Tuesday, 24 May 2011

BROGA HILL

.


Sampai kat kebun kelapa sawit yang jadi tempat masuk, punya la dah banyak kereta. Aku dah bayangkan mesti pack giler kat atas tu. Lantak la ramai ke tak, janji nak panjat gak. Maka kitorang berenam pun mula memanjat.




Ni gambar nak balik sebenarnya...


Masa sampai bersemangat nak naik, takdenya nak amik gambar bagai... ;p



Tengok dari blog yang dah penah pegi, nampak cam senang. Diorang kata dalam setengah jam dah boleh sampai atas... 1.7km je, apa ada hal! Sekali, baru jalan skit pun dah mula terasa semput. Jantung berdegup kencang giler. Kaki mula rasa berat. Bape puluh kali [exaggerate] berenti dan asyik duk cakap "weh, boleh tak tak nak naik lagi... nak turun balik". Hahaha. Yela kali terakhir buat aktiviti camni, 12 tahun lepas kot. Masa tu sweet 17 beb... metabolisme masih tinggi, skang dah fat tak fit lagi. Stakat gi main badminton seminggu sekali tidak membantu langsung. Isk!
.


Nak panjat naik tak rasa seriau sangat, nak turun tu gayat skit... agak curam & sedikit licin. Lagi jenuh bila bertembung ngan orang lain kat tengah-tengah. Kan ramai orang, ada yang nak turun ada yang nak naik. Oh2 ada sorang budak terjatuh masa nak turun. Dia tergelongsor ke bawah dan kepala terhantuk kayu. Mula-mula tu dia tak bergerak, semua dah takut. Seb baik pastu ok.



Gambar ni tak menggambarkan keadaan sebenar. Dari tempat aku berdiri, bila pandang ke bawah tu agak sayupppp je. Tetiba jadi gayat. Masa tu dah malas nak panjat lagi tinggi bukan sebab tak larat, tapi sebab fikir takut camne nak turun. Huhuhu.


~ms organizer...





~1st voter nak panjat Broga Hill...

~line sangat clear kat atas..





~ rasa cam giant je bergambar ngan cik r yang comel ni... ;p




Gambar 2 orang lagi takde dalam kamera aku. Lagipun kitorang tersplit masa panjat tu. Team A [za, hasni & adiknya] sampai ke atas. Team B [aku, nick & rosni] tak sampai atas pun. Untuk orang yang dah lama tak buat aktiviti camni, aku puas hati gak la walaupun tak sampai atas sekali. Kitorang naik dalam sejam kot. Dengan berenti banyak kali dan tiap kali berenti agak lama gak la lepak kasi reda dulu jantung tu. Dah ok baru proceed.
.


Masa kat atas, rasa serik tak nak buat keje camni lagi. Tapi bila dah turun [setengah jam je turun] dan bila tengok gambar diorang yang naik sampai atas... rasa nak ulang kot... hahaha! Siap suggest nak buat macam-macam aktiviti outdoor lagi. Hehehe. Semangat harus ada! Kena mantapkan stamina lagi.





Err baru panjat bukit dah semput, camne la nak panjat gunung??? Segan ngan kehelan. ;p

11 comments:

Kay said...

diorg ckp broga dh tak sebest dulu... dh lama tak pi broga

mek said...

belum pernah sampai tapi dak2 uia sangat suka pegi sini. hihi

achik said...

kay ~ sbb ramai sgt orang kot.. :)


mek ~ tu la ramai student gi.. siap buat rombongan satu bas.. :)

kingbinjai said...

Adventure sungguh

kingbinjai said...

Adventure sungguh

kingbinjai said...

Adventure sungguh

Anonymous said...

wah... lama tak nampak binjai mengumen... :P

achik said...

king ~ sgt adventure bg org yg x fit cam saya.. ;p


pa'chik ~ skali komen kuar 3 kali.. hehehe.. ;p

WRA said...

broga hill kat mana ek? kekeke...nampak sangat tak pernah buat aktiviti sebegini

achik said...

kak wear ~ kat semenyih.. saya pun baru 1st time buat aktiviti camni selepas 12 thn.. ekeke.. ;p

Masy said...

akak pegi skali, smpi skrg xde rasa nk gi lagi hahahaha. achik smpi peak ke brape? ktorg larat smpi ke 3 je. kahkahkah