog lama aku tu. AKU HIDUP DALAM BLUES tu dah cam sinonim dengan aku. Nama yang diambil dari siri dalam majalah Ujang yang pernah menjadi kesukaan suatu tika dulu. Maka sudahnya aku amik je tajuk sekuel AHDB tu jadi nama blog aku skang... STILL GOT THE BLUES. Dah tak lagi hidup dalam blues... tapi sesekali masih lagi layan blues! ;p

.

.

.

ps: senarai paling atas dalam carian kata kunci 'aku hidup dalam blues'... ;p

Friday, 1 April 2011

DAY 19 – A PICTURE OF SOMETHING YOU WANT TO DO BEFORE YOU DIE

Berpeluang mengerjakan ibadah haji...

.

.

.

------

.

Tidak ada sebuah pun novel yang dibaca bulan lepas. Nak istiqamah baca sebuah sebulan pun tak berjaya. Isk! Tapi banyak membaca artikel tentang 'solar charge controller & inverter'.