Tuesday, 31 May 2011

....

.
Ketandusan idea merapu.
Dan rasa macam dah malas jugak.

Tuesday, 24 May 2011

BROGA HILL

.


Sampai kat kebun kelapa sawit yang jadi tempat masuk, punya la dah banyak kereta. Aku dah bayangkan mesti pack giler kat atas tu. Lantak la ramai ke tak, janji nak panjat gak. Maka kitorang berenam pun mula memanjat.




Ni gambar nak balik sebenarnya...


Masa sampai bersemangat nak naik, takdenya nak amik gambar bagai... ;p



Tengok dari blog yang dah penah pegi, nampak cam senang. Diorang kata dalam setengah jam dah boleh sampai atas... 1.7km je, apa ada hal! Sekali, baru jalan skit pun dah mula terasa semput. Jantung berdegup kencang giler. Kaki mula rasa berat. Bape puluh kali [exaggerate] berenti dan asyik duk cakap "weh, boleh tak tak nak naik lagi... nak turun balik". Hahaha. Yela kali terakhir buat aktiviti camni, 12 tahun lepas kot. Masa tu sweet 17 beb... metabolisme masih tinggi, skang dah fat tak fit lagi. Stakat gi main badminton seminggu sekali tidak membantu langsung. Isk!
.


Nak panjat naik tak rasa seriau sangat, nak turun tu gayat skit... agak curam & sedikit licin. Lagi jenuh bila bertembung ngan orang lain kat tengah-tengah. Kan ramai orang, ada yang nak turun ada yang nak naik. Oh2 ada sorang budak terjatuh masa nak turun. Dia tergelongsor ke bawah dan kepala terhantuk kayu. Mula-mula tu dia tak bergerak, semua dah takut. Seb baik pastu ok.



Gambar ni tak menggambarkan keadaan sebenar. Dari tempat aku berdiri, bila pandang ke bawah tu agak sayupppp je. Tetiba jadi gayat. Masa tu dah malas nak panjat lagi tinggi bukan sebab tak larat, tapi sebab fikir takut camne nak turun. Huhuhu.


~ms organizer...





~1st voter nak panjat Broga Hill...

~line sangat clear kat atas..





~ rasa cam giant je bergambar ngan cik r yang comel ni... ;p




Gambar 2 orang lagi takde dalam kamera aku. Lagipun kitorang tersplit masa panjat tu. Team A [za, hasni & adiknya] sampai ke atas. Team B [aku, nick & rosni] tak sampai atas pun. Untuk orang yang dah lama tak buat aktiviti camni, aku puas hati gak la walaupun tak sampai atas sekali. Kitorang naik dalam sejam kot. Dengan berenti banyak kali dan tiap kali berenti agak lama gak la lepak kasi reda dulu jantung tu. Dah ok baru proceed.
.


Masa kat atas, rasa serik tak nak buat keje camni lagi. Tapi bila dah turun [setengah jam je turun] dan bila tengok gambar diorang yang naik sampai atas... rasa nak ulang kot... hahaha! Siap suggest nak buat macam-macam aktiviti outdoor lagi. Hehehe. Semangat harus ada! Kena mantapkan stamina lagi.





Err baru panjat bukit dah semput, camne la nak panjat gunung??? Segan ngan kehelan. ;p

Monday, 23 May 2011

AKTIVITI MEMBAKAR LEMAK DI PAGI SABTU

Selalunya pagi sabtu adalah hari bermalas-malasan. Tapi sabtu lepas telah melakukan aktiviti outdoor yang sangat azab best. Dah lama teirngin nak buat aktiviti camni tapi tu la tak berkesempatan.
.
Maka bila member-member ajak dan kebetulan tengah takde kelas atau agenda lain, harus la teruja. Dah la tempat tu memang tengah hangat di pasaran. Tengok gambar-gambar mereka-mereka yang dah penah pegi sangat la cantikkkk... menambahkan keterujaan.
.
Malam tu tido 2 jam je. Err bukan sebab teruja tapi gara-gara tengok cite The Chronicles of Narnia. Pastu duk kemas-kemas beg check barang nak bawak, kul 2 baru tido. Kul 4 bangun, goreng bihun & nugget. Seb baik malam tu awal-awal dah siapkan apa-apa yang patut. Tinggal nak goreng je. Dah siap, terus mandi laju-laju.

.

Member aku Za amik aku kul 5++. Jumpa lagi satu kete kat depan IOI Mall. Perjalanan pun bermula. Giler awal kan bertolak. Kunun nak kejar sunrise. Tapi disebabkan tersalah jalan duk pusing jalan kampung bagai dah la gelap gulita, sudahnya sampai Semenyih kul 6 lebih. Berenti solat dulu, kul 7 baru la sampai ke destinasi yang dituju.








BROGA HILL, here we comeeeee!



.


Bersambung... ;p

Friday, 20 May 2011

CARA UNTUK MENURUNKAN SUHU BADAN YG EFEKTIF

.
Semalam aku MC. Masa kat rumah, aku check suhu badan 38 - 39˚C. Pastu aku pun pegi la klinik. Kununnya nak pegi klinik S sebab boleh mintak MC 2 hariubat dia agak serasi dengan aku tapi hampeh takde parking la plak... pusing 2 kali pun takde jugak. Dah la kepala dah berpinar kepanasan. Pusing balik pegi klinik dekat rumah je. Masa tu badan dan berpeluh giler. Masa doktor check, aku sempat la tengok berapa catatan suhu yang dia ambik... dah turun ke 37.5˚C. Punya la panas sampai sekejapan je aku berpeluh sakan sampai suhu badan turun dengan cepat. Mesti doktor tu ingat aku demam skit saja mengada ponteng tak larat gi keje. Err tapi doktor tu pun tanya apsal aku berpeluh. Dia ingatkan aku datang jalan kaki dari rumah. So kalau nak cepat turunkan suhu badan, sila berpeluh sakan yea...

Oh, hari ni masuk keje seperti biasa walaupun rasa malas ya amat. TGIF.
.
Eok nak melakukan aktiviti outdoor. Harap-harap cuaca esok cerah secerah cerahnya...

Wednesday, 18 May 2011

Monday, 16 May 2011

SEBERAPA PANTAS

Sungguh tak perasan dengan masa yang berlalu.
.
Sedar-sedar je..
.

1. Lagi sebulan empat hari je lagi, genap 3 tahun aku keje kat sini. Kadang-kadang aku rasa cam baru je berhenti keje ngan kampeni lama. Aku masih ingat setiap sorang kat kampeni tu. Yela kampeni kecik tak ramai staff kan. Kat sini, staff keluar-masuk bersilih ganti sampai kadang-kadang ada yang aku tak berapa kenal. Padahal bukan la kampeni besar sesangat pun. Haih! Oh2 dulu time-time gini dah start cari keje lain. Adakah sejarah lama bakal berulang? Atau sejarah baru bakal berlaku [keje lebih dari 3 tahun setengah]... wait n see... ;p

.

2. Lagi sebulan lebih je, dah setengah tahun. Banyak lagi 'to do list' untuk 2011 masih belum direalisasikan. Asyik duk tangguh je. Kadang-kadang aku ni beriya je cari info pasal sesuatu yang aku nak buat tapi sudahnya tak terbuat-buat.

.

3. Lagi setahun je nak abiskan pengajian jarak jauh. Yeay sangat tak sabar. Mampu jugak aku bertahan selama 4 tahun [setakat ni]. Oh2 ada beberapa orang member sekelas yg berjaya abiskan dalam masa 4 tahun je. Diorang dapat extra transfer credits dan ada sem diorang pulun amik 4 paper. Dasat ah, dah la menten good pointer. Err aku tak sanggup dan tak mampu kot. Baru 2 paper + 1 proposal pun dah sedikit huru hara. Heh!
.


4. Dah beberapa bulan rupanya tak jumpa member lama. Semalam duk lepak ngan Jiah, baru sedar kali terakhir kitorang jumpa adalah masa awal tahun hari tu. Tu yang kira rapat, yang tak rapat lagi la makan tahun lama. Err harap-harap takde la sampai 5 bulan akan datang baru nak jumpa dia dan yang lain2. ;p

Tuesday, 10 May 2011

DAH BOLEH TARIK NAFAS LEGA

Selalunya dalam setahun mesti ada sekali masa yang betul-betul bizi duk mengadap tender sampai tak sempat update blog. Tapi kali ni timing tak best betul, nak dekat-dekat exam plak dia datang. Boleh kata hari-hari balik lambat, so takde maknanya la malam nak bukak buku kan. Err takde la lambat sangat pun, saja exaggerate kunun pekeje cemerlang.. hahaha. Alasannn!
.

Giler ah kali ni punya last minute study. Dah la satu paper hari sabtu petang, satu lagi pagi isnin. Jumaat tu amik half day sebab pagi tu ada satu daripada tujuh tender dokumen nak kena submit. Kunun bagi setel hal keje baru boleh 'cuti' dengan tenang. Tapi pastu tak tenang sebab tak abis study. Isk! Padahal boleh je kalau nak cuti full day, ada je orang lain boleh setelkan keje. Haih!
.

Paper hari sabtu ok la boleh la jawab. Cuma aku tak faham la apsal tiap kali aku amik paper tu, time tu la diorang decide nak buat soalan a bit tricky than previous. Bila buat past years punya rasa idak la susah sangat. Err ke sebab boleh refer buku sebab tu rasa senang tapi masa exam soalan senang pun rasa susah?

.

Paper isnin sangat la bengang. Bengang dengan lecturer tu. Bagi tips ke laut sungguh. Semuanya yang keluar adalah bercanggah dengan apa yang dibagitau. Macam ada satu chapter ni, ada beberapa c*nv*t*r design. Katakan design A, design B & design C. Kitorang suh kecikkan skit skop. So dia kata KONFEM design B tak masuk. So semua orang pun baca design A & C je. Tup-tup keluar design B. Apakah?????? Dah la bukan satu, tapi semua bab pun ke laut. Nak sabotaj student sendiri ke apa ni? Heh!
.

Aku lagi rela dia tak bagi tips langsung. Biarlah kena baca semua pun. At least ingat la skit2 kot. Daripada jadi camni, langsung tak baca sebab katanya KONFEM tak masuk kan. Bengang giler! Dah la memang tak berapa berkenan cara dia. Ni harus panjang berdepa kalau nak cite. Fikir hormat dengan pengajar je. Takut ilmu tak berkat kan.
.

Apa-apa pun dah selesai pun exam untuk sem ni. Boleh la tarik nafas lega seketikasebelum dapat result... dan masa untuk berpoya-poyaaaaaaa! \(^_^)/

Friday, 6 May 2011

ADA TIADA

Eh, dah jumaat?
Seminggu tak update blog.
Masih kebizian tapi sempat je blogwalking.
Mood merapu takde.
Err nak kena buat 30day challenge lagi kot. ;p